Sunday, October 30, 2011

Hadapilah Semua Dengan Senyuman..

Setelah berbulan lamanya, hari ini aku mahu mengembalikan fungsi blog ini, sebagai tempat luahan rasa...if this annoying, just get yourself out. 

Banyak sebenarnya mahu ku cerita...tapi mungkin dah mengalir bersama airmata. Kering.

I made the wrong decision and I feel really sad now. Kecewa. Sick. Tired. 

Mahu jerit kuat2. Arrrrrggghhhhh!!!!

Astaghfirullahalazim.....

If something goes wrong, it is more important to talk about who is going to fix it than who is to blame. ~Francis J. Gable~
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia. 
Sedekahkanlah satu senyuman walau hati tak lagi mampu bertahan.
Belajarlah memaafkan walau diri terluka.
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran.
Hiduplah dalam iman walau harimu dipenuhi ujian.
Berpeganglah pada Allah walau Dia tidak kelihatan.
Bukti kasih-Nya kita wujud di dunia pinjaman ini.
Ada sebab untuk semua perkara.
Yakinlah Tuhan menguji setiap hamba-Nya yang mengaku beriman kepada-Nya.
CONFIDENT, TRUST & HOPE TO ALLAH!!!!!

Saturday, August 13, 2011

Diazab Kerana Berbuka Sebelum Waktu

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bersempena Ramadhan yang mulia ini (berusaha menulis seskema mungkin) ku ingin kongsikan suatu hadis yag kukira amat berguna.
Daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Ketika aku tidur, dua orang lelaki datang kepadaku, mengangkat kedua- dua belah tanganku dan membawa aku ke sebuah gunung berbatu. Mereka berkata: Dakilah. Aku berkata: 'Aku tidak boleh melakukannya'. Mereka bekata: 'Kami akan memudahkan untuk kamu mendakinya.'

Maka, aku mendaki sehingga ke atas puncak gunung. Kemudian, aku terdengar suatu suara yang sangat kuat. Aku bertanya: 'Suara apakah itu?' Mereka menjawab: 'Mereka ialah orang yang berbuka puasa sebelum masa yang sepatutnya.'" (Riwayat al-Baihaqi).

Jika orang yang berbuka lebih awal menerima hukuman yang keras sedemikian rupa, bagaimana pula jika seseorang itu tidak berpuasa? Anak kecil yang belum mencapai usia baligh masih boleh dimaafkan, tetapi ketegasan perlu ditunjukkan buat mereka yang dewasa berstatus mukallaf. Mungkin masih ramai anak muda memandang enteng kewajipan berpuasa ini tetapi yang wajib tetap wajib!!(sekadar peringatan buat aku).
p/s: menaip sambil menonton tv....kandungan siaran tv berubah menjadi lebih islamik, dihiasi bacaan al-Quran dan pengisian agama...kita pula??? moga hati kita ikhlas.

Saturday, July 16, 2011

Mulut Pencetus Dosa atau Doa?

Jawapanku kedua2nya. Mulut atau lidah diamanahkan supaya bercakap perkara yang baik, membaca al-Quran dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Tetapi bagaimana pula kalau kita cakap lepas, membawa cerita, mengumpat atau menabur fitnah? Maka, tercetuslah dosa. 

Kata2 yang diucapkan berkali2 pula akan menjadi doa. Kalau kata2 itu baik tentu yang termakbul itu juga baik dan sebaliknya. Sekadar peringatan buat diriku yang amat rimas dengan pelbagai kerenah mulut manusia. Kadang2 aku sendiri pun tak faham. Bukankah lebih baik kalau kita diam daripada penat berkata2 dan menyakitkan hati orang lain.
Memang wanita golongan yang kurang prihatin bab2 menjaga mulut ini. Aku juga kadang2 begitu. Nak kata patah perkataan sehari memang banyak kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Namun antara banyak perkataan yang keluar itu kita tidak pasti berapa banyak pula yang digunakan untuk menuduh dan memerli orang lain dalam gurauan. Dan amat sedikit yang berunsur nasihat. Mungkin kadang2 kita tidak sedar namun sebagai orang yang telah cukup dewasa..gunakanlah akal sebelum berkata2 dan sentiasalah berpada2.

~kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa~

So, beberapa tips untuk menjaga mulut:
  • Bercakap perkara yang perlu sahaja.
  • Elakkan bertanya urusan orang lain yang tidak berkaitan dengan diri sendiri dan orang lain.
  • Mewujudkan suasana yang saling mempercayai.
  • Menggunakan kata2 yang lemah lembut.
  • Elak nada menghina dan mengejek.
Hadis Nabi saw:
"Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, nescaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat.Sesiapa yang memudahkan orang yang kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aib) seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya" (Riwayat Muslim).

Sempena Malam Nisfu Sya'ban, marilah kita buka lembaran baru. Manusia itu berbeza, dan aku harap aku mampu menghadapi dan mengurus perbezaan itu. Untuk Harimau Malaya...tahniah!! Walaupun kalah...kalian telah membuktikan Malaysia Boleh!!!
heheh hiasan...thanks cik google.
y/f: esok cuti...amat seronok..segarkan diri kembali...bosan...plan? tiada.

Thursday, June 9, 2011

Setelah Sebulan...

Berkulat sudah blogku...buat pembaca setia (ada ke???) maaflah ya...banyak sebenarnya perkara yang ingin kukongsikan tetapi masih belum berkesempatan.
  •  4 Jun yang lalu, genap sebulan aku bekerja. Terus terang aku kata aku gembira dan selesa bekerja di sini. Walaupun penatnya teramat, kaki nak tercabut...banyak perkara baru aku belajar. Kadang2 ada juga perkara yang aku tak puas hati tapi itulah lumrah. Bidang berbeza, pemikiran berbeza, usia berbeza, tentulah caranya juga berbeza. Tapi aku senang dengan pengurusan dan pentadbirannya...jaga kebajikan pekerja dan solat.
  • Untuk pertama kalinya, aku menang tempat pertama untuk pertandingan foto "Hijaukan Bumi Kita Photo Contest 2011". Gembira sangat2. Nak tengok gambar tu...klik sini...apa2 pun terima kasih kepada penganjur "The Bladerz". Boleh jadi fotografer tak lepas ni...huahuahua berangan!
  • Ini pula berita yang aku memang sangat2 tak suka. Berita aku gagal untuk menamatkan pengajian penggal ini. "Salam, Cik Nora ke ni? " Ya, jawabku ringkas. "Awak tahu tak awak tak boleh grad tahun ini"...perghhh tersentak aku. Dahlah time tu aku tengah sibuk teramat2...tiba2 dengar pula kata2 begitu dari hp ku...kot ye pun nak sampaikan berita tu...susunlah ayat tu elok2...nasib baik aku tak ada sakit jantung...mahu ke hospital gamatnya. Aku ke kl keesokan harinya dan ke fakulti sehari selepas tu...dan alhamdulillah syukur pertolongan Allah masih sentiasa bersamaku. Syukur Ya Allah. Aku akan grad tahun ini...yahoooo!!
  • Aku mula mengajar tuisyen setiap ahad. Mengajar matematik kepada seorang yang seusia denganku untuk repeat spm. Wahh kagum aku dengan dia...gagah meneruskan perjuangan menuntut ilmu walaupun dah ada kerja tetap. Tapi malangnya hari ini aku memutuskan untuk tidak mengajarnya lagi..penat sangat. Kerja 7 hari seminggu...aku tak sekuat itu. 
  • Kejadian bunuh diri depan blok rumah aku. Gantung diri kat tangga. Seram aku. Kesian aku tengok anak2 dia. Seorang berusia 2 tahun dan seorang lagi 4 tahun. Siapalah nak jaga. Apa2 pun masalah yang kita hadapi, bunuh diri bukan penyelesaiannya. Fikirlah buruk dan baiknya...
  • Perkahwinan classmateku ketika ketika SDPB. Majlis yang umpama reunion sahabat lama. Lima tahun tak berjumpa..oh mereka makin matang. Aku..tetap sama. Apa2 pun Selamat Pengantin Baru Halim dan Shafiza...moga berbahagia dan cepat2 dapat anak.
Huh penatnya aku...sambung lain kali ye...cancincau!!

Wednesday, May 4, 2011

Mampukah aku??

