Friday, April 8, 2011

Petua Mudah Menghafal

Bersempena dengan peperiksaan akhir semester yang semakin hampir...11 dan 20 April...(dua paper sahaja---baguskan). Lepas ini tamatlah gelaranku sebagai pelajar. Yakah?? Bukankah pendidikan itu proses sepanjang hayat...dari buaian hingga ke liang lahad. Sedikit petua menghafal yang ingin kukongsikan (dari sebuah buku 'Panduan Mencerdaskan Minda' karya Siti Nor Bahyah Mahamood dan Jaafar Salleh):

Rasulullah saw menegaskan bahawa barangsiapa ingin mudah menghafal ilmu, maka dia harus menjaga lima perkara:
  1. Mengerjakan solat malam, meskipun dua rakaat.
  2. Selalu dalam keadaan suci (berwuduk).
  3. Bertaqwa kepada Allah baik dalam keadaan sunyi atau terang- terangan.
  4. Niat makan untuk beribadah bukan makan menurut kehendak nafsu.
  5. Selalu bersiwak (bersugi).
Masa yang ada jangan dipersia
Mari tilik buku, nota dan past year
Mahu cemerlang ada rahsia.
Tekun usaha insyaAllah berjaya. (boleh ke pantun camni...perosak betul)
jangan pandang je...cuba naik!! thanks google.
Ini sahaja yang mampu kucoretkan.
Untuk kalian sebagai panduan.
Dunia ini hanya pinjaman.
Akhirat kelak kampung halaman.

p/s: banyak betul masa nak menulis entri ye...bila nak sedar ni.

8 comments:

Lya Amie said...

tetiba rase insaf ..huaaa

PReDicToR said...

ermm marila same2...

Maira Quee said...

dh follow..review ye..

PReDicToR said...

insyaAllah pada episod2 sterusnya

Azah Rahaman said...

tips yang baguss tu, terima aksih ye :D hai tuan belog, azza datang singgah nie, thanx lawat belog azza, ada masa, lawat belog azza jugak ye, happy berblogging, jangan sombong-sombong ye :) selamat petang !


jom singgah :
Kalaulah Encik Ex Masih Setia :D

PReDicToR said...

wokeh..xkan sombong punyer

Judh said...

anda di tag , lau sudi juin lah :)

http://anisabdulkarim.blogspot.com/2011/04/white-pouch-ga-oleh-lulu-caldinadan.html

PReDicToR said...

ok..nt2 kubuat