Keputusan SPM keluar hari ini. Tahniah buat anak saudaraku untuk keputusannya. 6A 3B1C. Walaupun agak jatuh dari PMRnya dulu 9A. Tapi aku tetap gembira. Yang penting dia boleh jadi anak yang soleh ...ada matlamat..dan jadi insan yang baik..itu sudah memadai.
So apakah rancangan masa depannya? Jangan terkejut. Dia mahu jadi cikgu macam aku. Cikgu Matematik lagi. Dan sejak sebelum keputusan keluar pun dia sudah memohon untuk ke maktab atau nama lainnya IPG (Institut Pendidikan Guru). Tiba- tiba aku rasa teruja sebab dalam keluarga aku hanya aku seorang yang mahu jadi cikgu. Sekarang dah ada dia. Bertambah lagi seorang. Kata orang kerjaya guru ini ada badi. Jika salah seorang dari anggota keluarga jadi cikgu, pasti akan ada lagi selepas itu.
Inilah wajah dia...Muhammad Mustaqim.. |
Walaupun orang kata kerjaya cikgu ini hanya dalam pagar. Tidak berkembang...tidak boleh maju..pilihan terakhir..dipandang enteng..namun aku gembira anak saudaraku itu menjadikannya pilihan pertama. Guru adalah kerjaya profesional. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru...bukan mudah juga mengatakan kita adalah guru..kerana tanggungjawabnya amat besar..memanusiakan manusia.
Satu sajak yang ingin kukongsikan....tajuknya : Guru oh Guru.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG (1979)
p/s: moga selepas ini akan ada lagi antara ahli keluargaku menjadi guru.....i like..
12 comments:
tahniah buat anak saudara
tahniah untuk dia jugak naa.. ^_^
melle n ckin : thanks..(^_~)
congrats kat dia =) fie pon nk jd cg math =) haha
congrats kat dia =) fie pon nk jd cg math =) haha
tahniah...perjalanan tu masih jauh.masih banyak ruang dan peluang yang masih terbuka sekiranya diperingkat IPT nanti :) teruskan kecemerlangan
sofie: gud luck!!
mohamadazhan: ye masih jauh...moga dipermudahkan....
tahniah bt anak saudara tu~mustaqim....dan tahniah gak kerana memilih profesyen perguruan, jranag lelaki minat, waima anak mommy pun ,puas pijuk jadi cikgu...tapi tak nak...tahniah sekali lagi
tahniah buat ank saudara..
moga cita-citanya tercapai..
predictor tak lama lagi jd cikgu la jugak.. ^^,
mommylavender: tula trkejut gak...tp nei bukan cite2 asal dia....mulanya dia nk jd tentera...tp dia rabun warna....n tukar nk jd cikgu.
cik pulau: amin...sama2 la kite..
all de best!
Post a Comment