Wednesday, December 22, 2010

Didikan Remaja Kini..dimanakah silapnya??

Pepatah melayu 'Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak ke Nasi' atau dalam kata lainnya kuah hanya tumpah di atas nasi. Benarkah?? Bagaimana kalau masak kuah dengan api yang cukup besar. Kuah mendidih dan melimpah keluar dari periuk. Atau ketika kita menceduk kuah dari mangkuk dan tertumpah di atas meja. Dan bagaimana kalau kita hirup kuah terus ke mulut atau makan kuah dengan mi....macam mi sup.
Begitu juga dengan mendidik. x semestinya didikan yang dicurahkan itu sampai atau sesuai dengan orang yang dididik. Bercakap macam ada anak sepuluh...ermm no komen. Apa2 pun aku nak kongsikan satu dialog telefon:

Tett Tett....(caller ringtone zaman bila nei)
A : Hello!!
B : Hello...bisingnya...katne nei?
A : Aku kat luar.
B : Luar?? Dah kol 10 malam nei...kenapa x balik lagi.
A : Lek r...baru kol 10. Aku ngan kawan2 aku nei kat CS. Nanti aku balik r. (Nada menjerit)
B : Mama kau tahu x nei kau kat luar??
A : Lantakla....eh sok jela kau call aku. Bye.
Panggilan dihentikan.

Si B call si A lagi. 
A : Ha kenapa?
B : Sebelum pukul 12 balik ye....nanti aku 'call'. (Dengan lembut si B berkata2...sedikit menyindir)
A : Yela.

Inilah dia si A dan si B. Si A adalah gadis berusia 14 tahun dan si B bertaraf mak cik kepada si A. Si B memutuskan untuk menjadi kawan kepada si A untuk memahami dan mengawal tindak tanduk si A. Namun jarak memisahkan mereka. Satu persamaan antara si A dan si B...mereka dibesarkan oleh orang yang sama. Tapi mungkin persekitaran dan pergaulan mereka jauh berbeza...
Fikir2 balik susahnya mendidik anak. Ada orang kata, untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah..carilah isteri dan suami yang soleh. Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak? Turunkah soleh ayah kepada anak?

Untuk mencari jawapannya amat sukar kerana orang sebenar yang membesarkan anak hari ini, adalah guru di nursery atau pembantu rumah Indonesia, Myanmar, Thailand atau Filipina dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah berjumpa dengan anaknya setelah letih bekerja. Ketika sudah hilang seri di wajah, jiwa dan bahasa. Anak juga sudah mengantuk. Anak buat perangai. Mungkin jiwa mereka memberontak atau sekadar mahu mencuri perhatian...fikir2kan....sekadar pandangan aku, jika salah betulkan ya...aku bukanlah seorang ibu, bukan juga seorang ayah, bukan seorang kakak dan bukan juga seorang nenek...tetapi aku adalah......

p/s: Rasulullah sendiri pernah bersabda: ...didiklah anakmu sesuai dengan zamannya...

Ditto!!

13 comments:

Wan said...

Btol tu.. entri yang bernas saya sokong

LadyBird said...

salam..
ye la awak..
bukan kita sendiri yg menjaga anak2 kita.. :(

PReDicToR said...

betul...

Anonymous said...

hmmm... memang pon bila tengok keadaan remaja zaman sekarang, naik risau ati ni... takot pulak mengenangkan keadaan anak satu hari nanti. mudah2an mereka membesar menjadi anak2 yang soleh solehah

Unknown said...

erhmmmm
enggak tahu nak slh kn sapa
baik salah kn diri sendiri.

hans said...

setiap ibu bapa perlu pandai menilai sikap dan kerenah anak mereka dan didiklah dengan bijaksananya

P/S : Drama Antara Garisan Memang Layak Ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010

ejulz said...

sedih tgk kebanyakan anak muda skrang.. krn nila setitik rosak susu sebelanga..

PReDicToR said...

tp rasenya zaman skrg nila lg byk dari susu..

AfiQ said...

xbole nk tunding jari kat sape2.. masing ade peranan dalam memdidik mereka2 ni.. =)

Anonymous said...

sy seorg ibu.....ya, apa pun kalau kita dekat dgn DIA..minta DIA dekatkan kita dgn anak2 insyallah DIA permudahkan..ANAK ITU REZEKI,REZEKI ITU UJIAN..sbb itulah, ALLAH jdkan,walaupun dibesarkan dgn org yg sama tak semestinya semua anak punya akhlak yg sama.kat situ UJIAN SEBENAR IBU BAPA samada nk beri perhatian atau tidak.......

Tuan Cimot said...

kalau ibubapa dah mendidik dgn cukup, itu bkn slh ibubapa..mungkin ank itu blum mendapat hdayah lagi..
entri yg best.,.tq

wahida said...

salam sis, n3 yg menarik..err, salam kenal, saya dah follow, kalau sudi follow me back k!!

PReDicToR said...

salam kenal...