Showing posts with label Segmen Terjah Mereka. Show all posts
Showing posts with label Segmen Terjah Mereka. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Segmen Terjah Mereka Episod 8

Aku meneruskan misiku lagi hari ini. 3 blog followers pilihanku untuk direview ialah:

1) uLan
Bertemakan turquoise dan coklat..memang cantik. Dimiliki oleh seorang mama kepada si comelnya Lila. Entrinya memang lain dari yang lain. Memang versatil. Banyak input-input yang memang luar dari kotak pemikiran biasa. Ada kisah artis, tips bagi para ibu dan hal- hal semasa juga. Sesuai dikunjungi sesiapa sahaja terutamanya para ibu.Satu lagi yang menarik perhatianku...susunannya amat kemas dan teratur. Mesti rumah dia pun kemas je. Untung hubby dia. Moga berbahagia.

Ringkas dan menarik. Blog seorang pencinta kucing. Banyak betul cerita- cerita kat blog ni. Teringat zaman kanak- kanak. Paling best siap ada struktur- struktur sebatian ni. Mesti pelajar kimia atau biologi ni. Pelajar UKM...tahun akhir..sama sepertiku (jumpa konvo nanti ye..heheh)

Ceria dan penuh bunga. Memang hepy la pergi blog ni. Bahasanya mudah dan ada beberapa tutorial. yang amat- amat berguna. Paling menarik...pemiliknya tak makan belacan (aku pula suka belacan). Banyak segmen dia join. Good Luck!!

Ini sahaja setakat ini. Sekadar pandangan aku. Salah dan silap harap maaf ya. Bagi sesiapa yang mahu direview juga bolehlah folo dan komen di blogku. Akan kucuba review kesemua blog jika ada masa terluang. Mari ramai- ramai terjah blog mereka!! Untuk episod- episod yang lain sila pergi ke label Segmen Terjah Mereka.

p/s: Ada ku terbaca entri kat satu blog...dia kata blog itu ibarat rumah..jika tuannya sukakannya kita tiada hak untuk mengubahnya. Blog siapa ya??? Lupa la......(kalau tahu..bagi tahu ya huahua)

Wednesday, April 20, 2011

Segmen Terjah Mereka Episod 7

Habis exam hadap blog. Teruskan operasi terjah followersku. 3 blog pilihanku untuk direview kali ini:

Blog seorang bakal guru (sama sepertiku). Mengandungi diari- diari harian dan pelbagai contest. Entrinya ringkas dan memang mudah untuk dibaca. Ape2 pun good luck untuk exam....u mana erk??

Bertemakan merah jambu. Ceria dan menawan. Entrinya ringkas dan banyak gambar-gambar menarik yang jarang kita tengok. 

Juga mengenai kisah kehidupan pemiliknya. Entrinya pendek dan semestinya amat mudah untuk dibaca. Aku sukakan gaya bahasaya. Sempoi dan selamba...
Sangat ringkas episod kali ini...seringkas blog-blog di atas juga. Sekadar pendapat aku. Mari terjah blog mereka. Senang dan mudah. 

p/s: Masih ramai juga yang bertanyakanku cara- cara nak join segmen ini..sila lihat sini.

Saturday, April 16, 2011

Segmen Terjah Mereka Episod 6

Selamat petang semua...lama sudah ku tidak menjengah ke sini. Untuk episod kali ini, 3 blog followersku yang terpilih untuk direview ialah:

Blog ini sangat menarik kukira. Bahasanya mudah dan aku sukakan cara penyampaiannya iaitu bermadah tapi tegas. Mungkin disebabkan pemiliknya menulis sesedap rasa dan sesedap hati. Entrinya ringkas tapi penuh erti.

2) FATIN AMEERA
Ceria dan romantis. Bertemakan turquoise dan pink, blog ini amat bersesuian dengan penceritaan yang dibawanya. Mengandungi kisah cinta, pengalaman hidup dan hal sekeliling yang sentiasa membuatkan kita tertarik untuk membacanya.

3) kisah.budak.name.mira.
Ringkas dan menarik. Gaya penyampaiannya membuatkan kita berfikir sendiri. Banyak bercerita mengenai hal sekeliling dan pemiliknya amat mengemari artis- artis yang berkualiti dari segi kerja dan perilaku. Blogger muda ini banyak menyertai contest, giveaway dan lucky draw anjuran blogger lain. Apa- apa pun good luck!!

Ini sahaja setakat ini, sekadar pandangan aku. Untuk review blog- blog followers yang lain, nantikan episod seterusnya. Dan untuk melihat episod- episod sebelum ini sila ke label Segmen Terjah Meraka.

p/s: mari terjah blog mereka ramai- ramai...berbaloi2!!

Tuesday, April 12, 2011

Segmen Terjah Mereka Episod 4

Untuk episod kali ini, 3 blog followers yang terpilih ialah:

Hijau menawan. Seperti namanya blog ini memang sempoi. Mengandungi informasi agama, isu semasa dan hal berkaitan wanita. Gaya penyampaiannya mudah dan setiap entrinya ringkas dan bermakna. Ramai follower dia...

Bagi peminat fotografi, ini adalah contoh blog yang tepat untuk anda. Gambar- gambarnya mempunyai komposisi dan irama yang baik. Sangat cantik. Kiranya berbaloilah kalau ambil En Arjuna ini sebagai cameraman bagi sebarang event...agak-agak kalau gambar kahwin aku cantik tak...huahua...

