Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Kekosongan Jawatan - Temuduga Terbuka

Temuduga sebagai: Calon Jenazah
Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian

Kekosongan Jawatan:
  1. Ahli Syurga Dari Awal.
  2. Ahli Neraka Dari Awal.
  3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)
  1. Nikmat Kubur.
  2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
  3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
  4. Syurga Yang Kekal Abadi.
Tarikh Temuduga: Bila-Bila Masa Secara Adhoc Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.

Lokasi Temuduga: Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).

Kelayakan:
  1. Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
  2. Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
  3. Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
  4. Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.
  5. Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.
Gambar tiada kaitan yang hidup atau meninggal dunia. (google)
Panel/Penemuduga: Mungkar Dan Nakir.

Enam Soalan Bocor:
  1. Siapa Tuhan Anda?
  2. Apa Agama Anda?
  3. Siapa Nabi Anda?
  4. Apa Kitab Anda?
  5. Di Mana Kiblat Anda?
  6. Siapa Saudara Anda?
Cara Memohon:
Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

p/s: sebagai peringatan untuk diri sendiri yang selalu lalai ini. Hari- hari layan korea n jepun drama...bila nak buat persediaan?? (macam mana ya kalau iklan ni ditampal di papan iklan, tak pun tiang lampu atau depan pintu rumah kita....agak-agak apa lah perasaan kita..)

Sunday, April 3, 2011

Empat Perkara Menggelapkan Hati

Sempena pertambahan usia sehari lagi, ku ingin menulis sesuatu...adakah aku masih ada peluang untuk esok hari? Jawapannya tiada padaku dan aku tidak tahu. Hari- hariku terisi tetapi sunyi..(ahh mengarut). Sebenarnya..kuingin kotakan seribu janji, sepanjang kedewasaan ini..(macam lirik lagu je) Ku ingin sampaikan pesanan..(layak ke aku?)

Berhenti mengarut. Kembali kepada topik. Suatu perkongsian dari sebuah buku. Empat perkara yang menggelapkan hati manusia...(memanglah manusia takkan harimau pula...ada hati ke dia?) layan:
  • Perut kenyang
  • Berkahwin dengan orang yang melakukan aniaya
  • Melupakan dosa- dosa lalu tanpa insaf
  • Panjang angan- angan
Luqman al-Hakim menasihati anaknya: "Wahai anakku (ingatlah), apabila perut dipenuhi makanan, maka padamlah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (ilmu) dan beratlah anggota dari beribadah".
Perlu ke aku letak gambar ni di sini..tiba- tiba aku pula yang lapar. Eh Uncle google ni..lain kali jangan tayang ye.
Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Syeikh Waqi' tentang kesusahan dirinya untuk menghafal pelajaran. Gurunya lantas menyuruhnya meninggalkan dosa (besar dan kecil). Kata gurunya: "Sesungguhnya ilmu itu cahaya, sedangkan cahaya Allah itu tidak dikurniakan kepada orang yang melakukan dosa atau maksiat".

DIMANAKAH AKU? KE MANAKAH AKU? BAGAIMANAKAH AKU? soalan yang amat susah untuk dijawab.

p/s: sempena peperiksaan yang bakal menjelma, mari kita sama- sama menjaga hati dan fikiran kita (peringatan untuk diri sendiri)

Tuesday, March 22, 2011

Tetapkah hati anda??

Bukan senang untuk buat semua orang dengar cakap kita. Dan bukan senang untuk buat orang yakin dengan apa yang kita kata. Mungkin kadang- kadang kita yakin yang kita boleh memberikan kata-kata yang baik. Tapi bukan semua orang boleh terima apa yang kita kata. Ada segelintirnya bersetuju dan ada pula yang memandang sinis. Antara ayat biasa yang kita dengar setelah kita berkata-kata: Macam bagus... Berlagak beb... Boleh blahla...cakap tak serupa bikin dan macam- macam lagi. 

So apa perlu kita lakukan? Terus menegakkan apa yang kita kata? Tanya pendapat mereka? Abaikan sahaja? Rasa putus asa? Pilih jawapan anda....
Seorang guru semasa ku praktikal dulu pernah berkata padaku...Cikgu Rahman nama dia..
"Untuk kawal orang, awak mesti kuasai hati dia. Manusia ada tiga perkara yang menentukan keputusan dan jati dirinya...akal, hati, nafsu...akal selalu dikuasai oleh hati. Dan hati berkait dengan perasaan. Jika awak boleh kuasai hati pelajar awak..tak perlu awak nak marah-marah untuk mereka dengar cakap awak"

Dan terus terang kukata...bukan mudah untuk melaksanakan apa yang dia kata. Kadang- kadang hati sendiri yang hancur lebur. Tapi kugagahkan jua...kerana guru adalah lilin. Membakar dirinya untuk menerangi orang lain. 

Tapi bukan ini yang mahu kucerita. Ku mahu berkongsi kisah tadi. Menegakkan benang yang basah...haruskah itu yang dilakukan? Aku bertambah meluat. Tapi kukira diriku juga tidak adil. Mendengar cerita dari sebelah pihak dan kuabaikan pihak yang lain. Apa-apa pun untuk sahabat- sahabatku...cik pulau, cik nin, ANK, GB, gjee, n cik pijah...harap bersabar..tetapkan hati...dan fikir dengan baik, Walaupun apa keputusan anda semua...daku sentiasa menyokong kalian.

p/s: akuilah kesalahan anda walaupun pahit untuk ditelan. minta maaf lebih baik dari menuding jari pada orang lain dan bertindak membela diri. Lagi satu, jangan mengungkit apa yang telah kita beri pada orang...
picture kredit to google
(Dengan gaya nasyid ya) Ikhlaskan hati mohon kemaafan...leburlah dosa ditapak tangan...lupakan segala silap dan salah ...insan bersatu membina ummat. 

