Monday, January 3, 2011

Pencuri oh Pencuri...Hebat kau

Assalammualaikum semua...aku baru pulang dari kelas. Seronok kelas hari ini..bukan kerana kuliahnya tapi seronok mendengar cerita kawan2ku menghabiskan waktu cuti tahun baru. Memancing, Maher Zain, novel macam2. Di saat aku menunggu bas tadi tiba2, seorang classmateku mendapat 1 panggilan telefon. Rumah sewanya dimasuki pencuri. Bukan tiada orang dalam rumah tu...berkunci lagi..hebat betul si pencuri ni...Astaghfirullahalazim...

Menitis airmata sahabatku...ini pertama kali aku lihat dia menangis. Aku juga pernah melalui situasi yang sama. Bila kuteringat kembali...meremang bulu romaku...moga apa yang mahu kukongsi ini menjadi iktibar kepada semua.
Kisahnya bermula pada sebuah pagi, beberapa hari sebelum aku mendaftar di ukm. Aku tinggal di sebuah rumah kedai di tingkat dua. Nak dijadikan cerita so pagi tu aku turun menemankan anak saudaraku menunggu bas untuk ke sekolah pukul 6.40 pagi..masih gelap. Bukan jauh pun, hanya di bahagian bawah tangga rumahku. Dengan tergesa2nya aku telah membawa segugus kunci rumah dan dalam masa yang sama anak saudaraku juga membawanya. So kedua2 kunci ditangan kami. Malangnya pintu dan grill rumahku hanya boleh dikunci dengan menggunakan anak kunci.

Pukul 6.50 pagi makku turun untuk berjogging. Kebetulan bas lambat pula hari tu. Kerana rumah tidak berkunci, makku menyuruhku segera naik. Disebabkan rumahku berada di tingkat atas sekali akan ada satu ruang membelok di tangga. Aku disapa seorang lelaki. Bertanyakanku rumah sewa. Aku memang x tahu sebab aku memang jarang ada kat rumah. Dulu aku duduk kat asrama lepas tu duduk matrik. Aku berlalu pergi tetapi lelaki tadi bertanya aku lagi...macam2. Malas betul aku dahlah pagi2...dia minta aku tunjuk Blok H. Rumah aku Blok D. Blok H berselang 1 blok dengan rumahku. Aku pelik..kenapa lelaki ni. Sedangkan pintu masuk ke taman aku tu perlu melalui blok H...xkan x nampak kot. Aku abaikan dan terus naik ke atas. 
ni dia blok H....gambar diambil dari pintu masuk Bandar Pulai Jaya, Skudai. Gambar diambil dari google...aku tiada simpanan gambar blok rumah aku pula. So rumahku tingkat atas sekali. Bawah tu kedai.

Pintu rumahku x berkunci. Tapi itu aku dah tahu. Tapi yang aku pelik kenapa rumahku penuh dengan tapak selipar. Kotor. Dalam kepala aku...'mak aku ke?'. Dengan selamba aku masuk ke dalam, mengunci pintu dan bergegas ke toilet. Anak kunci tadi aku tinggalkan di atas meja. Dari dalam toilet aku dengar pintu dibuka. Mak aku balik ke? Cepatnya!! Bukan nak pergi jogging ke tadi?

Ahh baru aku tersedar sesuatu. Mak aku x bawa kunci mana mungkin dia boleh buka pintu. Aku tahu itu orang lain. Ya Allah tawakkal je aku masa tu. Tapi aku tahu aku x boleh berdiam diri sahaja. Kalau aku x keluar mesti makku dalam bahaya. Kami hanya tinggal bertiga. Oleh kerana toiletku berada di dapur so aku bercadang mahu buat sesuatu. Pintu dibuka dan aku mencapai sebilah pisau. Aku berjalan dan aku lihat pintu terbuka. Anak kunci tadi ada dipintu. Aku keluar dan mengetuk pintu jiran tetanggaku...tapi tiada jawapan. Pergi kerja barangkali. Aku turun ke bawah mencari makku. Kami bergegas naik bersama beberapa teman makku. 
Bilik bersepah2..pintu almari terbuka. Alhamdulillah tiada apa yang hilang dan aku juga selamat. Syukur Ya Allah..kerana kecuaian dan kesilapan semua ini berlaku. Tapi aku betul2 pelik, tadi semasa aku tunggu di bawah tangga tiada siapa pun yang lalu lalang. Lagipun hanya 1 tangga tu sahaja yang boleh access ke atas. Aku rasa memang pencuri tu dah target rumah aku. Kebetulan malam tadi kakakku baru sahaja menghantarkanku sejumlah wang untuk yuran dan perbelanjaan ke ukm. Mesti dia tahu. Tapi satu benda yang dia x tahu..aku jarang balik & aku tiada bilik. Barang2ku semua diletakkan di stor...so duit itu juga berada di stor. Stor yang langsung x berusik. 

