Air kosong....atau ada juga orang panggil air masak atau air putih. Oleh kerana aku amat tidak menggemarinya, maka ingin kucoretkan sedikit keistimewaannya....supaya aku sedar diri.
![]() |
Jangan hanya minum kerana dahaga, amalkannya untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. |
Antaranya:
- Air kosong boleh meningkatkan metabolisme badan kerana mempunyai 100 % bebas kalori, kafein, dan bahan kimia.
- Minum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran.
- Minumlah 2 atau 3 gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut, sekali gus membantu mengurangkan pengambilan makanan.
- Air kosong boleh menyingkirkan toksik melalui sistem perkumuhan dan mengekalkan kesihatan buah pinggang.
- Air kosong yang baik ialah air yang tidak terlalu panas atau sejuk.
- Sari buah- buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan sehebat air kosong.
- Jika kekurangan 2 % air kosong dalam tubuh badan, ia akan menyebabkan merasa dahaga dan bibir menjadi kering.
- Amalan minum air kosong selepas bangun tidur sebanyak 4 gelas atau 160ml sehari boleh membuatkan seseorang lebih awet muda.
p/s: Susahnya mahu ku tinggalkan teh O ais limau dan horlick ais kegemaranku itu.....ahh bagaimana aku mahu nyahkan kau dari hidup aku??