Ahh aku sudah mengarut...bye bye....

Wednesday, March 16, 2011

Kawal Marah...Sabar

Menggigil aku tahan marah hari ini. Bila fikir balik bukan hal besar sangat pun. Mungkin syaitan tengah bersorak riang sekarang. Kemenangan buat dia dan kekalahan bagi aku. Ya Allah, lindungilah aku. Sebenarnya ini kali ketiga aku marah sebegini. Pertama kali semasa ada orang asing bersama 3 anaknya mahu menginap di rumahku. Tapi sekarang orang asing itu bukan orang asing lagi. Naik taraf jadi pemilik rumah aku pula. Kali kedua, ketika praktikal. Seorang pelajarku menjerut leher kawannya dengan tali leher. Kuambil dan kucampak keluar tingkap. Seminggu aku masuk kelas sunyi sepi...tiada yang nak bersuara. Kedua-duanya aku rasa hal yang besar dan aku layak untuk marah. Tapi hari ini hal kecil sahaja. Dan kuberjaya tahan marah itu...

Luka yang kecil, jika tidak dirawat mungkin akan dihinggap kuman atau fungi...lama-lama bernanah. Bukan senang untuk dirawat. So kawal diri dari awal. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Ada satu artikel yang cukup menarik perhatianku...kukongsikan sedikit...nak lihat lebih lanjut tekan SINI Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan itu dari api. Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud). Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahan. Kawal marah dengan hati dan fikiran yang rasional.
gambar thanks to google.
Dalam menangani sifat marah, kita harus sentiasa bertoleransi dan hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita. Sekiranya kita yang dimarahi janganlah kita mengeruhkan keadaan. Kita harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).

Marah adalah penyakit tetapi marah juga perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat, marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah supaya ia membawa kebaikan dan bukan kebinasaan.

..:: Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat::..

p/s: marah time berdiri = duduk, marah time duduk = baring, marah lagi = pi ambik wuduk. Jangan bantai baring dalam kuliah dah laaa..hehe...
Aku lega!!! tambah lagi 1...marah lagi dan lagi = tulis blog. Yakah??

Thursday, March 10, 2011

Hargailah Masa Sihat....Aduh!!

Bila rasa sakit barulah kita akan rasa nikmatnya sihat. Ini lah apa yang aku rasa sekarang. Nak kata sakit teruk sangat tak juga. Cuma luka sikit dan lebam di lutut. Ini semua gara-gara futsal pagi tadi. Nak kata main bersungguh tak juga. Baru mula permainan dah jatuh. Kumpulan aku kalah lagi tu...tak tahan. Lepas main futsal, main pula bola keranjang. Kumpulan aku kalah lagi. Semalam main bola tampar pun aku kalah juga. Wah bila dianalisis kembali,  akukah penyumbang kekalahan mereka? Terus terang aku kata, aku memang tangan bangku dan kaki meja. Betulkah simpulan bahasaku ini? Suka hati aku lah...ada aku kisah...
Ni lah rupa aku jatuh tadi. Tapi aku tak pakai skirt macam tu ye..
Aku sekarang ni bukanlah sakit teruk sangat. namun soalnya tetap tentang ‘sakit’. Bila kita sihat dan melihat orang lain sakit, mungkin mudah sekali kita menanggap .. ‘alah sikit je sakitnya tu’. Namun soalnya, sakit itu hanya Allah dan orang yang menanggungnya sahaja yang tahu. Dengan kecederaan yang amat sedikit ini, tersentuh dengan seluar rasa sakit, jalan pun sakit, apatah lagi nak sujud waktu solat. 
Yang ni  lagi sakit..
Indahnya waktu-waktu aku sihat. Bercakap soal waktu teringatku pada hadis ini:
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa senang sebelum datangnya masa susah. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati."(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Apa-apa pun kupanjatkan rasa syukurku atas nikmat kesenangan dan kesusahan yang ku terima selama ini. Moga kesenangan mampu mengajar kita untuk lebih berwaspada dan kesusahan itu mengajar kita untuk menjadi lebih kuat..kerana kedua-duanya tidak pernah kekal menjadi milik kita selamanya. 

Dan janganlah pula sudah terhantuk baru tergadah. Maksudnya, setelah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. Sudah terlambat. Nasi sudah jadi bubur. Ya kah? Tapi kalau kita menanak nasi dengan kuantiti air yang mencukupi...mana boleh nasi itu bertukar kepada bubur.
Tapi kalau nasi tu bertukar kepada bubur yang nampak sedap ni..berbaloi apa jadi bubur...hehe. Gambar thanks to google.
Semestinya nasi akan berkerak jika kita biarkan lama. Mempersoalkan peribahasa nampaknya aku. Perlukah aku mempersoalkannya? Layakkah aku? Ermm kerak nasi...ada orang kata perempuan itu seperti kerak nasi. Sekeras-keras mana pun ia tetap mampu dilembutkan. Pada hemat aku, terpulang....no komen.

p/s: Aku dah jatuh cinta pada aerobik.

