Saturday, November 27, 2010

Aku Salah..:(

Tajuk cam sengal. Tapi....Ya aku yang salah. Aku salah buat pertimbangan dan aku salah dalam menilai. Aku telah minta tolong pada orang yang salah. Semuanya jadi rumit.

Kalaulah orang itu tahu  aku yang bersalah, adakah aku tempat yang paling tepat untuk dia luahkan masalahnya?? Kalaulah dia tahu hanya maaf dapat kuucap atas kesalahan itu adakah.....entahlah....apa yang patut kubuat? Siapa yang harus kupercaya? dan yang paling penting ke mana harus kupergi???

Dan untuk semua masalah ini, i have made many peoples worried. Thanks kawan- kawan kerana sentiasa amik berat tentang diriku. Tapi aku telah berjanji pada diriku...aku xnak terhutang budi lagi.

dont take it serious ok....my life is my life....what i should do??? ketawa ketawa n ketawa haaahahahhhaaa i feel good now...apa2 pun hati mesti 'keras'
chow!!

Wednesday, November 24, 2010

Perlu ke nak kenal diorang???

Assalammualaikum semua...gembira aku pagi- pagi nei. Kelakarla...Actually aku masih di ukm menghabiskan masa. Saje bagi alasan nak siapkan tesis padahal tesis dah dihantar. Aku stay sini sampai sem baru dibuka. Banyak kali dah kawanku cik lini tu mengajakku ke rumahnya di Pulau Haji Mat...sebuah pulau kecil di Kelantan.


 Nei gambar tahun lepas....dibelakang tula Pulau Haji Mat..

Aku menolak. Aku xnak terhutang budi pada sesiapa. Bak kata akak aku 'dah menumpang tu buat la cara menumpang, x mengenang budi langsung'. So aku decide tuk duk sini sahaja.

Ahh aku mula mengarut- ngarut. Kisah peribadi aku biarlah jadi milik aku sorang. Berbalik pada kisah arini...
Tuk tukk tukk pintu diketuk. Kebetulan roomate ku xde arini. Ada kerja kat makmal.
Makcik pejabat: Ada orang x nei??
Aku: Jap (bergegas aku cari tudung)

Pintu pun dibuka.
En .....: Awak tinggal berapa orang nei?
Aku: 2 orang. (dengan mamainya aku menjawab walaupun dah pukul 10 pagi....well..)
 
En .....: Dengan siapa?
Aku: Aisha.
En .....: Aisha mana?
Aku: Aisha Ahamad. (nasib baik aku nampak nama nei kat kotak printer rumateku. Kenal ke? (dalam kepala: perlu ke aku tanya soalan nei...ahh lantakla dah terkeluar pun)
En ......: Eh kenapa bilik awak luas ye?
Aku: Xtau.
En .....: Eh awak dah dah cek out aritu? Pastu cek in balik la ye?
Aku: Ye.
En .....: Kenapa awak stay sini? Siapkan tesis? Tu laptop ada lagu.
Aku: Ermm biasala boring. (Apa punya ayat da)
En .....: Awak duduk blok mana sebelum nei?
Aku: Blok H. En tengah watpe nei? (dalam hati: sape nei?)
En .....: Kenapa awak x report ada orang luar duduk bilik depan tu?
Aku: Mana la saya tahu. X kenal pun. (selamba je aku jawab, dalam hati aku: macam x kenal pula budak- budak kolej nei. bukan mesra alam pun)
En ......: Awak memang. Saya pun awak x kenal. Bleh pulak tanya saya kenal kenal si aisha tu x.
(haaahaa terjawab sudah soalan pertama aku tadi). Huh malunya. Dia siap gelak lagi kat aku.
En .....: Awak baru bangun tidur ke? (sambil berjalan keluar dari bilikku dengan tergelak- gelak)

Dalam hati aku: Tesis aku dah siap. Xde keje nak buat. Apa salahnya tidur? Ahh malunya aku arini. Lawakla. Harap- harap boleh berbual dengan dia lagi...hahaha mesti dia cam muka aku. Sengal budak nei.

Ermm sebenarnya bilik depan nei ada 2 orang luar yang duduk kat situ. Mana la aku tahu dia orang luar. Xpasal- pasal diorang kena turun padang..makcik-makcik pejabat, dan pengawal keselamatan ukm sekali. Perlu ke nak ramai- ramai. Apa-apa pun aku mesti alert selepas ni. Bahaya sebenarnya kalau ade x berdaftar boleh duduk sini. Walaupun perempuan, tapi apa- apa pun boleh berlaku kan.

Ditto!!

Friday, November 12, 2010

Sebelum Baca Angkat Kening Ye ^_*

Nei tanganla bukan kening....

Kisah  bermula ketika dalam makmal biologi, Ali dimarahi oleh Cikgu Mat yang memang terkenal kerana suka melawak.

Cikgu Mat: Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa katak untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa kodok? 
Ali: Tapi cikgu, ini kan katak, bukannya kodok.
Cikgu Mat: Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa katak.

Dengan longlai Ali menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Ali terserempak dengan Azwan, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat.

Azwan: Kenapa? 
Ali: Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa kodok.
Azwan: La. ini katak lah, bukan kodok. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu Mat. 

Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Azwan hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu Mat sudah menengking.
Cikgu Mat: Ali, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa kodok, sekarang kamu bawa monyet pulak.

Huhu apa motif aku tulis cerita ni kat blog aku...ntahla. Sambil bosan - bosan aku menjelajah ke satu blog yang agak menarik...ni dia klik 

Macam orang x da kerja...dah habis exam kan...bercakap pasal blog tadi...ada 1 lagi cerita yang menarik perhatianku: 

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama

Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!

Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara: MAhukah kau menciumku?

Teruna: Ya! 

Dara: Sayangku….!

Sesudah 5 tahun perkahwinan….
Sila baca dari bawah keatas

tamat................tesis menanti...........aku masih malas.........
mood seperti kain dijemuran....lambat dan lembap

Thursday, November 4, 2010

Mencari Sesuatu Yang Bermakna Dalam Hidup??

Ya, aku mencari sesuatu dalam hidup aku. Ape dia??? Aku pun x pasti...Biarpun ia harus melalui satu ruang yang panjang, tetapi kuharap ia tetap bernilai. Persis pepatah lama Cina yang berbunyi: andai inginkan kebahagiaan setahun, semailah benih, andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun, tanamlah pokok dan andai inginkan kebahagiaan seratus tahun, didiklah manusia.

Benarkah???

Baru - baru ni aku exam...3 paper...sangat susah: Kimia Organik II, Penyelidikan Operasi, dan Analisis Nyata. Sejujurnya, semua hancur lebur. Satu je benda yang kuharap...aku x kena repeat paper. Aku xnak extent. Kalau boleh aku mahu bekerja secepatnya dan membantu ibuku.

Walau besar bagaimanapun harapanku aku tetap sama seperti dulu:

Akhirnya setelah berusaha untuk bertahan:

Ni lah rupa aku masa exam:
Aku kecewa....

Kini aku hanya mampu...

Bisik pada bulan,
Pancarkan sinarmu sedalam hatiku,
Cerahkan jiwa secerah jasadmu,
Moga perasaanku tersenyum sepertimu.

Bisik pada bayu,
Tiuplah selembut baldu,
Agar dapat mendamaikan kalbu,
Agar dapat merawat duka pilu...

p/s: sekarang ini, yang penting ialah melayakkan diri untuk menjadi di kalangan orang yang melihat Allah pada Hari Akhirat kelak :)Amin...