Sunday, October 30, 2011

Hadapilah Semua Dengan Senyuman..

Setelah berbulan lamanya, hari ini aku mahu mengembalikan fungsi blog ini, sebagai tempat luahan rasa...if this annoying, just get yourself out. 

Banyak sebenarnya mahu ku cerita...tapi mungkin dah mengalir bersama airmata. Kering.

I made the wrong decision and I feel really sad now. Kecewa. Sick. Tired. 

Mahu jerit kuat2. Arrrrrggghhhhh!!!!

Astaghfirullahalazim.....

If something goes wrong, it is more important to talk about who is going to fix it than who is to blame. ~Francis J. Gable~
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia. 
Sedekahkanlah satu senyuman walau hati tak lagi mampu bertahan.
Belajarlah memaafkan walau diri terluka.
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran.
Hiduplah dalam iman walau harimu dipenuhi ujian.
Berpeganglah pada Allah walau Dia tidak kelihatan.
Bukti kasih-Nya kita wujud di dunia pinjaman ini.
Ada sebab untuk semua perkara.
Yakinlah Tuhan menguji setiap hamba-Nya yang mengaku beriman kepada-Nya.
CONFIDENT, TRUST & HOPE TO ALLAH!!!!!

Saturday, August 13, 2011

Diazab Kerana Berbuka Sebelum Waktu

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bersempena Ramadhan yang mulia ini (berusaha menulis seskema mungkin) ku ingin kongsikan suatu hadis yag kukira amat berguna.
Daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Ketika aku tidur, dua orang lelaki datang kepadaku, mengangkat kedua- dua belah tanganku dan membawa aku ke sebuah gunung berbatu. Mereka berkata: Dakilah. Aku berkata: 'Aku tidak boleh melakukannya'. Mereka bekata: 'Kami akan memudahkan untuk kamu mendakinya.'

Maka, aku mendaki sehingga ke atas puncak gunung. Kemudian, aku terdengar suatu suara yang sangat kuat. Aku bertanya: 'Suara apakah itu?' Mereka menjawab: 'Mereka ialah orang yang berbuka puasa sebelum masa yang sepatutnya.'" (Riwayat al-Baihaqi).

Jika orang yang berbuka lebih awal menerima hukuman yang keras sedemikian rupa, bagaimana pula jika seseorang itu tidak berpuasa? Anak kecil yang belum mencapai usia baligh masih boleh dimaafkan, tetapi ketegasan perlu ditunjukkan buat mereka yang dewasa berstatus mukallaf. Mungkin masih ramai anak muda memandang enteng kewajipan berpuasa ini tetapi yang wajib tetap wajib!!(sekadar peringatan buat aku).
p/s: menaip sambil menonton tv....kandungan siaran tv berubah menjadi lebih islamik, dihiasi bacaan al-Quran dan pengisian agama...kita pula??? moga hati kita ikhlas.

Saturday, July 16, 2011

Mulut Pencetus Dosa atau Doa?

Jawapanku kedua2nya. Mulut atau lidah diamanahkan supaya bercakap perkara yang baik, membaca al-Quran dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Tetapi bagaimana pula kalau kita cakap lepas, membawa cerita, mengumpat atau menabur fitnah? Maka, tercetuslah dosa. 

Kata2 yang diucapkan berkali2 pula akan menjadi doa. Kalau kata2 itu baik tentu yang termakbul itu juga baik dan sebaliknya. Sekadar peringatan buat diriku yang amat rimas dengan pelbagai kerenah mulut manusia. Kadang2 aku sendiri pun tak faham. Bukankah lebih baik kalau kita diam daripada penat berkata2 dan menyakitkan hati orang lain.
Memang wanita golongan yang kurang prihatin bab2 menjaga mulut ini. Aku juga kadang2 begitu. Nak kata patah perkataan sehari memang banyak kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Namun antara banyak perkataan yang keluar itu kita tidak pasti berapa banyak pula yang digunakan untuk menuduh dan memerli orang lain dalam gurauan. Dan amat sedikit yang berunsur nasihat. Mungkin kadang2 kita tidak sedar namun sebagai orang yang telah cukup dewasa..gunakanlah akal sebelum berkata2 dan sentiasalah berpada2.

~kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa~

So, beberapa tips untuk menjaga mulut:
  • Bercakap perkara yang perlu sahaja.
  • Elakkan bertanya urusan orang lain yang tidak berkaitan dengan diri sendiri dan orang lain.
  • Mewujudkan suasana yang saling mempercayai.
  • Menggunakan kata2 yang lemah lembut.
  • Elak nada menghina dan mengejek.
Hadis Nabi saw:
"Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, nescaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat.Sesiapa yang memudahkan orang yang kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aib) seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya" (Riwayat Muslim).

Sempena Malam Nisfu Sya'ban, marilah kita buka lembaran baru. Manusia itu berbeza, dan aku harap aku mampu menghadapi dan mengurus perbezaan itu. Untuk Harimau Malaya...tahniah!! Walaupun kalah...kalian telah membuktikan Malaysia Boleh!!!
heheh hiasan...thanks cik google.
y/f: esok cuti...amat seronok..segarkan diri kembali...bosan...plan? tiada.

Thursday, June 9, 2011

Setelah Sebulan...

Berkulat sudah blogku...buat pembaca setia (ada ke???) maaflah ya...banyak sebenarnya perkara yang ingin kukongsikan tetapi masih belum berkesempatan.
  •  4 Jun yang lalu, genap sebulan aku bekerja. Terus terang aku kata aku gembira dan selesa bekerja di sini. Walaupun penatnya teramat, kaki nak tercabut...banyak perkara baru aku belajar. Kadang2 ada juga perkara yang aku tak puas hati tapi itulah lumrah. Bidang berbeza, pemikiran berbeza, usia berbeza, tentulah caranya juga berbeza. Tapi aku senang dengan pengurusan dan pentadbirannya...jaga kebajikan pekerja dan solat.
  • Untuk pertama kalinya, aku menang tempat pertama untuk pertandingan foto "Hijaukan Bumi Kita Photo Contest 2011". Gembira sangat2. Nak tengok gambar tu...klik sini...apa2 pun terima kasih kepada penganjur "The Bladerz". Boleh jadi fotografer tak lepas ni...huahuahua berangan!
  • Ini pula berita yang aku memang sangat2 tak suka. Berita aku gagal untuk menamatkan pengajian penggal ini. "Salam, Cik Nora ke ni? " Ya, jawabku ringkas. "Awak tahu tak awak tak boleh grad tahun ini"...perghhh tersentak aku. Dahlah time tu aku tengah sibuk teramat2...tiba2 dengar pula kata2 begitu dari hp ku...kot ye pun nak sampaikan berita tu...susunlah ayat tu elok2...nasib baik aku tak ada sakit jantung...mahu ke hospital gamatnya. Aku ke kl keesokan harinya dan ke fakulti sehari selepas tu...dan alhamdulillah syukur pertolongan Allah masih sentiasa bersamaku. Syukur Ya Allah. Aku akan grad tahun ini...yahoooo!!
  • Aku mula mengajar tuisyen setiap ahad. Mengajar matematik kepada seorang yang seusia denganku untuk repeat spm. Wahh kagum aku dengan dia...gagah meneruskan perjuangan menuntut ilmu walaupun dah ada kerja tetap. Tapi malangnya hari ini aku memutuskan untuk tidak mengajarnya lagi..penat sangat. Kerja 7 hari seminggu...aku tak sekuat itu. 
  • Kejadian bunuh diri depan blok rumah aku. Gantung diri kat tangga. Seram aku. Kesian aku tengok anak2 dia. Seorang berusia 2 tahun dan seorang lagi 4 tahun. Siapalah nak jaga. Apa2 pun masalah yang kita hadapi, bunuh diri bukan penyelesaiannya. Fikirlah buruk dan baiknya...
  • Perkahwinan classmateku ketika ketika SDPB. Majlis yang umpama reunion sahabat lama. Lima tahun tak berjumpa..oh mereka makin matang. Aku..tetap sama. Apa2 pun Selamat Pengantin Baru Halim dan Shafiza...moga berbahagia dan cepat2 dapat anak.
Huh penatnya aku...sambung lain kali ye...cancincau!!