Wednesday, March 9, 2011

Dari Wanita untuk Wanita

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri bersih dan mendapat Rahmat Ilahi yang berkekalan

Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac. Kepada kaum Hawa..Selamat Menyambut Hari Wanita. Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: 
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Sungguh tinggi darjat wanita solehah sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Renungkanlah kisah berikut:

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya: ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?
Si ayah pun menjawab: anakku, muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata tetapi dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. itulah yang terbaik.
gambar kredit to google
Kata si ayah lagi:
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya itu. muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31, surah An Nur, Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat. Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“apa lagi ayah?”sahut puteri kecil ingin tahu.
“muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinya yang menyebabkan orang tergoda. muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHANnya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul

Setelah itu si anak bertanya: Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? mampu dan layakkah saya ayah?
Si ayah berkata: kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Sumber : Rakan Masjid
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
 p/s: sebagai peringatan untuk diriku yang sentiasa lupa. Hayati sisi positif orang lain untuk menginsafi sisi negatif diri sendiri.....lalalalalala~

Monday, March 7, 2011

Control ayu? Perlu ke nak ucap terima kasih?

Tiba-tiba rasa tertekan. Sejak bila aku control ayu? Perlu ke nak ucap terima kasih bila ada orang kata kita control ayu? Rasa nak nangis lagi ada lah. Mungkin penilaian setiap orang pada maksud control ayu itu berbeza. Namun bagiku control ayu itu adalah sesuatu perbuatan yang gedik. Berpura-pura jadi ayu di depan orang padahal hakikatnya tidak. Tapi ada orang beranggapan control ayu itu pemalu. Bagi aku tidak. Control ayu dan pemalu itu berbeza. Pemalu adalah sifat yang dilahirkan kerana rasa malu. Malu kepada orang lain, malu kepada Allah, dan malu melakukan dosa.

Sebagai seorang wanita patutkah control ayu? Just be yourself.
Sebaik-baik manusia adalah orang yang jika dilihat maka dapat mengingatkan kepada Allah (Zahwa).

Jika kau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika kau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika kau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu (Ali ibn Abi Thalib)

Wednesday, March 2, 2011

JANGAN Melepaskan Batuk di Tangga..

Kenapa? Tak boleh batuk di tanggakah?? Ada pantang larang apa-apakah?? Jawapannya tiada. Batuk yang dimaksudkan adalah 'batok' bukan 'batuk'. Disebabkan perubahan ejaan batok ini kepada batuk menjadikan ramai golongan muda (termasuklah aku) tidak tahu apa sebenarnya batok yang dimaksudkan dalam peribahasa ini.

Batok ini ialah penyedok air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan pada zaman dahulu di rumah atok nenek kita untuk menyedok air dari tempayan untuk membasuh kaki. Setelah dua dekad lebih aku hidup ni pertama kali sebenarnya aku tahu batuk dalam peribahasa ini bukanlah batuk 'uhuk uhuk'...generasi sekarang....yekah...dua dekad...terfikir sendiri...(tapi rasanya bukan salah generasi kini kalau mereka x tahu...mana ada orang masuk rumah kena basuh kaki sekarang). Masa berubah, kehidupan juga berubah.
Ni lah dia gambar batok. Nak tahu dari mana aku tahu....dari SINI Alat ini setelah digunakan, sepatutnya diletakkan semula ke dalam atau di atas penutup tempayan dan bukanlah ditinggalkan di atas tangga begitu sahaja.

Jadi peribahasa ini bermaksud sesuatu tugasan dilaksanakan dengan tidak sempurna atau hanya  sebagai syarat atau dengan kata lain tiada kesungguhan. Janji siap...sudah. Kualiti tolak tepi. Sepatutnya kah?? Dua dekad kukira cukup matang untuk itu. Matangkah aku..ouchhh...

Dari Pahang Menuju ke Kelantan
Mari Sembahyang Menuju Kejayaan
Daun Palas di Atas Mayang
Orang Ikhlas Allah Sayang

amin.....

Sunday, February 13, 2011

Tips Penjagaan Kulit

Melihat kepada tajuknya, aku bukanlah orang yang layak untuk berbicara mengenainya. Namun sejak kulitku yang seperti Faradhiya ini telah bertukar menjadi Nicole Scherzinger huahuahua... bolehkah??? So ada beberapa tips untuk tatapan anda..

