Friday, February 11, 2011

Program Bersama Pertukaran Pelajar UNESA-UKM

Tarikh: 10 - 28 Januari 2011 (3 minggu).
Lokasi: Fakulti Pendidikan, kawasan sekitar UKM, Petrosains, Kolej Matrikulasi, beberapa buah sekolah di Putrajaya.
Peserta: 10 orang mahasiswa dari Universitas Negeri Surabaya (Indonesia) dan pelajar  program Pendidikan Sains, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tingkap papan kayu bersegi
 Sampan sakat di Pulau Angsa 
Indah tampan kerana budi
 Tinggi darjat kerana bahasa
  Melihat kepada tarikhnya berita ini seolah-olah telah basi. Namun tetap mahu ku titipkan dalam blogku ini sebagai kenangan.
Bersama Pn Zannaton. Peserta dari UNESA: Barista, Cicilya, Eka, Dewi, Jakiyah, Herie, Wachid, Zain, Lya, and Ina. Selebihnya pelajar UKM
Bersama Fasilitator
Selepas Bengkel Inkuiri 1 di Petrosains.
Selepas Aktiviti Kemasyarakatan (Gotong Royong di Surau Al- Raudah, Bangi)
Bersama AJK surau yang sememangnya amat peramah...
Jamuan di rumah Pn Zannaton (Penyelaras Program Sains)
Obor-obor ketika Bengkel Inkuiri 3 di Hotel City.
Moga program sebegini bukan sahaja menjadi medan pertukaran ilmu antara universiti tetapi juga menjadi suatu wadah interaksi dan kerjasama yang baik antara universiti serantau. Peace NO War!!

p/s: ilmunya ya bisa diguna...InsyaAllah..

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

2 comments:

Cik Pulau said...

perhh.. terbaekk..
cik pulau rasa xpe lama pun..
x basi pun..
sebab kenangan tu tetap kekal abadi tak telan dek zaman...
lalala~

PReDicToR said...

ye...moga kekal slamanya....