Tuesday, February 22, 2011

Diam itu baik atau masalah?

Luahan rasa..aku x tahu sebenarnya kenapa sejak dua tiga menjak ni aku dah jadi seperti tunggul kayu, batu nisan, atau batu bersurat. Kadang- kadang ada banyak sebenarnya benda yang aku nak cakap tapi aku malas nak buka mulut. Bolehkah?? Kenapakah? Ahh aku tertanya sendiri...kenapa aku jadi begini?? Seingatku ketika zaman sekolahku dulu..aku bukan aku hari ini. Runsing sendiri.

Ada orang kata lebih baik diam kalau kita x mampu memberikan kata- kata yang baik. Tetapi dalam suasana yang baik tetapi kita x mampu berkata-kata...adakah itu sesuatu yang baik?? Terlalu diam adalah masalah. Masalah pada diri kita dan juga pada orang lain.
susah nak diam...zip je mulut tu...tapi bila dah zip dan zip pula kebetulan berkarat, susah pula nak buka balik....sama ada perlu letak minyak pelincir atau biarkan saja dan terus berkarat??  (anyway thanks to google for the picture)
Apa-apa pun kutitipkan beberapa hadis Rasullulah saw mengenai kelebihan diam:
  1. "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"(Riwayat Abu Naim)
  2. "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam"(Riwayat Bukhari & Muslim)
  3. "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya"( Riwayat At Tarmizi)
Allah swt berfirman : “Apapun kata yang terucapkan pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid”. (QS.Qaaf : 18)

Pernah ku dengar madah-madah ini...
  • Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan adalah buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap. Betulkah???? Tapi kalau terlalu senyap sampai kita kat depan pun orang boleh langgar...wajarkah untuk senyap? 
  • Menasihati orang yang bersalah, tidak salah..yang salah memikirkan kesalahan orang. lain...tetapi kalau terlalu senyap macam mana nak nasihatkan orang???
  • Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. Tapi kalau dah tahap nak kena lempang takkan nak buat x tahu sahaja?? Tepuk dada tanya hati...tanya iman.
p/s: Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia itu sendiri. wallahualam...

jaaa!!

Sunday, February 13, 2011

Tips Penjagaan Kulit

Melihat kepada tajuknya, aku bukanlah orang yang layak untuk berbicara mengenainya. Namun sejak kulitku yang seperti Faradhiya ini telah bertukar menjadi Nicole Scherzinger huahuahua... bolehkah??? So ada beberapa tips untuk tatapan anda..

Senaman:
  • Senaman untuk wajah tidak digalakkan kerana ia mempercepat proses timbulnya garisan penuaan (Audrey Kunin-Pakar Kulit dan penulis buku DERMAdoctor Skinstruction Manual).
  • Yoga membantu memperbaiki sistem pernafasan dan melancarkan aliran darah ke kulit agar kelihatan sihat.
Makanan:
  • Kurangkan pengambilan makanan yang pedas dan bergoreng kerana ia hanya merangsang pengeluaran jerawat.
  • Vitamin B seperti gandum, bijirin, dan mil baik dalam membantu pertumbuhan sel baru dengan menyingkirkan lapisan sel kulit mati dari permukaan kulit.
  • Kekacang seperti badam, walnut dan gajus (tanpa tambahan garam) untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.
  • Pengambilan herba seperti ginseng dapat membantu melambatkan kesan penuaan pada kulit kerana ia mengandungi agen anti tekanan yang mampu mengurangkan tekanan pada kulit.
Tips lain:
  • Pilih sabun yang kaya bahan pelembap tetapi kurang buih kerana mandian yang mengandungi buih yang banyak hanya akan menghilangkan kandungan semulajadi pada kulit.
  • Jika mengalami gejala ekzema, jangan gunakan sabun pencuci baju atau mandian yang mengandungi pewangi berlebihan kerana kulit mudah menjadi alahan. 
  • Mandi bersama 1/2 cawan campuran madu adalah rahsia terbaik menjadikan kulit gebu dan mulus. 
  • Mandian susu membantu mengekalkan kadar kelembapan kulit seterusnya melembutkannya.
  • Bagi mengembalikan kesegaran kulit, campurkan pati daun pudina bersama badam di dalam semangkuk air suam, lumurkan ke seluruh badan dan biarkan kering. Bilas dengan mandian air suam.
  • Seminggu sekali skrub badan menggunakan loofah pad. Selain menghilangkan sel kulit mati, ia membantu mengembalikan tona kulit.
  • Skrub yang diperbuat dari kopi menbantu kulit untuk detoks agar kembali anjal bermaya. 
  • Setiap kali selesai mandi, lap badan perlahan-lahan dengan tekapan lembut. Menggosok tuala ke kulit dengan keras hanya akan merosakkan kulit.
  • Losen yang mengandungi cocoa butter sangat baik bagi membantu menghilangkan kesan stretch mark. 
  • Saat menyapu losen, jangan lupa sapukan pada siku, lutut, dan tapak kaki kerana kawasan ini mudah kering. 
  • Jika kulit kering akibat mandi laut atau penggunaan klorin, sapukan krim yang mengandungi bahan pelega seperti glycerin.
  • Kulit gelap di bawah tengkuk dan ketiak boleh dihilangkan dengan mencampurkan pati lemon dan timun bersama secubit serbuk kunyit. Lumurkan, biarkan kering dan bilas dengan mandian air suam.
  • Minyak kelapa jika dilumur pada kulit kaki yang merekah mampu memulihkan masalah itu. 
Imej luaran bukan penentu keperibadian mulia. Namun, Islam amat menganjurkan umatnya menjaga personaliti dan kebersihan zahir dan batin.


 Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka.
Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
p/s:
Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang bergelar raja,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang bergelar suami
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu bergelar pemimpin.
Tanpa perempuan siapakah lelaki yang bergelar ayah...

Friday, February 11, 2011

Program Bersama Pertukaran Pelajar UNESA-UKM

Tarikh: 10 - 28 Januari 2011 (3 minggu).
Lokasi: Fakulti Pendidikan, kawasan sekitar UKM, Petrosains, Kolej Matrikulasi, beberapa buah sekolah di Putrajaya.
Peserta: 10 orang mahasiswa dari Universitas Negeri Surabaya (Indonesia) dan pelajar  program Pendidikan Sains, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tingkap papan kayu bersegi
 Sampan sakat di Pulau Angsa 
Indah tampan kerana budi
 Tinggi darjat kerana bahasa
  Melihat kepada tarikhnya berita ini seolah-olah telah basi. Namun tetap mahu ku titipkan dalam blogku ini sebagai kenangan.
Bersama Pn Zannaton. Peserta dari UNESA: Barista, Cicilya, Eka, Dewi, Jakiyah, Herie, Wachid, Zain, Lya, and Ina. Selebihnya pelajar UKM
Bersama Fasilitator
Selepas Bengkel Inkuiri 1 di Petrosains.
Selepas Aktiviti Kemasyarakatan (Gotong Royong di Surau Al- Raudah, Bangi)
Bersama AJK surau yang sememangnya amat peramah...
Jamuan di rumah Pn Zannaton (Penyelaras Program Sains)
Obor-obor ketika Bengkel Inkuiri 3 di Hotel City.
Moga program sebegini bukan sahaja menjadi medan pertukaran ilmu antara universiti tetapi juga menjadi suatu wadah interaksi dan kerjasama yang baik antara universiti serantau. Peace NO War!!

p/s: ilmunya ya bisa diguna...InsyaAllah..

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

Thursday, February 10, 2011

Trip to Melaka

Destnasi: Melaka
Tarikh: 19 - 20 Januari 2011 (2 hari 1 malam)
Penginapan : Homestay Taman Merdeka Jaya 2
Ahli Rombongan: 16 orang bakal guru Matematik...insyaAllah..
Pengangkutan: 4 biji kereta

Hari Pertama
Ketika baru sampai..sambil menunggu sebuah lagi kereta yang sesat.
Mahu mencari sesuap nasi....adeh lapar!!!!
Bergambar bersama kuda polis peronda
Kereta Kebal.
Istana Kesultanan Melaka.
Menghadap raja.
Lakonan semata-mata.
Tempat Pengistiharan Kemerdekaan.
Kota A Famosa.
Model Tudung
Malam
Muzium Kapal
River Cruise
Hari Kedua
Zoo Melaka
Nei antara gambar yang sempat kuambil...yang paling menarik di zoo nei aku dapat naik kuda...malang sekali tiada gambar dalam simpananku.....nevermind walaupun 1 pusingan kecil je...aku tetap teruja.
Selepas pusing Melaka kami semua ke Pantai Port Dickson...juga tiada gambar dalam simpananku. Ni dia wajah-wajah kami.....
   Dari kiri belakang: Wani, Sue, Nora, Nun, Ekin, Wan, Cik Nin.
Dari kiri depan: Zaa, Miza, Ayu, Cik Pjah, Cik Pulau, Gje, Fizah. Moni, Eee

Moga ukhwah yang terbina akan kekal terjalin...amin..

Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran (Nukilan: Miazlan Madah Sahabat)
  • Terlalu sukar menjalin persahabatan dan memutuskan persahabatan..kerana persahabatan terjalin melalui pertautan hati bukannya pertautan fikiran.
  • Bila kau bersedih, sahabat akan turut merasai kesedihanmu, tetapi saat kau bahagia dan terlupa akan dirinya, sahabat akan terus mendoakan kebahagiaan buatmu bersama segaris senyuman.
  • Sahabat sejati adalah seseorang yang sentiasa memberi erti, memberi makna dan memberikan rasa cinta yang tulus. Semua orang inginkan sahabat sejati tetapi tidak semua akan memilikinya. Ramai juga yang telah menikmati indahnya persahabatan, tetapi ramai juga yang menangis kerana dikhianti. 
  • Memiliki satu sahabat sejati adalah lebih baik daripada memliki seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Tiga perkara yang membolehkan kita kenal seseorang...
  1. Tidak akan diketahui seseorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. 
  2. Tidak akan dikenal keberanian seseorang kecuali ketika dia sedang berjuang. 
  3. Tidak akan dapat dikenal sahabat kecuali ketika kita bersedih.
Hati-hatilah memilih sahabat, kerana sahabat adalah cerminan peribadi. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.