Senaman:
  • Senaman untuk wajah tidak digalakkan kerana ia mempercepat proses timbulnya garisan penuaan (Audrey Kunin-Pakar Kulit dan penulis buku DERMAdoctor Skinstruction Manual).
  • Yoga membantu memperbaiki sistem pernafasan dan melancarkan aliran darah ke kulit agar kelihatan sihat.
Makanan:
  • Kurangkan pengambilan makanan yang pedas dan bergoreng kerana ia hanya merangsang pengeluaran jerawat.
  • Vitamin B seperti gandum, bijirin, dan mil baik dalam membantu pertumbuhan sel baru dengan menyingkirkan lapisan sel kulit mati dari permukaan kulit.
  • Kekacang seperti badam, walnut dan gajus (tanpa tambahan garam) untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.
  • Pengambilan herba seperti ginseng dapat membantu melambatkan kesan penuaan pada kulit kerana ia mengandungi agen anti tekanan yang mampu mengurangkan tekanan pada kulit.
Tips lain:
  • Pilih sabun yang kaya bahan pelembap tetapi kurang buih kerana mandian yang mengandungi buih yang banyak hanya akan menghilangkan kandungan semulajadi pada kulit.
  • Jika mengalami gejala ekzema, jangan gunakan sabun pencuci baju atau mandian yang mengandungi pewangi berlebihan kerana kulit mudah menjadi alahan. 
  • Mandi bersama 1/2 cawan campuran madu adalah rahsia terbaik menjadikan kulit gebu dan mulus. 
  • Mandian susu membantu mengekalkan kadar kelembapan kulit seterusnya melembutkannya.
  • Bagi mengembalikan kesegaran kulit, campurkan pati daun pudina bersama badam di dalam semangkuk air suam, lumurkan ke seluruh badan dan biarkan kering. Bilas dengan mandian air suam.
  • Seminggu sekali skrub badan menggunakan loofah pad. Selain menghilangkan sel kulit mati, ia membantu mengembalikan tona kulit.
  • Skrub yang diperbuat dari kopi menbantu kulit untuk detoks agar kembali anjal bermaya. 
  • Setiap kali selesai mandi, lap badan perlahan-lahan dengan tekapan lembut. Menggosok tuala ke kulit dengan keras hanya akan merosakkan kulit.
  • Losen yang mengandungi cocoa butter sangat baik bagi membantu menghilangkan kesan stretch mark. 
  • Saat menyapu losen, jangan lupa sapukan pada siku, lutut, dan tapak kaki kerana kawasan ini mudah kering. 
  • Jika kulit kering akibat mandi laut atau penggunaan klorin, sapukan krim yang mengandungi bahan pelega seperti glycerin.
  • Kulit gelap di bawah tengkuk dan ketiak boleh dihilangkan dengan mencampurkan pati lemon dan timun bersama secubit serbuk kunyit. Lumurkan, biarkan kering dan bilas dengan mandian air suam.
  • Minyak kelapa jika dilumur pada kulit kaki yang merekah mampu memulihkan masalah itu. 
Imej luaran bukan penentu keperibadian mulia. Namun, Islam amat menganjurkan umatnya menjaga personaliti dan kebersihan zahir dan batin.


 Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka.
Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
p/s:
Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang bergelar raja,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang bergelar suami
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu bergelar pemimpin.
Tanpa perempuan siapakah lelaki yang bergelar ayah...

Tuesday, January 18, 2011

Kisah Alqamah...bertautkah??

Rindunya aku...Nak kata berbulan2, x juga. Entahlah..aku rindu wajahnya, suaranya, everything. Even bebelannya pun aku sangat2 mahu dengar. Siapakah 'nya'??? Jawapannya: makku. 'Anak manja', 'Anak Mak' ini mesti berada dalam fikiran anda bukan..ahh aku peduli apa. I just say what i feel...

Orang kata, seorang ibu boleh jaga sepuluh orang anak...tapi mampukah sepuluh orang anak itu menjaga ibunya?? InsyaAllah..Bercakap soal ibu, mengingatkan waktu zaman2 sekolah dulu...selalu ustazah bercerita tentang kisah2 pengajaran antaranya kisah Alqamah...kisah yang dah berulang2 kali kudengar. So, sedikit mengenai kisahnya..mungkin semua tahu..tapi manusia itu bersifat pelupa..just remind.

Suatu hari isteri Alqamah datang menemui Rasulullah saw dalam keadaan tergesa2 untuk mengkhabarkan perihal suaminya yang sakit tenat. Lalu baginda mengutuskan Ammar, Bilal dan Shuhaib meninjau keadaan Alqamah yang jatuh sakit itu. Setelah sampai di rumah Alqamah, Bilal mendekati Alqamah dan mengajarkan menyebut kalimah tauhid. Berkali2 Bilal mengajarkannya, namun lidah Alqamah seperti terkunci. Bilal hairan melihat kejadian itu, lalu pulang menceritakan hal tersebut pada Rasulullah saw. Baginda segera datang menemui Alqamah. Baginda bertanya kepada isteri Alqamah: "Masih ada lagikah ibubapanya?". Jawab isteri Alqamah: "Ya, tapi hanya tinggal ibunya yang sangat tua". Rasulullah saw bertanya lagi: "Di mana dia sekarang?". "Dia berada di rumahnya, jauh dari sini", jawab isteri Alqamah.

Rasulullah saw pun pergi menemui ibu Alqamah. Setelah berbincang agak lama, barulah baginda tahu bahawa Alqamah mempunyai kesalahan terhadap ibunya. Baginda meminta ibu itu memaafkan anaknya. Ibu Alqamah menjawab:"Ya Rasulullah, bagaimanakah aku mahu memaafkan anakku jika ia terlalu menyakitkan hatiku kerana cinta kepada isterinya?".Rasulullah berkata: "Jika demikian, maka Alqamah akan kami bakar agar cepat mati". "Hai bilal, kumpulkanlah kayu api!" tambah Rasulullah lagi. 

Ibu Alqamah terperanjat mendengar perintah tersebut, lalu dia segera menghadap Rasulullah dan berkata:"Ya Rasulullah, janganlah engkau bakar buah hatiku itu kerana aku maafkan segala kesalahan anakku". Mendengar jawapan itu, baginda kembali menemui Alqamah dan mengajarkannya membaca kalimah tauhid. Keadaan Alqamah telah berubah dan dia dapat mengucap kalimah tersebut dengan lancar dan jelas. Wallahualam.


So, moral of the story, ibubapa wajib dihormati dan dimuliakan. Janganlah kerana sesuatu hal, maka seseorang itu harus melupakan ibubapanya apatah lagi sehingga menderhaka. 
Firman Allah:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." (Riwayat al-Hakim)

p/s: Esok aku mahu ke Melaka. Bukan kerana urusan penting tetapi hanya untuk bersuka ria. Can i really enjoy myself?? I hope so...

Sunday, January 2, 2011

Selamat Datang 2011

Selamat Tinggal 2010...buat pengunjung blogku yang x seberapa ini, kuucapkan SELAMAT TAHUN BARU!!!! Moga tahun baru, hari baru menjadi permulaan baru dalam hidup kita. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Muhasabah diri...adakah bekalan yang kita bawa dari tahun lepas sudah cukup untuk hari mendatang? Adakah apa yang diimpikan sudah terlaksana?

