Wednesday, March 23, 2011

Sekalung Tahniah buat anak saudaraku...

Keputusan SPM keluar hari ini. Tahniah buat anak saudaraku untuk keputusannya. 6A 3B1C. Walaupun agak jatuh dari PMRnya dulu 9A. Tapi aku tetap gembira. Yang penting dia boleh jadi anak yang soleh ...ada matlamat..dan jadi insan yang baik..itu sudah memadai. 

So apakah rancangan masa depannya? Jangan terkejut. Dia mahu jadi cikgu macam aku. Cikgu Matematik lagi. Dan sejak sebelum keputusan keluar pun dia sudah memohon untuk ke maktab atau nama lainnya IPG (Institut Pendidikan Guru). Tiba- tiba aku rasa teruja sebab dalam keluarga aku hanya aku seorang yang mahu jadi cikgu. Sekarang dah ada dia. Bertambah lagi seorang. Kata orang kerjaya guru ini ada badi. Jika salah seorang dari anggota keluarga jadi cikgu, pasti akan ada lagi selepas itu. 
Inilah wajah dia...Muhammad Mustaqim..
Walaupun orang kata kerjaya cikgu ini hanya dalam pagar. Tidak berkembang...tidak boleh maju..pilihan terakhir..dipandang enteng..namun aku gembira anak saudaraku itu menjadikannya pilihan pertama. Guru adalah kerjaya profesional. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru...bukan mudah juga mengatakan kita adalah guru..kerana tanggungjawabnya amat besar..memanusiakan manusia.
Satu sajak yang ingin kukongsikan....tajuknya : Guru oh Guru.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG (1979)

p/s: moga selepas ini akan ada lagi antara ahli keluargaku menjadi guru.....i like..

Tuesday, March 22, 2011

Tetapkah hati anda??

Bukan senang untuk buat semua orang dengar cakap kita. Dan bukan senang untuk buat orang yakin dengan apa yang kita kata. Mungkin kadang- kadang kita yakin yang kita boleh memberikan kata-kata yang baik. Tapi bukan semua orang boleh terima apa yang kita kata. Ada segelintirnya bersetuju dan ada pula yang memandang sinis. Antara ayat biasa yang kita dengar setelah kita berkata-kata: Macam bagus... Berlagak beb... Boleh blahla...cakap tak serupa bikin dan macam- macam lagi. 

So apa perlu kita lakukan? Terus menegakkan apa yang kita kata? Tanya pendapat mereka? Abaikan sahaja? Rasa putus asa? Pilih jawapan anda....
Seorang guru semasa ku praktikal dulu pernah berkata padaku...Cikgu Rahman nama dia..
"Untuk kawal orang, awak mesti kuasai hati dia. Manusia ada tiga perkara yang menentukan keputusan dan jati dirinya...akal, hati, nafsu...akal selalu dikuasai oleh hati. Dan hati berkait dengan perasaan. Jika awak boleh kuasai hati pelajar awak..tak perlu awak nak marah-marah untuk mereka dengar cakap awak"

Dan terus terang kukata...bukan mudah untuk melaksanakan apa yang dia kata. Kadang- kadang hati sendiri yang hancur lebur. Tapi kugagahkan jua...kerana guru adalah lilin. Membakar dirinya untuk menerangi orang lain. 

Tapi bukan ini yang mahu kucerita. Ku mahu berkongsi kisah tadi. Menegakkan benang yang basah...haruskah itu yang dilakukan? Aku bertambah meluat. Tapi kukira diriku juga tidak adil. Mendengar cerita dari sebelah pihak dan kuabaikan pihak yang lain. Apa-apa pun untuk sahabat- sahabatku...cik pulau, cik nin, ANK, GB, gjee, n cik pijah...harap bersabar..tetapkan hati...dan fikir dengan baik, Walaupun apa keputusan anda semua...daku sentiasa menyokong kalian.

p/s: akuilah kesalahan anda walaupun pahit untuk ditelan. minta maaf lebih baik dari menuding jari pada orang lain dan bertindak membela diri. Lagi satu, jangan mengungkit apa yang telah kita beri pada orang...
picture kredit to google
(Dengan gaya nasyid ya) Ikhlaskan hati mohon kemaafan...leburlah dosa ditapak tangan...lupakan segala silap dan salah ...insan bersatu membina ummat. 

Ahh aku sudah mengarut...bye bye....