Lama sudah ku tak menulis kisah peribadiku di sini. Suatu coretan untuk aku mengingati beberapa peristiwa penting dalam hidupku. Kepada anda yang memang menyampah dengan hidupku yang memang menyerabutkan...boleh klik je tanda pangkah di atas.
  • Hari ini dengan rasminya kakak aku pindah dari rumahnya sendiri. So kiranya mulai hari ini rumah ini adalah rumah sewa untukku. Meninggalkan ibuku bersamaku.
  • Hari ini juga aku mula bekerja. Bekerja di sebuah restoran. Walaupun aku memang pernah bekerja di tempat begini. Tapi aku rasa penat. Sangat. Matlamatku kini bukan kepuasan atau keselesaan kerja.
  • Hari ini juga hidupku kembali zero. Aku serabut. Aku harap masih ada ruang untuk impianku. Aku tak mahu halangan sebegini menyesakkanku.
Aku harap aku mampu. Aku harap aku kuat. Ahh aku mula mengarut....
Aku tahu masih ada Dia untukku...
 Sekadar hiasan....nak tahu kenapa aku minat mereka tahap gila2...kerana mereka mampu buat aku tersenyum di saat aku..........nevermind.

Monday, April 25, 2011

Keistimewaan Air Kosong

Air kosong....atau ada juga orang panggil air masak atau air putih. Oleh kerana aku amat tidak menggemarinya, maka ingin kucoretkan sedikit keistimewaannya....supaya aku sedar diri. 
Jangan hanya minum kerana dahaga, amalkannya untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik.
Antaranya:
  • Air kosong boleh meningkatkan metabolisme badan kerana mempunyai 100 % bebas kalori, kafein, dan bahan kimia.
  • Minum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran.
  • Minumlah 2 atau 3 gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut, sekali gus membantu mengurangkan pengambilan makanan.
  • Air kosong boleh menyingkirkan toksik melalui sistem perkumuhan dan mengekalkan kesihatan buah pinggang.
  • Air kosong yang baik ialah air yang tidak terlalu panas atau sejuk.
  • Sari buah- buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan sehebat air kosong.
  • Jika kekurangan 2 % air kosong dalam tubuh badan, ia akan menyebabkan merasa dahaga dan bibir menjadi kering.
  • Amalan minum air kosong selepas bangun tidur sebanyak 4 gelas atau 160ml sehari boleh membuatkan seseorang lebih awet muda.





p/s: Susahnya mahu ku tinggalkan teh O ais limau dan horlick ais kegemaranku itu.....ahh bagaimana aku mahu nyahkan kau dari hidup aku??

Saturday, April 23, 2011

Berapa biji BANTAL aku ada ya?

Kali ini entri merapu sikit. Ini semua gara-gara artikel yang kubaca di sini. Nak tahu apa tajuk dia... Rahsia Perwatakan Wanita Melalui Bantal. So baca punya baca aku konfius aku dalam kategori mana. Rasa semua macam bukan aku. 
Rasanya kalau aku ada kamar sebegini..tak ada bantal pun tak apa.
Terdapat beberapa kategori dan perwatakan wanita:

Memeluk Bantal
  • Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni (ya kah?? macam terkongkong je). 
  • Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera (ini aku setuju).  
  • Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik (ouchh!!). 
  • Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi (macam ahli nujum la pulak...Pak Belalang). 
  • Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan dan kesopanan hidup (no komen).
  • Wanita kategori ini juga cenderung untuk memiliki badan yang kurus (terus berazam nak peluk bantal kejap lagi....ahh pasti aku boleh kurus...tahap minah kerengga).
Menggunakan Banyak Bantal
  • Mereka biasanya kurang keyakinan diri.
  • Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping atau teman-teman yg dapat membantu mereka. 
  • Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. 
  • Mereka sukar berdikari dan suka bergantung kepada orang lain (ermm aku banyak juga bantal tapi bukan kerana aku suka tapi sebab bantal aku nipis macam kertas...bantal cap ikan sepat...aku nak cap ikan tongkol..banyak sikit isi...dan untuk semua kriteria ini...bukan aku).
Tidur Dengan Satu Bantal
  • Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya (aku setuju sangat... ahh aku minat yang ini....mahu buang semua bantalku ke tong sampah). 
  • Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata (betul- betul.. sambil pegang ayam goreng).
Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
  • Mereka mempunyai sifat kurang baik.
  • Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan.
  • Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois (ahh confirm bukan aku...bajetnya minah ni).
  • Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita- cita. Mereka tidak suka berusaha.
Tidur tanpa Bantal
  • Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi (sudah semestinya...tidur tanpa bantal..kepala tiada sokongan...mampu berdiri sendiri..yakin). 
  • Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
  • Terlalu over-confidence juga menyebabkan mereka selalu memandang rendah pada orang lain.
ini pun sangat cantik (macam taste kanak- kanak je semua pilihanku..nevermind) tapi aku tak suka anjing tu... gambar ehsan from google.
Kesian kat bantal..tiba- tiba jadi subjek. Apa- apa pun....