 Azam!!! Mana kau? Penat aku cari kau? Tiap -tiap hari aku fikir pasal kau...letih aku berusaha untuk dapatkan kau.....!!! Adakah kau hanya sesuam air atau sehangat tengahari atau sepanas seterika?

Hari ini kau panas membara...esok kau sejuk membeku. Hari ini aku ada kau tapi esok mungkin aku akan lupakan kau. Setiap kali tahun baru, semua orang tetapkan azam baru.....kemudiannya??? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Untuk 2010, aku benar- benar mahu melupakanmu. Mungkin ia bermula dengan gelak tawa, gembira & bersuka ria....tapi akhirnya ia berubah. Benarlah kata orang tua-tua, disebalik hilai tawa akan ada tangis sendu. Disebalik keramaian akan ada ruang kekosongan. Disebalik keriuhan akan wujud kesepian. Ahh aku mula mengarut- ngarut.

Sebelum aku pergi lebih jauh aku tujukan sebuah lagu untuk kalian....hayati bait-bait kata-katanya...cukup indah....

SUARA FIRDAUS - MENUJU WAWASAN

umat Islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh
umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
bersama berusaha
bersatu tuju wawasan
dunia dan akhirat
akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amanah
sentiasa mengharap keredhaan Allah
akidah ibadah harus sempurna
ibadat tanpa akidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambia'
pegangan mereka harus diikut
ajaran sesat wajib hindari

Wednesday, December 22, 2010

Didikan Remaja Kini..dimanakah silapnya??

Pepatah melayu 'Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak ke Nasi' atau dalam kata lainnya kuah hanya tumpah di atas nasi. Benarkah?? Bagaimana kalau masak kuah dengan api yang cukup besar. Kuah mendidih dan melimpah keluar dari periuk. Atau ketika kita menceduk kuah dari mangkuk dan tertumpah di atas meja. Dan bagaimana kalau kita hirup kuah terus ke mulut atau makan kuah dengan mi....macam mi sup.
Begitu juga dengan mendidik. x semestinya didikan yang dicurahkan itu sampai atau sesuai dengan orang yang dididik. Bercakap macam ada anak sepuluh...ermm no komen. Apa2 pun aku nak kongsikan satu dialog telefon:

Tett Tett....(caller ringtone zaman bila nei)
A : Hello!!
B : Hello...bisingnya...katne nei?
A : Aku kat luar.
B : Luar?? Dah kol 10 malam nei...kenapa x balik lagi.
A : Lek r...baru kol 10. Aku ngan kawan2 aku nei kat CS. Nanti aku balik r. (Nada menjerit)
B : Mama kau tahu x nei kau kat luar??
A : Lantakla....eh sok jela kau call aku. Bye.
Panggilan dihentikan.

Si B call si A lagi. 
A : Ha kenapa?
B : Sebelum pukul 12 balik ye....nanti aku 'call'. (Dengan lembut si B berkata2...sedikit menyindir)
A : Yela.

Inilah dia si A dan si B. Si A adalah gadis berusia 14 tahun dan si B bertaraf mak cik kepada si A. Si B memutuskan untuk menjadi kawan kepada si A untuk memahami dan mengawal tindak tanduk si A. Namun jarak memisahkan mereka. Satu persamaan antara si A dan si B...mereka dibesarkan oleh orang yang sama. Tapi mungkin persekitaran dan pergaulan mereka jauh berbeza...
Fikir2 balik susahnya mendidik anak. Ada orang kata, untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah..carilah isteri dan suami yang soleh. Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak? Turunkah soleh ayah kepada anak?

Untuk mencari jawapannya amat sukar kerana orang sebenar yang membesarkan anak hari ini, adalah guru di nursery atau pembantu rumah Indonesia, Myanmar, Thailand atau Filipina dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah berjumpa dengan anaknya setelah letih bekerja. Ketika sudah hilang seri di wajah, jiwa dan bahasa. Anak juga sudah mengantuk. Anak buat perangai. Mungkin jiwa mereka memberontak atau sekadar mahu mencuri perhatian...fikir2kan....sekadar pandangan aku, jika salah betulkan ya...aku bukanlah seorang ibu, bukan juga seorang ayah, bukan seorang kakak dan bukan juga seorang nenek...tetapi aku adalah......

p/s: Rasulullah sendiri pernah bersabda: ...didiklah anakmu sesuai dengan zamannya...

Ditto!!

Monday, December 20, 2010

Pakaian cermin keperibadian...

Terjaga dari tidur. Merasa terlalu gembira. Kupanjatkan rasa syukurku kepadaNya kerana hari ini telah bermula. Hari untuk aku ke kelas semula. Apa yang pasti, aku akan meninggalkan detik2 bosan cuti semesterku. Dengan berpakaian serba ringkas aku bergegas menunggu bas. Sampai di dewan kuliah ternyata kuliah belum bermula. Tunggu n menunggu kelas cancel. Apelah... penat je aku bergegas tadi. Tapi apa2 pun sekurang2nya aku dapat bertemu kembali classmatesku...

