Masih tidak terlewat kukira untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Terima kasih kepada sanak saudara yang menerima kunjunganku dan maaf kepada kawan-kawan kerana x sempat beraya bersama. Mungkin kerana kesibukanku beraya bersama keluarga dan pelbagai konflik berlaku di rumahku.
Rumah??? Ermm ada sesuatu yang pelik mengenai rumah. Aku sendiri x tahu kenapa. Kenapa mimpiku sering mengaitkanku dengan rumah. Mimpi-mimpi yang bukan biasa. Mimpi- mimpi yang cukup membuatkan aku ketakutan. Apa maknanya semua ini? Apa kejadahnya?
Tapi yang ku pelik rumah dalam mimpiku itu bukan rumahku. Rumah kayu yang tersergam indah. Cukup besar dan banyak bilik. Dihiasi dengan pelbagai ukiran. Ada suatu rasa bila aku berada di rumah itu. Ia seolah-olah rasa takut, gelisah..ntahla. Dah lama sebenarnya aku mimpi berada dalam rumah itu. Kalau x silap perkiraanku mungkin sejak 2 tahun yang lalu. Tapi setiap kali aku mimpikannya aku rasa takut dan aku akan terjaga dalam keadaan terkejut.
Malam tadi aku mimpikannya juga. Tapi kali ini aku lihat ada pertempuran di halaman. Aku dan keluarga berada dalam rumah dengan rasa takut seolah-olah kami adalah tebusan perang. Kakakku pula cuba menyelamatkan anak-anaknya dan anak saudaraku yang masih kecil dengan melarikan diri melalui tingkap. Aku dapat melihat semua ini dengan cukup jelas. Apakah maknanya? Kenapa aku perlu megalami semua ini dalam mimpiku?
Baru-baru ini aku pernah bertanyakan kepada ibuku. Tapi aku hanya mendapat jawapan klise 'mimpi mainan tidur...mainan syaitan'. Dan jika aku bertanya kepada orang lain juga jawapan mereka tetap sama. Tapi aku masih x berpuas hati. Kalau ia hanya mainan, kenapa ia bermain sejak sekian lama. Dan kenapa rumah itu adalah rumah yang sama setiap kali aku mimpikannya. Setahuku sejak kecil aku tidak pernah tinggal di rumah sebegitu. Dan kini aku dan ibuku hanya tinggal menumpang di rumah kakakku. Ahh aku makin keliru.
Aku perlukan jawapan. Adakah aku perlu bertanya kepada mereka yang benar- benar arif? Tapi hakikatnya aku cukup takut untuk mendengar kebenarannya.
Ditto!!
No comments:
Post a Comment