Monday, December 20, 2010

Pakaian cermin keperibadian...

Terjaga dari tidur. Merasa terlalu gembira. Kupanjatkan rasa syukurku kepadaNya kerana hari ini telah bermula. Hari untuk aku ke kelas semula. Apa yang pasti, aku akan meninggalkan detik2 bosan cuti semesterku. Dengan berpakaian serba ringkas aku bergegas menunggu bas. Sampai di dewan kuliah ternyata kuliah belum bermula. Tunggu n menunggu kelas cancel. Apelah... penat je aku bergegas tadi. Tapi apa2 pun sekurang2nya aku dapat bertemu kembali classmatesku...

Sampai di bilik aku membuka sebuah majalah yang telah kubeli beberapa bulan lepas namun belum kesampaian untuk dihabiskan. Entah dah berapa keluaran yang diterbitkan selepas itu aku pun x pasti. Mungkin majalah yang ada ditanganku ini sudah boleh dikategorikan sebagai bahan terbuang. Bab membaca memang aku malas. Helaian demi helaian aku selak..KETRAMPILAN MAHASISWA YANG CELARU..tajuk artikel yang membuatku rasa nak baca...wah itulah saja yang mampu kukata.
 Beberapa isi penting yang terasa macam terkena kat diri aku....
  1. Pelajar IPT sudah jauh tersasar daripada Sahsiah Rupa Diri yang termaktub dalam peraturan IPT.
  2. Imej & identiti mahasiswa sudah berubah berbanding masa lalu. Kebanyakan pelajar lebih gemar berpakaian santai untuk menghadiri kuliah seterusnya merendahkan nilai sebagai insan terpelajar. 
  3. Manusia akhir zaman lebih banyak mengikut naluri hawa nafsu sendiri tanpa memikirkan erti menjadi anak jati melayu.
  4. Pemakaian pelajar IPT khususnya pelajar Islam sudah mulai menyimpang walaupun masih mengekalkan imej bertudung. Pemakaian jeans & t-shirt tidak jauh bezanya dengan pakaian yang sering digunakan golongan kafir. Pakaian ketat dan jarang dikenakan tanpa rasa segan silu.
Tersentak aku membacanya. Teringatku pada pakaianku ke kelas pagi tadi. Aku memakai jeans, t-shirt, tudung & selipar. Cukup santai. Tapi aku cukup selesa berpakaian sedemikian rupa...lebih bebas bergerak n rasa lebih selamat. Salahkah?? Bagi aku sekiranya pakaian itu sudah mampu menjadi benteng diri daripada maksiat itu sudah memadai. Pakaian juga harus disesuaikan dengan profesion yang diceburi.
Walaubagamanapun, pakaian adalah cermin keperibadian seseorang. Firman Allah dalam surah An- Nahl ayat 81:
Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakannya benda untuk berteduh, dan ia menjadikan bagi kamu sebahagian daripada gunung ganang tempat2 berlindung, dan ia juga menjadikan bagi kamu pakaian2 yang memelihara kamu semasa berjuang, demikianlah, dia menyempurnakan nikmatnya bagi kamu supaya kamu berserah diri kepadanya. dan mematuhi perintahnya.

Apa2 pun setiap individu harus kembali kepada konsep mengenal diri. Tanya pada dirimu dan jawablah secara jujur..
Siapakah dirimu?
Apakah tujuan hidupmu?
Dari mana kamu datang?
Ke mana kamu mahu pergi?

Dengan itu, kamu akan mendapat jawapan apa yang patut kamu lakukan..
wassalam.....^_^

16 comments:

Ukhti [Aki] said...

Salam kenal. aki suka n3 nim. betul, kita kena kenal diri kita, apa tujuan dan matlamat hidup kita di dunia yang sementara ini. teruskan menulis saudaraku. ^__^

omurice said...

pengkongsian yg menarik..Omu pun kadang2 xmampu nak menutup sepenuhnyer...hati selalu terpikir2 bila lah nak berubah sepenuh nyer..

PReDicToR said...

ye...betul.

YUL said...

ebtri yang sangat menarik, thx for sharing :)

PReDicToR said...

okeyh....

Fiqah Alias said...

betol3...fiqah stuju sgt ngn n3 nie...pakaian adalah cermin keperibadian seseorang...terutamanya bagi kaum Hawa...seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah..(^.~) thanx ehh utk perkongsian nie...

NICK IRFAN said...

btol2 pakaian mencerminkan peribadi sesorang sbb org skrg pandang luaran jer.. hehe

Ummi Izzah said...

salam kenal..
betul apa yg dikata tu...

PReDicToR said...

pdg luaran??? maybe

nub said...

entry ni sgt bes..selau pelajar u,kdg2 rasa malu sendiri sbab kepribadian diri blom mencapai tahap u..

x ngata org,ngata diri ceqq sndiri...huuhuu

keluarga Azhar said...

Nice blog .follow u =.=

(Npost:dpt beli D90 dgn rm 37)

anamizu said...

betol3!
ramai yg tersasar dari objektif asal..ngee~~

salam kenal dari cik ana..
folowed u too ^^

PReDicToR said...

salam kenal ^_^

manna_salwa said...

kalau tengok gaye.. mmg dah len dr zaman dlu2..
tp.. sy kat maktab perguruan..
hehe.. still same, dulu n kini..

:)

neway, than singgah blog sy..

(^_^)

Seruling Senja said...

hakikat masa kini...
http://bilakuberlagu.blogspot.com/2010/10/matangkah-kita-bahagian-ii.html

PReDicToR said...

ermm btol..