Sampai di bilik aku membuka sebuah majalah yang telah kubeli beberapa bulan lepas namun belum kesampaian untuk dihabiskan. Entah dah berapa keluaran yang diterbitkan selepas itu aku pun x pasti. Mungkin majalah yang ada ditanganku ini sudah boleh dikategorikan sebagai bahan terbuang. Bab membaca memang aku malas. Helaian demi helaian aku selak..KETRAMPILAN MAHASISWA YANG CELARU..tajuk artikel yang membuatku rasa nak baca...wah itulah saja yang mampu kukata.
 Beberapa isi penting yang terasa macam terkena kat diri aku....
  1. Pelajar IPT sudah jauh tersasar daripada Sahsiah Rupa Diri yang termaktub dalam peraturan IPT.
  2. Imej & identiti mahasiswa sudah berubah berbanding masa lalu. Kebanyakan pelajar lebih gemar berpakaian santai untuk menghadiri kuliah seterusnya merendahkan nilai sebagai insan terpelajar. 
  3. Manusia akhir zaman lebih banyak mengikut naluri hawa nafsu sendiri tanpa memikirkan erti menjadi anak jati melayu.
  4. Pemakaian pelajar IPT khususnya pelajar Islam sudah mulai menyimpang walaupun masih mengekalkan imej bertudung. Pemakaian jeans & t-shirt tidak jauh bezanya dengan pakaian yang sering digunakan golongan kafir. Pakaian ketat dan jarang dikenakan tanpa rasa segan silu.
Tersentak aku membacanya. Teringatku pada pakaianku ke kelas pagi tadi. Aku memakai jeans, t-shirt, tudung & selipar. Cukup santai. Tapi aku cukup selesa berpakaian sedemikian rupa...lebih bebas bergerak n rasa lebih selamat. Salahkah?? Bagi aku sekiranya pakaian itu sudah mampu menjadi benteng diri daripada maksiat itu sudah memadai. Pakaian juga harus disesuaikan dengan profesion yang diceburi.
Walaubagamanapun, pakaian adalah cermin keperibadian seseorang. Firman Allah dalam surah An- Nahl ayat 81:
Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakannya benda untuk berteduh, dan ia menjadikan bagi kamu sebahagian daripada gunung ganang tempat2 berlindung, dan ia juga menjadikan bagi kamu pakaian2 yang memelihara kamu semasa berjuang, demikianlah, dia menyempurnakan nikmatnya bagi kamu supaya kamu berserah diri kepadanya. dan mematuhi perintahnya.

Apa2 pun setiap individu harus kembali kepada konsep mengenal diri. Tanya pada dirimu dan jawablah secara jujur..
Siapakah dirimu?
Apakah tujuan hidupmu?
Dari mana kamu datang?
Ke mana kamu mahu pergi?

Dengan itu, kamu akan mendapat jawapan apa yang patut kamu lakukan..
wassalam.....^_^

Thursday, December 2, 2010

Selamat Hari Lahir Mak

Buat insan tersayang....mak.....Hidup ini terlengkap dengan hadirmu. Terima kasih Allah yang mendatangkan mak
Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku
Kadangkala berjejesan air mata membaca bicaramu
Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu

Hari ini 2 Disember 2010 hari lahirmu yang ke 59 tahun
Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus
Buatmu mak yang berhati mulus

Selamat hari lahir
Semoga Allah mencintaimu
Melebihi luas cintaku kepadamu wahai mak
Aku berjanji selagi dayaku
Harapanmu pasti hidup
Impianmu pasti mekar suatu hari nanti 
Kaulah satunya makku 
 Walau tercampak ke mana jua
Takkan susut harganya
Takkan hilang serinya
Takkanku biarkan kau diluka

Oh tuhan  
Makku banyak berjasa padaku
Kau lindungilah dia dari petaka dunia dan akhirat sana
Tak sanggup kulihat makku derita
Pindahkanlah segala duka itu padaku
 Tak mampu aku menahan sebak andai makku kau uji
Sekali-kali air mataku mengalir

Tuhan andai makku ada silapnya padamu
Ampunilah dia, terimalah doaku buatnya
 Dia aku harapkan padamu
Agar bersama mereka yang kau payungi dengan rahmatmu yang maha luas

Wednesday, December 1, 2010

BLOODY MONDAY mendebarkan aku

Memang aku berdebar. Nak tulis entry nei pun aku berdebar. Bloody Monday sebuah cerita daripada sebuah 'Japanese manga' atau lebih tepat kukata komik Jepun. Kemudian diadaptasikan kepada sebuah drama bersiri.

At first aku x tertarik langsung untuk melihat cerita ini. Tajuknya buat aku seram tetapi disebabkan 2 pelakon pujaanku Miura Haruma n Sato Takeru berlakon dalam cerita nei terpaksalah aku tengok juga.

Miura Haruma

Wow....thats the first word i say after 3 minutes. Mataku tertatap pada skrin laptop. Sangat- sangat menarik. Hatiku berdebar- debar. Its so real. Terasa ke seluruh tulang temulangku...betulkah bahasaku ini..ahh lantak. Tapi itulah yang kurasa. Sampai nak ke toilet pun aku rasa seram. Mesti yang  belum tengok cerita nei xnak tengok kan...tapi better tengok. Cerita yang amat berbaloi dan jauh lari dari cerita - cerita biasa.

Demi keselamatan negara, cinta diketepikan. Demi menyelamatkan manusia sejagat, nyawa dipertaruhkan. Demi persahabatan, jiwa dikorbankan. Demi kasih sayangnya pada keluarga segala rintangan ditempuhi.  Cukup menusuk seluruh jantungku. Tertanyaku sendiri. Jika aku  berada ditempat mereka mampukah aku bertaruh sedemikian rupa?