Terima kasih kepada bantalku yang telah berjasa. 
Aku tidur bersamamu lena dan selesa. 
Kepada bantal jangan kau terasa. 
Pastinya aku sayang kau tiap masa.(ahahha ok tak?)

p/s: mood sangat mengantuk..oh bantalku...chow!!

Friday, April 22, 2011

Segmen Terjah Mereka Episod 8

Aku meneruskan misiku lagi hari ini. 3 blog followers pilihanku untuk direview ialah:

1) uLan
Bertemakan turquoise dan coklat..memang cantik. Dimiliki oleh seorang mama kepada si comelnya Lila. Entrinya memang lain dari yang lain. Memang versatil. Banyak input-input yang memang luar dari kotak pemikiran biasa. Ada kisah artis, tips bagi para ibu dan hal- hal semasa juga. Sesuai dikunjungi sesiapa sahaja terutamanya para ibu.Satu lagi yang menarik perhatianku...susunannya amat kemas dan teratur. Mesti rumah dia pun kemas je. Untung hubby dia. Moga berbahagia.

Ringkas dan menarik. Blog seorang pencinta kucing. Banyak betul cerita- cerita kat blog ni. Teringat zaman kanak- kanak. Paling best siap ada struktur- struktur sebatian ni. Mesti pelajar kimia atau biologi ni. Pelajar UKM...tahun akhir..sama sepertiku (jumpa konvo nanti ye..heheh)

Ceria dan penuh bunga. Memang hepy la pergi blog ni. Bahasanya mudah dan ada beberapa tutorial. yang amat- amat berguna. Paling menarik...pemiliknya tak makan belacan (aku pula suka belacan). Banyak segmen dia join. Good Luck!!

Ini sahaja setakat ini. Sekadar pandangan aku. Salah dan silap harap maaf ya. Bagi sesiapa yang mahu direview juga bolehlah folo dan komen di blogku. Akan kucuba review kesemua blog jika ada masa terluang. Mari ramai- ramai terjah blog mereka!! Untuk episod- episod yang lain sila pergi ke label Segmen Terjah Mereka.

p/s: Ada ku terbaca entri kat satu blog...dia kata blog itu ibarat rumah..jika tuannya sukakannya kita tiada hak untuk mengubahnya. Blog siapa ya??? Lupa la......(kalau tahu..bagi tahu ya huahua)

Segmen Blog Review Pak Cek Biola

Syarat-syarat penyertaan:

1)Letak header kat atas ni dalam entri anda dan linkkan ke entri ini [done]
2)Follow blog Pak Cek Biola (tiada paksaan) [done]
3) Letak tajuk entri "Segmen Blog Review Pak Cek Biola"[done]
4)Apakah warna kegemaran anda? [done]
  • Putih
5)Jika anda diberi wang tunai sebanyak RM 1 juta,berikan 3 benda utama yang anda akan buat dari duit itu.[done].
  • Beli rumah
  • Tunaikan haji
  • Buka kedai jahitan
6) tag 1 kawan anda (kalau lebih lagi bagus) dan pastikan mereka mengetahuinya.[done]
Cik Nin
7)Kalau dah siap,jangan lupa tinggalkan link anda di entri ini [done]
 
Senang dan mudahkan. Blog review ini akan dikategorikan mengikut warna kegemaran anda. Tarikh Tamat : Sabtu 23/4/2011 jam 11.59 malam

Thursday, April 21, 2011

Tinggal Kenangan...

