Rasa sakit hati sangat-sangat. Tak sensitif langsung. Banyak dah sms penipu ni aku dapat. Biasa aku tak pernah ambil kisah pun, tak tergugat dan tak pernah ambil tahu. Tapi hari ini aku betul-betul rasa macam nak makan orang. SMS itu berbunyi:
"Ni ayah, gune fon police,tlong bagi credit maxis 30 rnggit ke nombor bru ayah 0128142857 ayah lgi ade msalah kt balai police. ta payah call, kejap baru ayah call"
Sebenarnya ini bukan pertama kali aku dapat sms ini. Dah bertubi- tubi. Dahlah aku guna dua simkad. Dua- dua pun dapat. Biasa aku ok sahaja. Tapi hari ini tak tahulah kenapa. Kalau aku tahu lah siapa dia mahu sahaja aku tembak guna senapang gajah..tak pun hantuk kepala dia ke dinding.
gambar thanks to google. |
Di saat- saat aku merasakan perlunya seorang ayah..tentunya hidup keluargaku tidak kucar kacir seperti sekarang. Namun, aku redha dengan ketentuanNya. Ayahku telah pergi menghadap Ilahi 22 tahun yang lepas..lebih kurang setahun usiaku ketika itu. Tidak kenal, tiada kenangan, hanya sekeping gambar buat tatapanku. Kemudian, aku mempunyai seorang ayah baru, hasil perkahwinan kedua ibuku ketika aku berusia 9 tahun dan beliau juga telah meninggalkan kami ketika aku berada di tingkatan 4. Walaupun bergelar ayah tiri, tetapi kerana dialah aku bermotivasi untuk meneruskan pelajaranku hingga ke hari ini. Semoga roh kedua- duanya aman dan berada dalam lindungan Allah.
p/s: Kepada para penipu di luar sana, tiada gunanya duit haram yang kita perolehi. Duit itulah yang akan membakar kita suatu hari nanti. Kalau dah tak mampu sangat nak beli topup...jual sahaja handphone tu....guna public phone!!
6 comments:
Saya pon dapat msg neh, cuak giler masa tuh... bukan sebab ingat ayah saya, tapi cuak takot no fon saya x selamat jer....
ermm betul jugakk..org luar leh masuk nei bahaye je
gila dahsat!huhuhu..sentap abes kot...huhu..jahat depa noh!
luku kuat2 kalu dpt...huhuhu
sabar je la ye kak..
jgn caye msg2 macam ni.. buat xtau je.. nak tipu pun agak2 la kan.. huhu
miss hamilicious: ermm mmg sentap
aisya: ermm thanks...
Post a Comment