Ringkas dan menarik. Bahasanya sempoi dan entrinya pelbagai. Mengandungi kisah kehidupan pemiliknya, klip video, dan beberapa informasi. Setiap entrinya mudah difahami dan membuat kita tertarik untuk membacanya.

Ini adalah sekadar pandangan aku. Tiada kaitan bagi yang hidup atau telah meninggal dunia. Kepada yang masih tidak tahu mengenai segmen ini, segmen ini adalah segmen review blog followerku yang kupilih secara rawak. Sebagai penghargaan buat mereka yang sudi menjengah ke blogku yang entah apa-apa ini. Sekadar suka- suka dan mengisi masa terluangku. So, kepada sesiapa yang mahu direview juga, bolehlah follow dan komenlah di blogku ye....nantikan episod seterusnya.

p/s: Mari ramai-ramai terjah blog mereka. Berbaloi2....lallalala~~

Monday, April 11, 2011

Segmen Terjah Mereka Episod 3

Sebagai lanjutan dari Episod 1 dan Episod 2...blog yang terpilih untuk direview hari ini:

Kreatif dan ceria. Blog ini adalah mengenai kisah hidup syafiqa hayra. Cukup menarik kerana kebanyakan entrinya menggunakan animasi kartun. Cara penyampaiannya berbentuk penceritaan, mudah dan ringkas..luv it.

Berinformasi dan terkini. Banyak info- info kesihatan yang kukira amat berguna. Bahasanya mudah tetapi jarang diupdate. Satu entri yang menakutkanku..mengenai haiwan exortic. Gambar yang cantik but its look real..seram!!

Ringkas dan sempoi. Mengenai cerita- cerita kehidupan Sharifah Munira. Bahasanya mudah dan entrinya juga pelbagai. Ada beberapa entri menceritakan tentang lelaki- lelaki handsome...huahua..ex bilik dia cantik je..msti suka mengemas nei..

Kepada sesiapa yang masih tidak tahu mengenai segmen ini...segmen ini adalah sekadar suka- suka sebagai penghargaan kepada mereka yang sudi follow blogku yang carca marba ini. Nantikan episod seterusnya.

p/s: kalau rajin review la juga blogku...huahuahau...tak adela..main- main je, Wassalam!!

Thursday, April 7, 2011

Segmen Terjah Mereka Episod 2

Kepada anda yang masih tidak tahu mengenai segmen ini. Segmen ini adalah sekadar main- main dan tiada motif yang tepat. Sekadar mahu berkongsi mengenai blog mereka yang sudi follow blogku yang tak seberapa ini.  Mereka hanya kupilih secara rawak. Sebagai rentetan kepada episod sebelumnya iaitu Episod 1
3 blog pilihanku hari ini ialah:
Berinformasi dan berilmu. Dimiliki oleh Zulfikar Hazri...seorang yang kukira memang sensitif dengan isu semasa. Sangat rajin update blog dan entrinya menarik perhatianku.

Ringkas, kelakar dan sempoi. Bahasanya mudah dan boleh buat orang tersenggih sendiri. Paling menarik..header dia uncang teh...perasan tak gambar atas tu. I like..

Ceria dan ringkas. Dimiliki oleh seorang coursemateku...ekin. Seorang jawaies girl...sama sepertiku..keturunan jawa Batu Pahat. Tapi tulisannya banyak berbahasa inggeris. Blog yang mudah difahami tetapi jarang diupdate...jeng2..

Mesti anda pelikkan kenapa aku tiba2 buat benda2 begini...saje..sebagai penghargaan di atas kesudian follow blogku.

p/s: so kepada sesiapa yang mahu direview juga...bolehlah follow blogku...insyaAllah aku akan cuba review semua blog...nantikan pada episod- episod seterusnya. Wish me luck for exam ye!!

Wednesday, April 6, 2011

Segmen Terjah Mereka Episod 1

Sebagai menghargai followers yang sudi menghampiri blogku yang carca marba ini...kusediakan sedikit buah tangan untuk mereka. Layan...
Menerusi segmen ini aku akan menceritakan serba sedikit mengenai blog 3 orang followerku yang kupilih secara rawak..(mentang - mentang bakal cikgu math..amin). Apa itu rawak? Kupilih secara rambang tanpa sebarang kepentingan atau kelebihan (macam YB bercakap). So segmen ini akan bermula pada hari ini dan insyaAllah  akan berterusan selagi aku bergelar blogger...selagi aku ada banyak masa terluang....selagi aku tak ada idea untuk menulis...pada bila- bila masa. 

Blog pertama pilihanku: SAiNGSAiNG
Ringkas, menarik dan padat. Dimiliki oleh pencinta games bernama Ezzat. Tidak hairanlah jika terdapat entri review mengenai games di blog ini. Entrinya juga sentiasa up to date.

Blog kedua pilihanku: ANIS ANIESA AND FANTASY
Jujur dan kemas. Blog ini mengenai kisah hidup Anis. Kisah perjalanan hidup yang kadang- kadang terselit unsur motivasi yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak. Blogger yang agak aktif.

Blog ketiga pilihanku: Elfira Rahim
Menarik dan berwarna-warni. Elfira ni peminat Britney Spears barangkali. Lagi, terdapat info menarik terutamanya kepada para wanita. Bila baca entri dia baru kutahu mengenai sesuatu...apa itu? rahsia. Kepada anda yang bergelar wanita..mari kemari.

Kepada anda semua mari terjah blog mereka ya!!
Episod 2 akan menyusul bila aku ada masa terluang nanti...siapa mereka nantikan..

p/s: 1st paper exam pada 11 April....ahh bila mahu insaf...malasnya mahu study. Mood datanglah...aku mahu study...