Tamat peperiksaan hari ini, maka tamatlah gelaranku sebagai pelajar. Kini, kakiku tidak lagi perlu berkejar- kejar ke kuliah. Tiada lagi group discussion untuk siapkan assignment. Tidak perlu bersengkang mata untuk study. Segala-galanya berakhir setelah empat tahun aku di bumi UKM ini. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit. Namun ia hanya tinggal kenangan. 

Berat rasa hati meninggalkan tempat ini. Meninggalkan sahabat dan  teman. Masa silih berganti. Manusia datang dan pergi. Itulah ketentuanNya. Aku redha.
Ni dia  wajah- wajah classmateku....bakal-bakal guru Malaysia....huhu...1 Math 1 Family (gambar ketika Trip ke Melaka)
Wan, Nina, Nun, Wong,Lini, Ayu, Nora, Ee, Sue, Bell, Gje, Lyn, Kang (tiada dalam gambar), Tim, Moni, Wani, Miza, Pjah, Fizah, Ekin, Reva, Zaa.
Pada 15 April lepas kami telah mengadakan satu majlis perpisahan (wah skema giler ayat). Nak tunjuk gambar makanan je sebenarnya:
Banana Choc Cake. Very the lazat. Aku suka pisang dia yang seketul- seketul tu...huahua
Sangat banyak sampai tak habis makan. Menu: BBQ ayam ikan sotong sosej (kami bakar sendiri), bihun goreng, sate, kek, buah.


Selain makan-makan dan bersuka ria..ada tayangan video sepanjang kami bersama (hasil kerja cik pulau). Ada juga sesi penganugerahan yang dikendalikan cik nin dan ANK.
Ini pula anugerah yang aku dapat malam tu...lawak je..nak tahu ape kriteria aku dapat anugerah ni? Kerana aku meminati barang-barang tradisional dan lagu-lagu klasik (kiranya macam berbudayalah..huahua masuk bakul angkat sendiri).

So kiranya, semua mendapat anugerah yang sesuai dengan personaliti masing-masing. Terima kasih kerana mengenaliku. Kemudian, sesi ucapan. Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat ketika ini. Berjujuran air mataku. Benci betul. Aku dah berusaha sejak dari malam sebelumnya ketika membantu cik pulau tu siapkan video dia. Aku tidak mahu menangis. Akhirnya....sedihnya...aku rasa kehilangan itu.

Moga ukhwah antara kita biarlah seperti seutas tasbih. Ada awal, tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNya, dibahagi untuk cintaNya, dan diratib demi redhaNya.

Wednesday, April 20, 2011

Bersujud Legakan Sistem Pernafasan

Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi. Kita harus sedar bahawa tiada satu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. Mari bersolat dan bersujud. Nescaya kelebihannya sentiasa menantimu :
1) memperbaiki kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari kedudukan asalnya  
2) melegakan sakit hernia
  
3) melegakan paru -paru dari ketegangan 
gambar thanks to google.
4) kedudukan sewaktu bersujud baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh 
5) memudahkan tidur 
6) mengelakkan pendarahan otak jika komplikasinya berlaku secara tiba - tiba.
lebih lanjut lihat sini.
p/s: Azan zuhur sudah pun berkumandang...apa lagi...ayuh kembali ke sekolah..ayuh!!

Segmen Terjah Mereka Episod 7

Habis exam hadap blog. Teruskan operasi terjah followersku. 3 blog pilihanku untuk direview kali ini:

Blog seorang bakal guru (sama sepertiku). Mengandungi diari- diari harian dan pelbagai contest. Entrinya ringkas dan memang mudah untuk dibaca. Ape2 pun good luck untuk exam....u mana erk??

Bertemakan merah jambu. Ceria dan menawan. Entrinya ringkas dan banyak gambar-gambar menarik yang jarang kita tengok. 

Juga mengenai kisah kehidupan pemiliknya. Entrinya pendek dan semestinya amat mudah untuk dibaca. Aku sukakan gaya bahasaya. Sempoi dan selamba...
Sangat ringkas episod kali ini...seringkas blog-blog di atas juga. Sekadar pendapat aku. Mari terjah blog mereka. Senang dan mudah. 

p/s: Masih ramai juga yang bertanyakanku cara- cara nak join segmen ini..sila lihat sini.

