Wednesday, September 16, 2009

Malam Idaman

Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Lailatul Qadar.


Rasulullah saw sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.

Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud:

Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah
(Hadis riwayat Ibnu Majah)


Dalam satu hadis lain, Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya:

Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredhaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.
(Hadis riwayat Muslim )


Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi dengan penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran.

Antaranya firman Allah bermaksud:

Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar". Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.
(Surah al-Qadr, ayat 1-5).


Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan.

Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan.

Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan.

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:

Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.
(Hadis riwayat Ahmad)


Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.

Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.

Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.

Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, perilaku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya.

Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.

Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat.

Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah saw dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan.

Dalam hal ini, memadailah Rasulullah saw sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari.

Rasulullah saw juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.

Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."


Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

1. Sembahyang sunat wudhuk.

2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.

3. Membaca al-Quran.

4. Istighfar

5. Zikrullah

6. Bertasbih

7. Selawat

8. Sembahyang sunat tahajjud.

9. Sembahyang sunat tasbih.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."

Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:

Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

Tuesday, September 15, 2009

Kalimat SYUKUR

Syukurku utk jantung yg msh brdetak. Utk peparu yg mnompa udara tnpa jeda. Utk mata yg bisa mnatap wajah org trsayang. Utk telinga yg mndengar plbagai alunan nada indah alam kurniaanNya. Utk kaki yang kuat mnopang tubuh & x lelah kuajak brjalan & brlari. Dan utk sentuhn kasih para malaikat kiriman-Nya.

Syukurku utk sseorg yg kupanggil ibu. Utk spetak ruang yg kusebut rumah tempatku brteduh. Utk skmpln org yg kusebut 'my family'. Utk para sahabat yg mluangkn waktu, telinga & hati mreka. Dan untuk anda semua yang telah rela membaca segala sampah fikirnku.

Ktika byk org mrasa miskin di tengah kkayaannya, ak mrasa kaya di tengah sgala keterbatasnku. Ktika byk org kkurangn di tengah kberlimpahnnya, ak mrasa brlebih dgn sgala kkurangnku. Ktika byk org mrasa sepi di keramaian, ak tsenyum bhagia di tengah ksunyian.

Ktika byk org mrasa buruk diantara keindahn paras rupawnnya, ak mrasa cantik dgn sgala pemberianNya utkku. Kcantikn yg brasal dari senyum bahagia & kedamaian hati, hati yg dpenuhi rasa syukur atas segala anugerahNya.


Hidup memang tidak mudah..tp bukan bererti x bisa dinikmati.

15/09/09..syukurku ke hadrat Ilahi..ak lulus jpj kreta arini...wlupun ini adlh cubaan kedua tp ak redha dgn rezekimu.. Ya Allah.

So many things to complain about..but also so many things to say thanks about..So how are you today? I’m sure you have a lot to say thanks about too..

Saturday, September 5, 2009

besday oh besday..



Thanks.....
Ucapan bisu ini kuucapkn kpd rakan2 yang sntiasa mngingati hari ulang tahunku. Especially wat dila n seha...thanks alot.

Buatku tahun tidak terulang. Lalu bagaimana kata “ulang tahun” bisa ditemukan? Dalam bahasa Inggeris-pun ucapan selamat hari lahir berbunyi Happy Birthday, bukan Happy Birthyear!...namun walaupun bgitu stiap tahun yang dtg menandakn kurangnya usia kt dan hampirny kt kpd kmatian...wallahualam..

Tuesday, September 1, 2009

SeNYuM & AiR MaTa

Andai waktu itu mampu aku takluk
Ingin sekali aku dakap bayangmu
Ingin sekali aku genggam tanganmu
Biar kau tahu
Tidak rela aku kehilangan
Walau hanya sekujur bayangmu

Haha poyo...ermm 1/9/09, ak gmbira n sdih..lulus n gagal..senyum n airmata. Lulus jpj motor gagal kreta..ermm sdihny. Xdpt la ak mmandu lg raye nei..nevermind.
tp cam penat je arini..dh la td mse wat test motor kaki ak mggeletar n kwn ak yg dok tgk kat tepi 2 kte muka ak cam mayat..mcm r x prnh bwk motor sblm nei kn..hampeh..tp nsib baik la lpas...alhamdulillah..Ak bkn ape dhla ujan mse 2..sejukny bkn main..titi pn licin..tkut je klo jatuh..

Pastu ak g lak wat krete..seram gler... Dhla nme ak kdua trakhir..mnunggula ak ngan pnuh ksabaran..1015 am tba giliranku..nme Ilahi kupahatkn dhati..gmuruhny. 1stly wat bukit..lepas. Parking..lepas. 3 pnjuru..oh no..ak gagal. Ak trlaggar tiang kat tpi 2 mse nk kuar..sadisny. Automaticly..GAGAL.
Ntah knape arini ak gabra smacm.

Ak kmbali k pondok jpj..camne pn ak redha..myb kli nei bkn rzeki ak..ak pasrah. Ak mnanti utk bhgian 3 jaln raya. Gemuruhny..
harapnku kgagaln prtama x mnjd pghalang utk yg kdua. Tba gilirnku..nme Ilahi kuukir dbibir. Ak mmandu d jalan ii. Hujan renyai2..ak cba mmbrikn yg trbaik nmun stelah hmpir tamat ujian..dhadapan pintu msuk akademi..kreta yg kupandu mati. Ak cba mghdupknnya kmbali..3 kli..nmun gagal.
Oh Tuhan..automaticly ak GAGAL.

Ak mmndu hingga k dlm akademi..kwn ak yg mnuggu td mngucapkn syukur krn branggapn ak brjaya bhgian 3...coz sume org taw klo gagal mstila pgawai jpj 2 yg mmndu kn..apela. Ak gagal d saat2 akhir ujian 2. Sdeynya.
Apela malang nasibku arini. Dua kli ak gagal dsaat akhir. Myb ak blom ckup competent tok bwk kreta..xpe2..pandu cermat jiwa selamt..ingt org yg trsayang..hehe.

Wlau apepn ak terima Qada n QadarNya dgn hati trbuka..krn dlm hidup ini kt x prnah mnguasai diri kt..stiap ape yg kt terima tlh dtakdirkn..nmun sbg mnusia ak akn ttp brusaha tok kli kdua.