Makan untuk hidup, atau hidup untuk makan. Anda yang tentukan. Makanan memberikan kita tenaga, membantu tumbesaran, dan kekal sihat sekiranya diambil dengan diet seimbang. Khasiat makanan juga mampu meningkatkan daya ingatan seseorang. Sekadar perkongsian beberapa info yang kukumpul beberapa hari ini. Antaranya:
Bawang putih: Minyaknya mampu menghilangkan balgham (lendiran/kahak). Balgham menyebabkan penyakit lupa. Menghilangkan balgham beerti menghilangkan penyakit lupa.
Daging arnab: Boleh mengatasi masalah penyakit hati, paru- paru, lemah jantung, hilang daya ingatan dan lemah tenaga batin.
Pegaga: Selalu dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Mempunyai unsur- unsur menambah daya ingatan dan menyihatkan badan.
Buah badam: Membantu mencergaskan akal, menguatkan hafalan dan mencerahkan mata.
Kacang hazel: Mengatasi masalah sakit kepala, menurunkan kolesterol dan memulihkan kencing manis.
Lobak Merah: Mencerahkan mata, mencerdaskan akal, melawaskan buang air kecil, membaikkan hati dan membasmi kelupaan.
Halia: Menguatkan urat saraf, kepanasannya boleh menghilangkan kahak, membetulkan perjalanan darah, dan mengutkan ingatan.
Madu lebah: Membekalkan tenaga, mencerdikkan akal, mempunyai kesan laxative semulajadi yang membantu proses penghadaman.
Buah Kismis (Zabib): Menghilangkan batuk, me'normal'kan kandungan air kencing, mencerdaskan minda, menghilangkan penyakit hempedu, menguatkan perut dan saraf.
Kuning Telur: Mengatasi masalah lupa, masalah tidak dapat kawal marah dan kanak- kanak degil.
Bunga cengkih: Sifatnya yang panas baik untuk kesihatan hati dan melancarkan perjalanan darah.
Buah Tin: Mencegah penyakit buasir dan gaut.
Kurma: Menguatkan perut, hati, daya ingatan, menyuburkan pertumbuhan badan, menyembuh penyakit dan menjadi makanan/minuman mengenyangkan.
Daging biri- biri: Menambah darah merah, mempercepat proses penghadaman, menaikkan suhu badan, dan menguatkan daya ingatan.
p/s: tapi kebanyakan makanan kat atas aku memang tak suka..especially bawang tu. Oh kena belajar ni!!
10 comments:
bagus gak smua ni..
thanks 4 info~
tapi bunga cengkih tu tak suke..
tak sedap.. wuwuwuuu...
ermm betul..mmg x sdap
bunga yang tidak semestinya cantik =)
bunga cengkih.hehe
nice entri, akan cuba diamalkan,insyaallah
hahha teka teki ke tu?
akak, buah tin tu ape eh? macam xpernah dgr.. hehe..
tp bunga cengkih sy suke! =)
eh ade la buah tin...kat dlm Al- Quran byk sebut pasal buah nei...
klo skrg dia jual kering...nal tgk rupa dia bleh tgk kat cni:
http://www.dariwanitauntukwanita.com/?lang=my&id=3&mnu=3&act=5&content=50
gud info, izinkan sy copy pes nak tepek kat meja makan..hiks ;)
ok..tepekla
kalau tgk tau la kot.. hehe
ermm bila nk blanja akak makan cendawn goreng huahuahua
Post a Comment