Kenapa? Tak boleh batuk di tanggakah?? Ada pantang larang apa-apakah?? Jawapannya tiada. Batuk yang dimaksudkan adalah 'batok' bukan 'batuk'. Disebabkan perubahan ejaan batok ini kepada batuk menjadikan ramai golongan muda (termasuklah aku) tidak tahu apa sebenarnya batok yang dimaksudkan dalam peribahasa ini.
Batok ini ialah penyedok air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan pada zaman dahulu di rumah atok nenek kita untuk menyedok air dari tempayan untuk membasuh kaki. Setelah dua dekad lebih aku hidup ni pertama kali sebenarnya aku tahu batuk dalam peribahasa ini bukanlah batuk 'uhuk uhuk'...generasi sekarang....yekah...dua dekad...terfikir sendiri...(tapi rasanya bukan salah generasi kini kalau mereka x tahu...mana ada orang masuk rumah kena basuh kaki sekarang). Masa berubah, kehidupan juga berubah.
Ni lah dia gambar batok. Nak tahu dari mana aku tahu....dari SINI Alat ini setelah digunakan, sepatutnya diletakkan semula ke dalam atau di atas penutup tempayan dan bukanlah ditinggalkan di atas tangga begitu sahaja.
Jadi peribahasa ini bermaksud sesuatu tugasan dilaksanakan dengan tidak sempurna atau hanya sebagai syarat atau dengan kata lain tiada kesungguhan. Janji siap...sudah. Kualiti tolak tepi. Sepatutnya kah?? Dua dekad kukira cukup matang untuk itu. Matangkah aku..ouchhh...
Dari Pahang Menuju ke Kelantan
Mari Sembahyang Menuju Kejayaan
Daun Palas di Atas Mayang
Orang Ikhlas Allah Sayang
amin.....
7 comments:
benda alah tu bukan owg panggil gayung kayu ke? haha!!
sebelum ni tak tau pun nama benda tu batok.. hihik.. haishh buta sejarah lah saye ni.. adusssh
dayat: kita2 je kot panggil camtu...klo ak pggil penceduk..
popolita: actually x taw gak....baru jumpa bila cari alatan tradisional...
Baguslah, memberi kesedaran bahasa dan sejarah~
seruling: ko lg bagus...mamartabat warisan sejarah...main seruling..
cik pulau panggil gayung je..
senang cter.. batok ke batuk ke papelah..
nanti jangan kena ketuk dengan batok tu.. lalala~
anda ditag yer:
http://islandgurlz88.blogspot.com/2011/03/tora-datang-lagi.html
x mahu...
Post a Comment