Wednesday, March 16, 2011

Kawal Marah...Sabar

Menggigil aku tahan marah hari ini. Bila fikir balik bukan hal besar sangat pun. Mungkin syaitan tengah bersorak riang sekarang. Kemenangan buat dia dan kekalahan bagi aku. Ya Allah, lindungilah aku. Sebenarnya ini kali ketiga aku marah sebegini. Pertama kali semasa ada orang asing bersama 3 anaknya mahu menginap di rumahku. Tapi sekarang orang asing itu bukan orang asing lagi. Naik taraf jadi pemilik rumah aku pula. Kali kedua, ketika praktikal. Seorang pelajarku menjerut leher kawannya dengan tali leher. Kuambil dan kucampak keluar tingkap. Seminggu aku masuk kelas sunyi sepi...tiada yang nak bersuara. Kedua-duanya aku rasa hal yang besar dan aku layak untuk marah. Tapi hari ini hal kecil sahaja. Dan kuberjaya tahan marah itu...

Luka yang kecil, jika tidak dirawat mungkin akan dihinggap kuman atau fungi...lama-lama bernanah. Bukan senang untuk dirawat. So kawal diri dari awal. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Ada satu artikel yang cukup menarik perhatianku...kukongsikan sedikit...nak lihat lebih lanjut tekan SINI Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan itu dari api. Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud). Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahan. Kawal marah dengan hati dan fikiran yang rasional.
gambar thanks to google.
Dalam menangani sifat marah, kita harus sentiasa bertoleransi dan hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita. Sekiranya kita yang dimarahi janganlah kita mengeruhkan keadaan. Kita harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).

Marah adalah penyakit tetapi marah juga perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat, marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah supaya ia membawa kebaikan dan bukan kebinasaan.

..:: Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat::..

p/s: marah time berdiri = duduk, marah time duduk = baring, marah lagi = pi ambik wuduk. Jangan bantai baring dalam kuliah dah laaa..hehe...
Aku lega!!! tambah lagi 1...marah lagi dan lagi = tulis blog. Yakah??

Thursday, March 10, 2011

Hargailah Masa Sihat....Aduh!!

Bila rasa sakit barulah kita akan rasa nikmatnya sihat. Ini lah apa yang aku rasa sekarang. Nak kata sakit teruk sangat tak juga. Cuma luka sikit dan lebam di lutut. Ini semua gara-gara futsal pagi tadi. Nak kata main bersungguh tak juga. Baru mula permainan dah jatuh. Kumpulan aku kalah lagi tu...tak tahan. Lepas main futsal, main pula bola keranjang. Kumpulan aku kalah lagi. Semalam main bola tampar pun aku kalah juga. Wah bila dianalisis kembali,  akukah penyumbang kekalahan mereka? Terus terang aku kata, aku memang tangan bangku dan kaki meja. Betulkah simpulan bahasaku ini? Suka hati aku lah...ada aku kisah...
Ni lah rupa aku jatuh tadi. Tapi aku tak pakai skirt macam tu ye..
Aku sekarang ni bukanlah sakit teruk sangat. namun soalnya tetap tentang ‘sakit’. Bila kita sihat dan melihat orang lain sakit, mungkin mudah sekali kita menanggap .. ‘alah sikit je sakitnya tu’. Namun soalnya, sakit itu hanya Allah dan orang yang menanggungnya sahaja yang tahu. Dengan kecederaan yang amat sedikit ini, tersentuh dengan seluar rasa sakit, jalan pun sakit, apatah lagi nak sujud waktu solat. 
Yang ni  lagi sakit..
Indahnya waktu-waktu aku sihat. Bercakap soal waktu teringatku pada hadis ini:
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa senang sebelum datangnya masa susah. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati."(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Apa-apa pun kupanjatkan rasa syukurku atas nikmat kesenangan dan kesusahan yang ku terima selama ini. Moga kesenangan mampu mengajar kita untuk lebih berwaspada dan kesusahan itu mengajar kita untuk menjadi lebih kuat..kerana kedua-duanya tidak pernah kekal menjadi milik kita selamanya. 

