Wednesday, March 16, 2011

Kawal Marah...Sabar

Menggigil aku tahan marah hari ini. Bila fikir balik bukan hal besar sangat pun. Mungkin syaitan tengah bersorak riang sekarang. Kemenangan buat dia dan kekalahan bagi aku. Ya Allah, lindungilah aku. Sebenarnya ini kali ketiga aku marah sebegini. Pertama kali semasa ada orang asing bersama 3 anaknya mahu menginap di rumahku. Tapi sekarang orang asing itu bukan orang asing lagi. Naik taraf jadi pemilik rumah aku pula. Kali kedua, ketika praktikal. Seorang pelajarku menjerut leher kawannya dengan tali leher. Kuambil dan kucampak keluar tingkap. Seminggu aku masuk kelas sunyi sepi...tiada yang nak bersuara. Kedua-duanya aku rasa hal yang besar dan aku layak untuk marah. Tapi hari ini hal kecil sahaja. Dan kuberjaya tahan marah itu...

Luka yang kecil, jika tidak dirawat mungkin akan dihinggap kuman atau fungi...lama-lama bernanah. Bukan senang untuk dirawat. So kawal diri dari awal. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Ada satu artikel yang cukup menarik perhatianku...kukongsikan sedikit...nak lihat lebih lanjut tekan SINI Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan itu dari api. Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud). Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahan. Kawal marah dengan hati dan fikiran yang rasional.
gambar thanks to google.
Dalam menangani sifat marah, kita harus sentiasa bertoleransi dan hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita. Sekiranya kita yang dimarahi janganlah kita mengeruhkan keadaan. Kita harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).

Marah adalah penyakit tetapi marah juga perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat, marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah supaya ia membawa kebaikan dan bukan kebinasaan.

..:: Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat::..

p/s: marah time berdiri = duduk, marah time duduk = baring, marah lagi = pi ambik wuduk. Jangan bantai baring dalam kuliah dah laaa..hehe...
Aku lega!!! tambah lagi 1...marah lagi dan lagi = tulis blog. Yakah??

5 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam

kadang2 mmg susah juga nak kawal marah ni, orang yang paling kuat adalah orang yang dapat sabar semasa marah :)

PReDicToR said...

wslam...mmg susah nk jd kuat.

~UmmU SoLehah~ said...

salam Nora... rindu pulak rase nak tgk muka garang ko Nora..hehehe..

jgn marah2.. t cepat bkedut.. ^_^

PReDicToR said...

wslam...alamak kantoi ak siah...kuang3x

Unknown said...

betul2, marah tak bermakna kuat. =)