Wednesday, November 24, 2010

Perlu ke nak kenal diorang???

Assalammualaikum semua...gembira aku pagi- pagi nei. Kelakarla...Actually aku masih di ukm menghabiskan masa. Saje bagi alasan nak siapkan tesis padahal tesis dah dihantar. Aku stay sini sampai sem baru dibuka. Banyak kali dah kawanku cik lini tu mengajakku ke rumahnya di Pulau Haji Mat...sebuah pulau kecil di Kelantan.


 Nei gambar tahun lepas....dibelakang tula Pulau Haji Mat..

Aku menolak. Aku xnak terhutang budi pada sesiapa. Bak kata akak aku 'dah menumpang tu buat la cara menumpang, x mengenang budi langsung'. So aku decide tuk duk sini sahaja.

Ahh aku mula mengarut- ngarut. Kisah peribadi aku biarlah jadi milik aku sorang. Berbalik pada kisah arini...
Tuk tukk tukk pintu diketuk. Kebetulan roomate ku xde arini. Ada kerja kat makmal.
Makcik pejabat: Ada orang x nei??
Aku: Jap (bergegas aku cari tudung)

Pintu pun dibuka.
En .....: Awak tinggal berapa orang nei?
Aku: 2 orang. (dengan mamainya aku menjawab walaupun dah pukul 10 pagi....well..)
 
En .....: Dengan siapa?
Aku: Aisha.
En .....: Aisha mana?
Aku: Aisha Ahamad. (nasib baik aku nampak nama nei kat kotak printer rumateku. Kenal ke? (dalam kepala: perlu ke aku tanya soalan nei...ahh lantakla dah terkeluar pun)
En ......: Eh kenapa bilik awak luas ye?
Aku: Xtau.
En .....: Eh awak dah dah cek out aritu? Pastu cek in balik la ye?
Aku: Ye.
En .....: Kenapa awak stay sini? Siapkan tesis? Tu laptop ada lagu.
Aku: Ermm biasala boring. (Apa punya ayat da)
En .....: Awak duduk blok mana sebelum nei?
Aku: Blok H. En tengah watpe nei? (dalam hati: sape nei?)
En .....: Kenapa awak x report ada orang luar duduk bilik depan tu?
Aku: Mana la saya tahu. X kenal pun. (selamba je aku jawab, dalam hati aku: macam x kenal pula budak- budak kolej nei. bukan mesra alam pun)
En ......: Awak memang. Saya pun awak x kenal. Bleh pulak tanya saya kenal kenal si aisha tu x.
(haaahaa terjawab sudah soalan pertama aku tadi). Huh malunya. Dia siap gelak lagi kat aku.
En .....: Awak baru bangun tidur ke? (sambil berjalan keluar dari bilikku dengan tergelak- gelak)

Dalam hati aku: Tesis aku dah siap. Xde keje nak buat. Apa salahnya tidur? Ahh malunya aku arini. Lawakla. Harap- harap boleh berbual dengan dia lagi...hahaha mesti dia cam muka aku. Sengal budak nei.

Ermm sebenarnya bilik depan nei ada 2 orang luar yang duduk kat situ. Mana la aku tahu dia orang luar. Xpasal- pasal diorang kena turun padang..makcik-makcik pejabat, dan pengawal keselamatan ukm sekali. Perlu ke nak ramai- ramai. Apa-apa pun aku mesti alert selepas ni. Bahaya sebenarnya kalau ade x berdaftar boleh duduk sini. Walaupun perempuan, tapi apa- apa pun boleh berlaku kan.

Ditto!!

4 comments:

NouRa said...

wau! terbaiklah u!
hahaaa

PReDicToR said...

memalukan diri sndiri aderla...

2+2=5 said...

perlu..perlu..hahahah tp kena taw gak sape2 yg duk brjiran...nyway tgh blogwakin eheheheh feel free to folow me..dah follow u...=) silencer principal

PReDicToR said...

ermm setuju...aku akan ubah diriku...