Monday, April 18, 2011

Tanda- tanda kematian

Sekadar perkongsian untuk anda. Tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah swt.

Tanda 100 hari sebelum hari mati. 
Tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah swt. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 

Tanda 7 hari
Diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba dia berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah selepas itu supaya perut tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah swt serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah swt samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. WALLAHUA`LAM

Saturday, April 16, 2011

Segmen Terjah Mereka Episod 6

Selamat petang semua...lama sudah ku tidak menjengah ke sini. Untuk episod kali ini, 3 blog followersku yang terpilih untuk direview ialah:

Blog ini sangat menarik kukira. Bahasanya mudah dan aku sukakan cara penyampaiannya iaitu bermadah tapi tegas. Mungkin disebabkan pemiliknya menulis sesedap rasa dan sesedap hati. Entrinya ringkas tapi penuh erti.

2) FATIN AMEERA
Ceria dan romantis. Bertemakan turquoise dan pink, blog ini amat bersesuian dengan penceritaan yang dibawanya. Mengandungi kisah cinta, pengalaman hidup dan hal sekeliling yang sentiasa membuatkan kita tertarik untuk membacanya.

3) kisah.budak.name.mira.
Ringkas dan menarik. Gaya penyampaiannya membuatkan kita berfikir sendiri. Banyak bercerita mengenai hal sekeliling dan pemiliknya amat mengemari artis- artis yang berkualiti dari segi kerja dan perilaku. Blogger muda ini banyak menyertai contest, giveaway dan lucky draw anjuran blogger lain. Apa- apa pun good luck!!

Ini sahaja setakat ini, sekadar pandangan aku. Untuk review blog- blog followers yang lain, nantikan episod seterusnya. Dan untuk melihat episod- episod sebelum ini sila ke label Segmen Terjah Meraka.

p/s: mari terjah blog mereka ramai- ramai...berbaloi2!!

Thursday, April 14, 2011

HIJAUKAN BUMI KITA PHOTO CONTEST APRIL 2011

"Sebagai Seorang Duta kepada Kehijuan dan Kesuburan Bumi, hendaklah kita menjaga alam sekitar kita dengan bijaksana." - pesanan penaja
Syarat2nya:
1) Follow blog ini The Bladerz Duta Keamanan dan kesuburan sejagat [done]. 
2) Copy dan paste banner diatas sebagai tanda anda menyokong kempen pada kali ini [done].
3) Sertakan gambar-gambar anda yang menunjukkan anda melibatkan diri dalam kerja-kerja atau perilaku berkenaan seperti mengutip sampah dan sebagainya mengikut kreativiti anda [done]
Lokasi: Projek Taman Herbanium UKM.
4) Bilangan Gambar Unlimited, hanya satu gambar yang terbaik sahaja yang dipilih sebagai pemenang. Sila tinggalkan URL contest anda dalam ruangan comment [done].
5) Tag 5 orang lagi rakan lain untuk join contest ini [done].
6) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April 2011 dan pemenang akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup.
pergi ke kedai membeli bunga,
bunga di beli cantik sekali,
alam sekitar perlu di jaga,
agar hidup sentiasa harmoni.

Wednesday, April 13, 2011

Makanan Meningkatkan Daya Ingatan

Makan untuk hidup, atau hidup untuk makan. Anda yang tentukan. Makanan memberikan kita tenaga, membantu tumbesaran, dan kekal sihat sekiranya diambil dengan diet seimbang. Khasiat makanan juga mampu meningkatkan daya ingatan seseorang.  Sekadar perkongsian beberapa info yang kukumpul beberapa hari ini. Antaranya:

Bawang putih: Minyaknya mampu menghilangkan balgham (lendiran/kahak). Balgham menyebabkan penyakit lupa. Menghilangkan balgham beerti menghilangkan penyakit lupa.

Daging arnab: Boleh mengatasi masalah penyakit hati, paru- paru, lemah jantung, hilang daya ingatan dan lemah tenaga batin.

Pegaga: Selalu dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Mempunyai unsur- unsur menambah daya ingatan dan menyihatkan badan.

Buah badam: Membantu mencergaskan akal, menguatkan hafalan dan mencerahkan mata. 