Dan janganlah pula sudah terhantuk baru tergadah. Maksudnya, setelah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. Sudah terlambat. Nasi sudah jadi bubur. Ya kah? Tapi kalau kita menanak nasi dengan kuantiti air yang mencukupi...mana boleh nasi itu bertukar kepada bubur.
Tapi kalau nasi tu bertukar kepada bubur yang nampak sedap ni..berbaloi apa jadi bubur...hehe. Gambar thanks to google.
Semestinya nasi akan berkerak jika kita biarkan lama. Mempersoalkan peribahasa nampaknya aku. Perlukah aku mempersoalkannya? Layakkah aku? Ermm kerak nasi...ada orang kata perempuan itu seperti kerak nasi. Sekeras-keras mana pun ia tetap mampu dilembutkan. Pada hemat aku, terpulang....no komen.

p/s: Aku dah jatuh cinta pada aerobik.

Wednesday, March 9, 2011

Dari Wanita untuk Wanita

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri bersih dan mendapat Rahmat Ilahi yang berkekalan

Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac. Kepada kaum Hawa..Selamat Menyambut Hari Wanita. Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: 
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Sungguh tinggi darjat wanita solehah sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Renungkanlah kisah berikut:

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya: ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?
Si ayah pun menjawab: anakku, muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata tetapi dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. itulah yang terbaik.
gambar kredit to google
Kata si ayah lagi:
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya itu. muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31, surah An Nur, Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat. Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“apa lagi ayah?”sahut puteri kecil ingin tahu.
“muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinya yang menyebabkan orang tergoda. muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHANnya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul

Setelah itu si anak bertanya: Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? mampu dan layakkah saya ayah?
Si ayah berkata: kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Sumber : Rakan Masjid
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
 p/s: sebagai peringatan untuk diriku yang sentiasa lupa. Hayati sisi positif orang lain untuk menginsafi sisi negatif diri sendiri.....lalalalalala~

Monday, March 7, 2011

Control ayu? Perlu ke nak ucap terima kasih?

Tiba-tiba rasa tertekan. Sejak bila aku control ayu? Perlu ke nak ucap terima kasih bila ada orang kata kita control ayu? Rasa nak nangis lagi ada lah. Mungkin penilaian setiap orang pada maksud control ayu itu berbeza. Namun bagiku control ayu itu adalah sesuatu perbuatan yang gedik. Berpura-pura jadi ayu di depan orang padahal hakikatnya tidak. Tapi ada orang beranggapan control ayu itu pemalu. Bagi aku tidak. Control ayu dan pemalu itu berbeza. Pemalu adalah sifat yang dilahirkan kerana rasa malu. Malu kepada orang lain, malu kepada Allah, dan malu melakukan dosa.

Sebagai seorang wanita patutkah control ayu? Just be yourself.
Sebaik-baik manusia adalah orang yang jika dilihat maka dapat mengingatkan kepada Allah (Zahwa).

Jika kau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika kau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika kau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu (Ali ibn Abi Thalib)

Sunday, March 6, 2011

Tag dari Cik Pulau

Secara jujur dan seikhlasnya, amat malas sekali ku jawab soalan-soalan ini. Tapi apakan daya mata ini masih belum mampu kututup rapat. Segar sesegar......sesegar hijau daunan...begitulah...Tag ini dari Cik Pulau. Pulau mana? Pulau Haji Mat, Kuala Besar, Kota Bharu...pulau yang telah berjaya kujejakkan kaki dua kali.

saya bangga jadi diri saya

1) siapakah anda ?
Saya adalah manusia yang ada jari dan mata untuk menulis blog yang tak seberapa ini.

2) berapa umur anda sekarang ?
Sebaya Cik Pulau......bukan....lebih muda dari dia.

3) suka makan apakah ?
Pancake...atau dalam bahasa lebih mudah, lempeng.

4) Suka minum apakah ?
Minuman berais.

5) asal mana ?
Perut ibuku....di negeri kelahiran Perdana Menteri Malaysia ketiga....Johor.

6) sekolah terakhir di mana ?
SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian.

7) Cita-cita nak jadi apakah ?
Tukang Masak menjelang 2020....bolehkah?

8) lagu feveret anda ?
Lagu lama...zaman - zaman R.Azmi dan seangkatannya.


saya sayang orang keliling saya

1) siapakah kawan baik anda ?
Manusia juga sepertiku.

2) siapakah 3 orang yang anda sangat sayang selain keluarga anda?
Orang yang juga sayangkan aku....ada ke?

3) Orang pertama yang mendengar masalah anda?
Orang pertama yang boleh ku percaya.