Siapa lelaki yang berbual dengan aku tadi? Mesti mereka dah merangka plot untuk mencuri. Barangkali dia hanya mahu melengah-lengahkan aku sahaja. Dan mungkin tujuannya mahu aku menunjukkan blok H hanya rancangannya supaya pencuri di dalam rumahku itu ada peluang untuk keluar.

Setiap pagi makku pergi berjogging, anak saudaraku sekolah dan aku akan turun ke bawah menemaninya. Tambahan pula, rumahku hanya dihuni perempuan sahaja. Apa2 pun terima kasih Allah yang sentiasa memberi perlindungan kepada hambamu ini....

So, moral of the story, berhati-hatilah...jangan pandang enteng tentang sesuatu perkara. Sentiasa ambil peduli dan buang sikap tidak kisah. Berani perlu bertempat dan sentiasalah guna akal. Kalau rezeki itu milik kita... bersyukurlah. Jika bukan... redhakanlah ia pergi... innalillahiwainnailaihirajiun...

p/s: jangan simpan benda berharga kat rumah..bahaya...tapi ada sesetengah benda memang kena simpan kat rumah..kalau x nak simpan kat mana pula kan...

24 comments:

Unknown said...

wooh licik na.... smoga x jadi lagi pasni naa...
pencuri kaki cagu! hareeemmm

PReDicToR said...

tula...harap2 x berlaku lagi. jauhkanlah

starsyeea said...

kena hati2 sll k...

jom berTEPAK HARAPAN at mly blog! :)

PReDicToR said...

ye..mmg kna hati2..tp mnusia kan..kdg2 kte terleka

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

urrrmmm....kecian. samalah dgn kina. rumah kami pernah dimasuki pencuri. pencuri tue rasanya org² situ jugak. sbb dia tahu mcm ne nak msk dan mcm ne nak lending(msk ikut tingkap). naseb bek x de sape kat rumah, brg² rumah bersepah. x de ape yg hilng kecuali beg duit mama kina.naseb bek duit pun x byk dlm tue.

Seruling Senja said...

macam2~

Anonymous said...

ishh..nasib baik xde ape2 yg blaku..brg pn xhilang..hm..

PReDicToR said...

ermm tula...syukur sgt2.

Lirik Lagu said...

akak saya baru saja kehilangan sebiji laptop asus + kamera nikon d300 + hard disk 500gb. sekali pencuri tu gersang sampai pecahkan cermin kereta semata-mata nak benda tu.

PReDicToR said...

huh memang gersang.

SyuraLatif said...

wow.. takutnye i dgr cite u.. senak perut dibuatnye T__T

PReDicToR said...
This comment has been removed by the author.
PReDicToR said...

saatku mnulis en3 nei rase meremang..mnguncikan diri brsama penjenayh..nasib baik dia tahu kluar sndiri

Woofer Storm said...

skrag ni mmmg mcm bnda leh tjdi,so hati2 len kali k...hehee

jomsantaisekejap said...

Yang penting anda dan semua selamat. Harta tu no 2 tidak kira semahal atau sebanyak mana yang hilang.
tapi daripada modus operandi memang si pencuri tu dah buat kerjarumah yang teliti dan dah kaji selok belok kemana seisi rumah pergi..
Nasihat sy pasang selak atau mangga extra dari dalam dan luar rumah untuk keselamatan tambahan.
Salam santai dan keep in touch.

Blog ke 166 " Jom komen-komen"

PReDicToR said...

salam santai...thanks atas cdangan 2...

||aLeaSaRa|| said...

alhamdulillah tak terjadi yg bukan2.my cousin dulu djh 4 kecik sgt,pompuan lak tu.dia dok kepong,one day dia parents dh gi keje,dia lak sekolah ptg.tiba2 dgr bunyi bsg dr bwh(double story),dia pun klm kbt nyorok bwh katil.mmg dgr pencuri geledah blk.agak2 dah lama dah sunyi dia klm kbt call polis dan parents.Bygkanlah kalau pcuri tu selak bwh katil??

Nieza Micha said...

woahh... bahaye la... lepas ni kene sentiase berhati-hati... nasib tak jd ape2 kat kamu n family...

PReDicToR said...

ermm 2lah...syukur sgt2.

zaheeyah said...

kena hati-hati setiap masa...

as said...

alhamdulilah takde pape yang terjadi .
yg penting sume selamat kan . kesian kat kawan awak tu .

PReDicToR said...

ermm btol

Aku Bebas said...

salam. minta share post ni. following anda

PReDicToR said...

u are free to do so...