Thursday, April 21, 2011

Tinggal Kenangan...

Tamat peperiksaan hari ini, maka tamatlah gelaranku sebagai pelajar. Kini, kakiku tidak lagi perlu berkejar- kejar ke kuliah. Tiada lagi group discussion untuk siapkan assignment. Tidak perlu bersengkang mata untuk study. Segala-galanya berakhir setelah empat tahun aku di bumi UKM ini. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit. Namun ia hanya tinggal kenangan. 

Berat rasa hati meninggalkan tempat ini. Meninggalkan sahabat dan  teman. Masa silih berganti. Manusia datang dan pergi. Itulah ketentuanNya. Aku redha.
Ni dia  wajah- wajah classmateku....bakal-bakal guru Malaysia....huhu...1 Math 1 Family (gambar ketika Trip ke Melaka)
Wan, Nina, Nun, Wong,Lini, Ayu, Nora, Ee, Sue, Bell, Gje, Lyn, Kang (tiada dalam gambar), Tim, Moni, Wani, Miza, Pjah, Fizah, Ekin, Reva, Zaa.
Pada 15 April lepas kami telah mengadakan satu majlis perpisahan (wah skema giler ayat). Nak tunjuk gambar makanan je sebenarnya:
Banana Choc Cake. Very the lazat. Aku suka pisang dia yang seketul- seketul tu...huahua
Sangat banyak sampai tak habis makan. Menu: BBQ ayam ikan sotong sosej (kami bakar sendiri), bihun goreng, sate, kek, buah.


Selain makan-makan dan bersuka ria..ada tayangan video sepanjang kami bersama (hasil kerja cik pulau). Ada juga sesi penganugerahan yang dikendalikan cik nin dan ANK.
Ini pula anugerah yang aku dapat malam tu...lawak je..nak tahu ape kriteria aku dapat anugerah ni? Kerana aku meminati barang-barang tradisional dan lagu-lagu klasik (kiranya macam berbudayalah..huahua masuk bakul angkat sendiri).

So kiranya, semua mendapat anugerah yang sesuai dengan personaliti masing-masing. Terima kasih kerana mengenaliku. Kemudian, sesi ucapan. Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat ketika ini. Berjujuran air mataku. Benci betul. Aku dah berusaha sejak dari malam sebelumnya ketika membantu cik pulau tu siapkan video dia. Aku tidak mahu menangis. Akhirnya....sedihnya...aku rasa kehilangan itu.

Moga ukhwah antara kita biarlah seperti seutas tasbih. Ada awal, tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNya, dibahagi untuk cintaNya, dan diratib demi redhaNya.

8 comments:

misz myza said...

diriku pun enggak mau berpisah sama kamu semua.. tp nk wat camne... lumrah alam.. setiap pertemuan, mesti ada perpisahan.. Jd good luck tuk kita semua...

Cik Nin said...

btul2. cik nin pn xnak berpisah dgn korang tp apakan daya... nak xnak kna berpisah jgk. hrp2 kte dptla keep in touch lg lps ni. amin... :)

Hans Ismail said...

fpend rpenye...
mmm,,,same lah kita,, final year,,huhu...

Cik Pulau said...

sedey gak nak berpisah..
walau di mana kita berada..
moga persahabatan akan kekal abadi dan setia di ingatan selamanya..

thanks for being such a wonderful friend to me..^^,

NouRa said...

bertemu dan berpisah adat manusia biasa..
hilang di mata tapi di hati jangan lupa..~
* lagu ape tah masa kecik2 kat skolah slalu je nyanyi...
--> smoga apa yang kita dapat selama 4 tahun dekat ukm ni abadi dalam kenangan :)
huuuwaaa...mau sama2 je dengan korang..! xmau pisah pisah..:(

PReDicToR said...

@misz myza : gud luck jugak...

@Cik Nin : ye harap2 dpt...keep in touch ya...

PReDicToR said...

@hans(asaktor): same?? alamak..

PReDicToR said...

@cik pulau: thanks to u too...

@NouRa : aminnn...