Disini aku ceritakan sedikit mengenai cerita ini. Pengganas yang  bersekongkol dengan kumpulan agama telah menyerang penduduk sebuah bandar di Rusia. Dalam sekelip mata seluruh penduduk bandar itu mati. Seorang 'hacker' bernama Takagi Fujimaru dengan tidak sengaja telah menjumpai sebuah data mengenai ketua kumpulan agama tersebut dan telah dijumpai oleh ayahnya yang bertugas di Unit Keselamatan Awam Khas Ketiga, THIRD-i. Akibatnya ketua tersebut telah ditangkap dan organisasi tersebut dimusnahkan. THIRD-i juga percaya bahawa mereka akan  melepaskan virus yang sama dikenali sebagai Bloody X ke Tokyo. THIRD-i telah merekrut bantuan Takagi Fujimaru atau dikenali sebagai Falcon untuk mencari apa yang sebernarnya terjadi di Rusia. Kerja yang cukup membahayakan Falcon. Adiknya diserang. Ayahnya belot. Serangan pertama bermula. Pengintip di THIRD-i. Ahli THIRD-i diserang virus. Saintis tiada prikemanusiaan. Ahli matematik pemusnah. Sahabat penipu. Pihak atasan gila kuasa. Bom Neutron. Macam- macam terjadi. Cukup mendebarkan.

Tapi disebalik semua ini banyak nilai terdapat dalam cerita ini. Nilai keluarga, nilai kasih sayang, nilai persahabatan, nilai pengorbanan, dan nilai kesetiaan. Terus terang aku katakan aku kagum dengan perjalanan cerita nei.

Nei kisah Bloody Monday pertama, Bloody Monday kedua pun cukup mendebarkan. Selepas 2 tahun peristiwa di atas terjadi, spider dan j datang kembali membalas dendam. Mungkin siri yang kedua ini tidak sekuat siri pertama dari segi perjalanan cerita, tapi bagiku ia ada kekuatan tersendiri.

But I love Falcon in this series. Dia tetap sama seperti siri pertama, setia dan percaya. Kalaulah ayahnya masih hidup, tentunya dia bangga ada anak seperti Falcon. Aku terfikir sendiri. Kalaulah aku Falcon tentu ibuku gembira. Walaupun banyak dugaan yang datang, dia tetap kuat. Sentiasa berani berjuang, berkorban segalanya. Tidak melarikan diri dari masalah, sebaliknya sentiasa hadapinya dengan apa yang dia percaya. Dia kuat dengan caranya tersendiri. 

Ahh penatnya menaip. Kepada yang belum menonton cerita nei. Silalah rajinkan diri anda ye. Walaupun mungkin pandangan pertama kita pada tajuknya tidak begitu mengujakan tapi pecayalah persepsi itu akan berubah. Banyak perkara boleh dipelajari.....

sekian wassalam......

Friday, November 12, 2010

Sebelum Baca Angkat Kening Ye ^_*

Nei tanganla bukan kening....

Kisah  bermula ketika dalam makmal biologi, Ali dimarahi oleh Cikgu Mat yang memang terkenal kerana suka melawak.

Cikgu Mat: Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa katak untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa kodok? 
Ali: Tapi cikgu, ini kan katak, bukannya kodok.
Cikgu Mat: Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa katak.

Dengan longlai Ali menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Ali terserempak dengan Azwan, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat.

Azwan: Kenapa? 
Ali: Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa kodok.
Azwan: La. ini katak lah, bukan kodok. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu Mat. 

Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Azwan hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu Mat sudah menengking.
Cikgu Mat: Ali, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa kodok, sekarang kamu bawa monyet pulak.

Huhu apa motif aku tulis cerita ni kat blog aku...ntahla. Sambil bosan - bosan aku menjelajah ke satu blog yang agak menarik...ni dia klik 

Macam orang x da kerja...dah habis exam kan...bercakap pasal blog tadi...ada 1 lagi cerita yang menarik perhatianku: 

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama

Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!

Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara: MAhukah kau menciumku?

Teruna: Ya! 

Dara: Sayangku….!

Sesudah 5 tahun perkahwinan….
Sila baca dari bawah keatas

tamat................tesis menanti...........aku masih malas.........
mood seperti kain dijemuran....lambat dan lembap

Thursday, November 4, 2010

Mencari Sesuatu Yang Bermakna Dalam Hidup??

Ya, aku mencari sesuatu dalam hidup aku. Ape dia??? Aku pun x pasti...Biarpun ia harus melalui satu ruang yang panjang, tetapi kuharap ia tetap bernilai. Persis pepatah lama Cina yang berbunyi: andai inginkan kebahagiaan setahun, semailah benih, andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun, tanamlah pokok dan andai inginkan kebahagiaan seratus tahun, didiklah manusia.

Benarkah???

Baru - baru ni aku exam...3 paper...sangat susah: Kimia Organik II, Penyelidikan Operasi, dan Analisis Nyata. Sejujurnya, semua hancur lebur. Satu je benda yang kuharap...aku x kena repeat paper. Aku xnak extent. Kalau boleh aku mahu bekerja secepatnya dan membantu ibuku.

Walau besar bagaimanapun harapanku aku tetap sama seperti dulu:

Akhirnya setelah berusaha untuk bertahan:

Ni lah rupa aku masa exam:
Aku kecewa....

Kini aku hanya mampu...

Bisik pada bulan,
Pancarkan sinarmu sedalam hatiku,
Cerahkan jiwa secerah jasadmu,
Moga perasaanku tersenyum sepertimu.

Bisik pada bayu,
Tiuplah selembut baldu,
Agar dapat mendamaikan kalbu,
Agar dapat merawat duka pilu...

p/s: sekarang ini, yang penting ialah melayakkan diri untuk menjadi di kalangan orang yang melihat Allah pada Hari Akhirat kelak :)Amin...