Kacang hazel: Mengatasi masalah sakit kepala, menurunkan kolesterol dan memulihkan kencing manis.

Lobak Merah: Mencerahkan mata, mencerdaskan akal, melawaskan buang air kecil, membaikkan hati dan membasmi kelupaan.
Halia: Menguatkan urat saraf, kepanasannya boleh menghilangkan kahak, membetulkan perjalanan darah, dan mengutkan ingatan.

Madu lebah: Membekalkan tenaga, mencerdikkan akal, mempunyai kesan laxative semulajadi yang membantu proses penghadaman.

Buah Kismis (Zabib): Menghilangkan batuk, me'normal'kan kandungan air kencing, mencerdaskan minda, menghilangkan penyakit hempedu, menguatkan perut dan saraf.

Kuning Telur: Mengatasi masalah lupa, masalah tidak dapat kawal marah dan kanak- kanak degil.

Bunga cengkih: Sifatnya yang panas baik untuk kesihatan hati dan melancarkan perjalanan darah.

Buah Tin: Mencegah penyakit buasir dan gaut.

Kurma: Menguatkan perut, hati, daya ingatan, menyuburkan pertumbuhan badan, menyembuh penyakit dan menjadi makanan/minuman mengenyangkan.

Daging biri- biri: Menambah darah merah, mempercepat proses penghadaman, menaikkan suhu badan, dan menguatkan daya ingatan.

Banyak lagi sebenarnya...untuk ketahui lebih lanjut..klik sini dan sini.
p/s: tapi kebanyakan makanan kat atas aku memang tak suka..especially bawang tu. Oh kena belajar ni!!

Segmen Terjah Mereka Episod 5

Tak kenal maka tak cinta, tak terjah mana kita tahu hebatnya. Untuk episod kali ini, 3 blog  followers pilihanku untuk direview adalah:

Kemas dan tersusun. Sejuk mata bila pergi blog ini. Entrinya ringkas dan padat. Banyak persoalan yang ditimbulkan dalam penulisannya. Banyak GiveAway dan Contest yang Cik iLa sertai. Moga berjaya!!

Bagi peminat Anime Jepun, English movie, dan Hindustan, ini adalah blog yang tepat untuk anda. Selain memaparkan sinopsis cerita, blog ini juga menyediakan link download. Dan paling penting blog ini ada tutorial untuk Join File. So movie yang ada banyak part tadi bolehlah digabungkan.

Menarik dan berinformasi. Dimiliki oleh pasangan guru, mak uda dan pak uda. Entrinya pelbagai dan  banyak imbas kembali pengalaman kehidupan mereka waktu dulu. Memaparkan info terkini, lirik lagu, siri lawatan sekolah, video muzik dan banyak lagi. Rasanya mak uda ini peminat Maher Zain dan SinarFm. I follow!!

Ini sahaja yang mampu kutulis setakat ini. Hanya sekadar pandangan aku. Kepada yang masih kurang jelas mengenai segmen ini sila ke Episod 1, Episod 2, Episod 3, Episod 4.
Sekian, wassalam.

Tuesday, April 12, 2011

Contest sedap mata memandang

Wow Contest Sedap Mata Memandang...walaupun blogku berserabut..mahu join juga contest ini sebagai menyokong rakan- rakan blogger. Anjuran Cik Nurfarah Balqis.
Untuk keterangan lanjut klik sini. Mari ramai- ramai join. 
Rakan blogger bertuah yang ku tag hari ini: fatimah zahra dan siti zulaikha
Tarikh tutup belum ditentukan lagi.

"SEGMEN ANDAI AKU SUPERHERO"

Macam kelakar sahaja segmen ini...keanak-anakan pun ada. but i like.
Segmen Andai Aku Superhero oleh Akri Zary:
Syarat2:
1. Tajuk Entri: ''SEGMEN ANDAI AKU SUPERHERO'' [done]

2. Letak gambar kat atas ni dalam entry blog..pastu link kan kat entry ni...[done]

3. Buat entry pasal kuasa apa yang korang impikan dengan sebab2 dia sekali...panjang dia xde limit...[done]
Andai aku superhero aku mahu kostum feminin sebegini:
Berhati baik seperti spiderman:
  
Mempunyai gadget seperti doraemon:
Mempunyai sahabat seperti Kiteretsu:
Mahu bijak seperti Detektif Edogawa Conan:
Menyelamatkan dunia bersama Atoi:
Kerana aku adalah peminat zizan. Fan kipas susah mati ni. Untuk semua gambar, credit to google.
4.  Last sekali submit kan URL entry korang tu kat komen entry ni...[done]

5. Sapa tak paham syarat kat atas tu...jangan segan2 nak tanya eh...
 
Terbuka kepada semua orang...terutama yang ada blog...xde blog pun boleh gak..tarikh tutup 3 hari dari sekarang...

