Thursday, April 7, 2011

Jom Join Bloglist Haris Kaito

Sejak bila aku terajin nak join bloglist2 ni...apakan daya sebagai menyokong classmate ku yang rajin sangat bernama cikpulau tu (yang tak ajak aku pergi jamuan makan dia...just kidding...cancel ye??). Segmen Jom Join Bloglist Haris Kaito..
Syarat2nya:

1)Buat satu entry dan letak tajuk ''Jom Join Bloglist Haris Kaito'' [Inilah dia entrinya]
2)Linkkan ke entry nie...[done]
3)Mesti menjadi follower Haris...[done]
4)Copy gambar atas tu dan letak di entry Jom Join Bloglist Haris Kaito...[done]
5)Tag 2 orang kawan-kawan korang...[done]
6)Letak link entry korang kt bawah nie...[done]

Senang jer nih...Jom!Join!Tutup bila dah ramai join... :)

Wednesday, April 6, 2011

Segmen Terjah Mereka Episod 1

Sebagai menghargai followers yang sudi menghampiri blogku yang carca marba ini...kusediakan sedikit buah tangan untuk mereka. Layan...
Menerusi segmen ini aku akan menceritakan serba sedikit mengenai blog 3 orang followerku yang kupilih secara rawak..(mentang - mentang bakal cikgu math..amin). Apa itu rawak? Kupilih secara rambang tanpa sebarang kepentingan atau kelebihan (macam YB bercakap). So segmen ini akan bermula pada hari ini dan insyaAllah  akan berterusan selagi aku bergelar blogger...selagi aku ada banyak masa terluang....selagi aku tak ada idea untuk menulis...pada bila- bila masa. 

Blog pertama pilihanku: SAiNGSAiNG
Ringkas, menarik dan padat. Dimiliki oleh pencinta games bernama Ezzat. Tidak hairanlah jika terdapat entri review mengenai games di blog ini. Entrinya juga sentiasa up to date.

Blog kedua pilihanku: ANIS ANIESA AND FANTASY
Jujur dan kemas. Blog ini mengenai kisah hidup Anis. Kisah perjalanan hidup yang kadang- kadang terselit unsur motivasi yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak. Blogger yang agak aktif.

Blog ketiga pilihanku: Elfira Rahim
Menarik dan berwarna-warni. Elfira ni peminat Britney Spears barangkali. Lagi, terdapat info menarik terutamanya kepada para wanita. Bila baca entri dia baru kutahu mengenai sesuatu...apa itu? rahsia. Kepada anda yang bergelar wanita..mari kemari.

Kepada anda semua mari terjah blog mereka ya!!
Episod 2 akan menyusul bila aku ada masa terluang nanti...siapa mereka nantikan..

p/s: 1st paper exam pada 11 April....ahh bila mahu insaf...malasnya mahu study. Mood datanglah...aku mahu study...

Monday, April 4, 2011

Kekosongan Jawatan - Temuduga Terbuka

Temuduga sebagai: Calon Jenazah
Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian

Kekosongan Jawatan:
  1. Ahli Syurga Dari Awal.
  2. Ahli Neraka Dari Awal.
  3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)
  1. Nikmat Kubur.
  2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
  3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
  4. Syurga Yang Kekal Abadi.
Tarikh Temuduga: Bila-Bila Masa Secara Adhoc Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.

Lokasi Temuduga: Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).

Kelayakan:
  1. Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
  2. Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
  3. Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
  4. Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.
  5. Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.
Gambar tiada kaitan yang hidup atau meninggal dunia. (google)
Panel/Penemuduga: Mungkar Dan Nakir.

Enam Soalan Bocor:
  1. Siapa Tuhan Anda?
  2. Apa Agama Anda?
  3. Siapa Nabi Anda?
  4. Apa Kitab Anda?
  5. Di Mana Kiblat Anda?
  6. Siapa Saudara Anda?
Cara Memohon:
Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

p/s: sebagai peringatan untuk diri sendiri yang selalu lalai ini. Hari- hari layan korea n jepun drama...bila nak buat persediaan?? (macam mana ya kalau iklan ni ditampal di papan iklan, tak pun tiang lampu atau depan pintu rumah kita....agak-agak apa lah perasaan kita..)

Sunday, April 3, 2011

Empat Perkara Menggelapkan Hati

Sempena pertambahan usia sehari lagi, ku ingin menulis sesuatu...adakah aku masih ada peluang untuk esok hari? Jawapannya tiada padaku dan aku tidak tahu. Hari- hariku terisi tetapi sunyi..(ahh mengarut). Sebenarnya..kuingin kotakan seribu janji, sepanjang kedewasaan ini..(macam lirik lagu je) Ku ingin sampaikan pesanan..(layak ke aku?)

Berhenti mengarut. Kembali kepada topik. Suatu perkongsian dari sebuah buku. Empat perkara yang menggelapkan hati manusia...(memanglah manusia takkan harimau pula...ada hati ke dia?) layan:
  • Perut kenyang
  • Berkahwin dengan orang yang melakukan aniaya
  • Melupakan dosa- dosa lalu tanpa insaf
  • Panjang angan- angan
Luqman al-Hakim menasihati anaknya: "Wahai anakku (ingatlah), apabila perut dipenuhi makanan, maka padamlah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (ilmu) dan beratlah anggota dari beribadah".
Perlu ke aku letak gambar ni di sini..tiba- tiba aku pula yang lapar. Eh Uncle google ni..lain kali jangan tayang ye.
Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Syeikh Waqi' tentang kesusahan dirinya untuk menghafal pelajaran. Gurunya lantas menyuruhnya meninggalkan dosa (besar dan kecil). Kata gurunya: "Sesungguhnya ilmu itu cahaya, sedangkan cahaya Allah itu tidak dikurniakan kepada orang yang melakukan dosa atau maksiat".

DIMANAKAH AKU? KE MANAKAH AKU? BAGAIMANAKAH AKU? soalan yang amat susah untuk dijawab.

p/s: sempena peperiksaan yang bakal menjelma, mari kita sama- sama menjaga hati dan fikiran kita (peringatan untuk diri sendiri)