Tuesday, October 19, 2010

Besarnya DugaanMu..Tertanggungkah aku???

sekiranya ada jalan untuk TERSENYUM mengapa dipilih jalan untuk BERSEDIH

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya (Surah Al Baqarah 286).

Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali. (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar.

Tempuhlah dugaan dengan hati yang tabah....

Saturday, October 2, 2010

LuaHan aKu...

Ketika hati bersenandung dalam elegi pagi,
Aku hanya seorang diri,
Bercerita pada keybord dan blog ini,
Bercerita tentang jeritan hati,
Kerinduan pada kedamaian pagi,
Kerinduan akan kejujuran hati,
Kerinduan akan nyanyian sunyi,
Kerinduan akan ibu penawar sepi,
Kerinduan pada Redha Ilahi.....

Ahhh ape aku ngarut nei....sengal. Ape2 la....AAK!!

Friday, March 26, 2010

.::WaNiTa AhLi SyurGa::.

Assalammualaikum semua...
Lame sudah ku x menulis dalam blog nei...trasa rindu pula. Mungkin hari-hariku yang penuh warna dan liku membuatkanku terlupa akan kewujudan blog nei.

Tiada apa pn yang mnarik utk aku ceritakan.

Mungkin ketaksuban seorg rakannku bernama cik lini utk membaca buku2 dan novel2 mmbuatku trpanggil utk mnceritakan ttg sbuah buku yang kukira cukup mmberi kesan dihatiku..
buku yg ketemui di rak buku ex rumetku cik senah.



Sbuah buku yg telah kubaca sejak tgahari td...buku karya Dato' Dr. Hassan Haji Mohd. Ali berjudul WANITA AHLI SYURGA...

Sebuah buku yang telah mmbuatku sedar betapa tingginya darjat wanita slps kdatangan Islam. Dalam Islam, setiap umatnya adalh bersaudara. Insan paling mulia disisi Allah swt ialah org yg paling tinggi nilai ketakwaanny.

Sejarah Islam menyksikan ketokohan wanita2 beriman zaman silam yg begitu dsegani masyarakat dan dimuliakan Allah swt. Rasulullah bersabda,
Sebaik2 wanita di dunia ini ada empat org, Maryam (Ibu Nabi Isa as) Asiah (isteri Firaun zaman Nabi Musa as) Khadijah (isteri prtama Rasulullah saw) dan Fatimah (anakanda Rasulullah saw).

Maryam trkenal sbg wanita tunggal dr kalangan lelaki yg mnzuhudkn atau mngabdikn dirinya di dlm mihrab. Beliau dpelihara o Nabi Zakaria as dan dletakkan di bilik brasingn. Seorg llaki pn tidak dbenarkan bertemuny kecuali Nabi Zakaria as. Stiap kli Nabi Zakaria as msuk k mihrab Maryam utk mnemuiny, trdapt makanan d sisinya. Nabi Zakaria as yakin bhawa Allah swt yg mmberi ksemua ini kpd Maryam.

Asiah begitu kental keimanannya di samping suaminya Firaun yg trkenal sbg penentang agama Nabi Musa as. Asiahlah yg mgmbil Nabi Musa smasa dhanyutkan ibunya. Asiah memelihara Nabi Musa hingga dewasa dan menganut agama Musa as. Walaupn suaminya adlh seteru Allah swt yg trkenal slps Namrud namun Asiah pandai menyesuaikn diri.

Saidatina Khadijah as adalah wanita yg pling dkasihi n dikenag Rasulullah saw semasa hayatnya. Saidatina Khadijah mmberi kyakinan, dorongan n rangsanan semangat agar Rasulullah saw meneruskan dakwahnya. Sentiasa bersedia utk berkorban pd bila2 masa.

Saidatina Fatimah ternyata mnjejaki ibunya. Beliau dgn tenang n reda merealisasikan n mmprktikkan apa yg dlakukn ibuny. Jika ibuny trkenal sbg org yg sntiasa berkorban harta benda trhdp Rasulullah saw maka beliau juga berbuat bgitu. Dlm stiap aktivt kbajikn bliau sntiasa mndahului org lain utk brsama2 Rasulullah. Beliau mghayati spnuhny cara hdup Rasulullah saw.

Bgitulh sdikit sbyk mngnai empat wanita mithali ini. Jika dihayati cara khidupan mereka, nilai2 kbaikan sntiasa trserlh dlm kperibadian mreka.

Pintu Syurga:

1) pintu pertama : para nabi n rasul. para syuhada n para dermawan.
2) pintu kedua : sembahyang sempurna. sempurna wudu'
3) pintu ketiga : zakat. jiwa yg bersih.
4) pintu keempat : mnyuruh perkara kebaikan n melarang kemungkaran
5) pintu kelima : zuhud
6) pintu keenam : haji n umrah
7) pintu ketujuh : jihad fi sabilillah
8) pintu kelapan : takwa, amalan soleh, brbakti kpd ibubapa, mymbung silaturrahim.

Maka terserahlah utk mmilih pintu mana yg terbaik utk anda...wallahualam...

P/S : Peringatan tok diri sndiri yg sntiasa lalai...insaf2la..(^_^)

Bintang...
Itulah perumpaan org yg beilmu..
semakin bertambah ilmunya..
semakin tawadhu' merendh diri..
akur pd Pencipta..
semakin kerdil dirinya..
semakin rendah jiwanya..
bersih hatinya..
semakin ia menghampiri Tuhannya...


sekian...wassalam.