Melihat kepada tajuknya, aku bukanlah orang yang layak untuk berbicara mengenainya. Namun sejak kulitku yang seperti Faradhiya ini telah bertukar menjadi Nicole Scherzinger huahuahua... bolehkah??? So ada beberapa tips untuk tatapan anda..
Senaman:
- Senaman untuk wajah tidak digalakkan kerana ia mempercepat proses timbulnya garisan penuaan (Audrey Kunin-Pakar Kulit dan penulis buku DERMAdoctor Skinstruction Manual).
- Yoga membantu memperbaiki sistem pernafasan dan melancarkan aliran darah ke kulit agar kelihatan sihat.
Makanan:
- Kurangkan pengambilan makanan yang pedas dan bergoreng kerana ia hanya merangsang pengeluaran jerawat.
- Vitamin B seperti gandum, bijirin, dan mil baik dalam membantu pertumbuhan sel baru dengan menyingkirkan lapisan sel kulit mati dari permukaan kulit.
- Kekacang seperti badam, walnut dan gajus (tanpa tambahan garam) untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.
- Pengambilan herba seperti ginseng dapat membantu melambatkan kesan penuaan pada kulit kerana ia mengandungi agen anti tekanan yang mampu mengurangkan tekanan pada kulit.
Tips lain:
- Pilih sabun yang kaya bahan pelembap tetapi kurang buih kerana mandian yang mengandungi buih yang banyak hanya akan menghilangkan kandungan semulajadi pada kulit.
- Jika mengalami gejala ekzema, jangan gunakan sabun pencuci baju atau mandian yang mengandungi pewangi berlebihan kerana kulit mudah menjadi alahan.
- Mandi bersama 1/2 cawan campuran madu adalah rahsia terbaik menjadikan kulit gebu dan mulus.
- Mandian susu membantu mengekalkan kadar kelembapan kulit seterusnya melembutkannya.
- Bagi mengembalikan kesegaran kulit, campurkan pati daun pudina bersama badam di dalam semangkuk air suam, lumurkan ke seluruh badan dan biarkan kering. Bilas dengan mandian air suam.
- Seminggu sekali skrub badan menggunakan loofah pad. Selain menghilangkan sel kulit mati, ia membantu mengembalikan tona kulit.
- Skrub yang diperbuat dari kopi menbantu kulit untuk detoks agar kembali anjal bermaya.
- Setiap kali selesai mandi, lap badan perlahan-lahan dengan tekapan lembut. Menggosok tuala ke kulit dengan keras hanya akan merosakkan kulit.
- Losen yang mengandungi cocoa butter sangat baik bagi membantu menghilangkan kesan stretch mark.
- Saat menyapu losen, jangan lupa sapukan pada siku, lutut, dan tapak kaki kerana kawasan ini mudah kering.
- Jika kulit kering akibat mandi laut atau penggunaan klorin, sapukan krim yang mengandungi bahan pelega seperti glycerin.
- Kulit gelap di bawah tengkuk dan ketiak boleh dihilangkan dengan mencampurkan pati lemon dan timun bersama secubit serbuk kunyit. Lumurkan, biarkan kering dan bilas dengan mandian air suam.
- Minyak kelapa jika dilumur pada kulit kaki yang merekah mampu memulihkan masalah itu.
Imej luaran bukan penentu keperibadian mulia. Namun, Islam amat menganjurkan umatnya menjaga personaliti dan kebersihan zahir dan batin.
p/s:
Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang bergelar raja,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang bergelar suami
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu bergelar pemimpin.
Tanpa perempuan siapakah lelaki yang bergelar ayah...
6 comments:
like this XD
sangat membantu :))
dari faradhiya ke nicole ekh?
wahh! hehe
ka_my: x pun...saje2 gurau
nice one!
thanks...(^_~)
thanks share!
Post a Comment