4) selain keluarga, siapakah yang pernah tengok anda nangis ?
Diri sendiri.

5) Siapa yang anda nak berada disisi anda sekarang selain keluarga ?
Bantal peluk.

6) Dah ada calon?
Calon apa? Calon pilihanraya, calon temuduga atau calon nak kena sepak? Semua tak ada.

7) Nak kahwin umur berapa ?
Tunggu ada banglo sebiji.



saya sayang barang saya

1) Apa barang yang wajib ada dengan anda ?
Anak kunci.

2) Barang paling mahal anda beli?
Barang mahal tak kubeli.

3) Hadiah pertama anda dapat?
Dilahirkan ke dunia.

4) 3 barang kesayangan anda?
Kenangan, sekarang dan masa depan.

5) jika anda diberi 1 juta, barang pertama anda akan beli adalah ?
Siapa nak bagi....jangan angan-angan Mat Jenin ok!



saya seorang blogger

1) cerita serba sedikit pasal blog anda
Blog biasa yang masih serba kekurangan...seperti pemiliknya juga..

2) upload gambar haiwan feveret anda!
Bab-bab haiwan...tiada satu pun boleh dikategorikan sebagai di atas.

3) tag 5 orang
Tak perlu rasanya...jawab sekadar suka-suka.

Sedikit perkongsian untuk anda: kredit kepada SINI
  1. "Aku tertawa (hairan) kepada orang yang mengejar cinta dunia padahal kematian terus mengejarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya reda atau murka terhadapnya". Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)
  2. Wanita solehah itu perhiasan yang indah, ia lembut tapi tidak lemah, mempesona tapi tetap bersahaja. Ia tahu bagaimana menjaga diri dan keluarga, mengerti bagaimana menjaga akhlak dan kemuliaannya. Ilmunya telah mengangkatnya ke darjat yang lebih dari wanita lain. Mendampinginya merupakan anugerah terindah (Abu Mushab)
  3. Seorang lelaki seringkali mendatangi Imam Ja‘far as, kemudian dia tidak pernah lagi datang. Tatkala Imam as menanyakan keadaannya, seseorang menjawab dengan nada sinis, “Dia seorang penggali sumur.” Imam as membalasnya, “Hakikat seorang lelaki ada pada akal budinya, kehormatannya ada pada agamanya, kemuliannya ada pada ketakwaannya, dan semua manusia sama-sama sebagai Bani Adam.”
Wallahualam....mahu tidur tapi tak mengantuk...apa mahu kubuat lagi???
PERLUKAH?

Wednesday, March 2, 2011

JANGAN Melepaskan Batuk di Tangga..

Kenapa? Tak boleh batuk di tanggakah?? Ada pantang larang apa-apakah?? Jawapannya tiada. Batuk yang dimaksudkan adalah 'batok' bukan 'batuk'. Disebabkan perubahan ejaan batok ini kepada batuk menjadikan ramai golongan muda (termasuklah aku) tidak tahu apa sebenarnya batok yang dimaksudkan dalam peribahasa ini.

Batok ini ialah penyedok air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan pada zaman dahulu di rumah atok nenek kita untuk menyedok air dari tempayan untuk membasuh kaki. Setelah dua dekad lebih aku hidup ni pertama kali sebenarnya aku tahu batuk dalam peribahasa ini bukanlah batuk 'uhuk uhuk'...generasi sekarang....yekah...dua dekad...terfikir sendiri...(tapi rasanya bukan salah generasi kini kalau mereka x tahu...mana ada orang masuk rumah kena basuh kaki sekarang). Masa berubah, kehidupan juga berubah.
Ni lah dia gambar batok. Nak tahu dari mana aku tahu....dari SINI Alat ini setelah digunakan, sepatutnya diletakkan semula ke dalam atau di atas penutup tempayan dan bukanlah ditinggalkan di atas tangga begitu sahaja.

Jadi peribahasa ini bermaksud sesuatu tugasan dilaksanakan dengan tidak sempurna atau hanya  sebagai syarat atau dengan kata lain tiada kesungguhan. Janji siap...sudah. Kualiti tolak tepi. Sepatutnya kah?? Dua dekad kukira cukup matang untuk itu. Matangkah aku..ouchhh...

Dari Pahang Menuju ke Kelantan
Mari Sembahyang Menuju Kejayaan
Daun Palas di Atas Mayang
Orang Ikhlas Allah Sayang

amin.....