SMS guna nama ayah??

Rasa sakit hati sangat-sangat. Tak sensitif langsung. Banyak dah sms penipu ni aku dapat. Biasa aku tak pernah ambil kisah pun, tak tergugat dan tak pernah ambil tahu. Tapi hari ini aku betul-betul rasa macam nak makan orang. SMS itu berbunyi:
"Ni ayah, gune fon police,tlong bagi credit maxis 30 rnggit ke nombor bru ayah 0128142857 ayah lgi ade msalah kt balai police. ta payah call, kejap baru ayah call"

Sebenarnya ini bukan pertama kali aku dapat sms ini. Dah bertubi- tubi. Dahlah aku guna dua simkad. Dua- dua pun dapat. Biasa aku ok sahaja. Tapi hari ini tak tahulah kenapa. Kalau aku tahu lah siapa dia mahu sahaja aku tembak guna senapang gajah..tak pun hantuk kepala dia ke dinding. 
gambar thanks to google.
Di saat- saat aku merasakan perlunya seorang ayah..tentunya hidup keluargaku tidak kucar kacir seperti sekarang. Namun, aku redha dengan ketentuanNya. Ayahku telah pergi menghadap Ilahi 22 tahun yang lepas..lebih kurang setahun usiaku ketika itu. Tidak kenal, tiada kenangan, hanya sekeping gambar buat tatapanku. Kemudian, aku mempunyai seorang ayah baru, hasil perkahwinan kedua ibuku ketika aku berusia 9 tahun dan beliau juga telah meninggalkan kami ketika aku berada di tingkatan 4. Walaupun bergelar ayah tiri, tetapi kerana dialah aku bermotivasi untuk meneruskan pelajaranku hingga ke hari ini. Semoga roh kedua- duanya aman dan berada dalam lindungan Allah.

p/s: Kepada para penipu di luar sana, tiada gunanya duit haram yang kita perolehi. Duit itulah yang akan membakar kita suatu hari nanti. Kalau dah tak mampu sangat nak beli topup...jual sahaja handphone tu....guna public phone!!

Segmen Terjah Mereka Episod 4

Untuk episod kali ini, 3 blog followers yang terpilih ialah:

Hijau menawan. Seperti namanya blog ini memang sempoi. Mengandungi informasi agama, isu semasa dan hal berkaitan wanita. Gaya penyampaiannya mudah dan setiap entrinya ringkas dan bermakna. Ramai follower dia...

Bagi peminat fotografi, ini adalah contoh blog yang tepat untuk anda. Gambar- gambarnya mempunyai komposisi dan irama yang baik. Sangat cantik. Kiranya berbaloilah kalau ambil En Arjuna ini sebagai cameraman bagi sebarang event...agak-agak kalau gambar kahwin aku cantik tak...huahua...

Ringkas dan menarik. Bahasanya sempoi dan entrinya pelbagai. Mengandungi kisah kehidupan pemiliknya, klip video, dan beberapa informasi. Setiap entrinya mudah difahami dan membuat kita tertarik untuk membacanya.

Ini adalah sekadar pandangan aku. Tiada kaitan bagi yang hidup atau telah meninggal dunia. Kepada yang masih tidak tahu mengenai segmen ini, segmen ini adalah segmen review blog followerku yang kupilih secara rawak. Sebagai penghargaan buat mereka yang sudi menjengah ke blogku yang entah apa-apa ini. Sekadar suka- suka dan mengisi masa terluangku. So, kepada sesiapa yang mahu direview juga, bolehlah follow dan komenlah di blogku ye....nantikan episod seterusnya.

p/s: Mari ramai-ramai terjah blog mereka. Berbaloi2....lallalala~~