Jawapanku kedua2nya. Mulut atau lidah diamanahkan supaya bercakap perkara yang baik, membaca al-Quran dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Tetapi bagaimana pula kalau kita cakap lepas, membawa cerita, mengumpat atau menabur fitnah? Maka, tercetuslah dosa.
Kata2 yang diucapkan berkali2 pula akan menjadi doa. Kalau kata2 itu baik tentu yang termakbul itu juga baik dan sebaliknya. Sekadar peringatan buat diriku yang amat rimas dengan pelbagai kerenah mulut manusia. Kadang2 aku sendiri pun tak faham. Bukankah lebih baik kalau kita diam daripada penat berkata2 dan menyakitkan hati orang lain.
Memang wanita golongan yang kurang prihatin bab2 menjaga mulut ini. Aku juga kadang2 begitu. Nak kata patah perkataan sehari memang banyak kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Namun antara banyak perkataan yang keluar itu kita tidak pasti berapa banyak pula yang digunakan untuk menuduh dan memerli orang lain dalam gurauan. Dan amat sedikit yang berunsur nasihat. Mungkin kadang2 kita tidak sedar namun sebagai orang yang telah cukup dewasa..gunakanlah akal sebelum berkata2 dan sentiasalah berpada2.
~kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa~
So, beberapa tips untuk menjaga mulut:
- Bercakap perkara yang perlu sahaja.
- Elakkan bertanya urusan orang lain yang tidak berkaitan dengan diri sendiri dan orang lain.
- Mewujudkan suasana yang saling mempercayai.
- Menggunakan kata2 yang lemah lembut.
- Elak nada menghina dan mengejek.
Hadis Nabi saw:
"Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, nescaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat.Sesiapa yang memudahkan orang yang kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aib) seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya" (Riwayat Muslim).
Sempena Malam Nisfu Sya'ban, marilah kita buka lembaran baru. Manusia itu berbeza, dan aku harap aku mampu menghadapi dan mengurus perbezaan itu. Untuk Harimau Malaya...tahniah!! Walaupun kalah...kalian telah membuktikan Malaysia Boleh!!!
heheh hiasan...thanks cik google. |
y/f: esok cuti...amat seronok..segarkan diri kembali...bosan...plan? tiada.
5 comments:
setuju! Lidah yang lembut mudah berkata apa yang dimahu, byk terlontar keluar yang buruk dan nista. Moga kelembutan itu dizahirkan dengan zikir dan doa =)
Jemputan ke Contest Aku Berpuisi =)
bercakap bila perlu?
rasanya sy boleh tak??? dahla spesies manusia yang banyak cakap ni..
hahahaa...
@mohamadazhan.com: tgkla nt klo brkesempatn ku join.
@cikpulau: hahahhah ntah ye...tp klo brfaedah ok la..
yaaa.btol3
mulut jgak pncetus fitnah...huhuhu..
Post a Comment