Sunday, March 3, 2013

Secrets to Happy Life

 

DO GOOD DEEDS
 
p/s: realisasikan impian dengan usaha bukan angan - angan.

Friday, July 27, 2012

Kerja Cikgu yang mungkin kita tak perasan

Tahukah anda apa kerja cikgu-cikgu kita selain mengajar..?
sumber google

Time pertandingan bola.. cikgu jadi REFEREE..
Time budak nak bertanding apa- apa acara... cikgu jadi JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jadi PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jadi AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jadi PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jadi DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jadi MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jadi PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jadi KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jadi TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jadi TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jadi DETEKTIF..
Time budak buat persembahan... cikgu jadi PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jadi TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jadi PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jadi TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jadi TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jadi BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jadi PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jadi POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jadi PELAWAK..
Tetapi jika ini yang terjadi....
Cikgu pula yang dipersalahkan...wajarkah?



Apa- apa pun kerana GURU kita BERJAYA.. dialah segala-galanya !!
sumber google
 Terima Kasih Cikgu.. :')

Sunday, July 15, 2012

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul...

Kian lama menyepi..rindu pada blogku ini. Juga rindu pada insan- insan yang pernah hadir dalam hidupku dulu. Hidup terlalu pantas berlalu...kini aku bertemu dengan insan- insan baru..kini aku bergelar seorang guru. Masa dan hidupku dihabiskan untuk kerjaya baruku ini. Aku tidak tahu samada aku betul- betul gembira ataupun aku hanya berlagak gembira. Hidup kian menjadi rumit dan mencabar. 

Teringin rasanya berjumpa dengan teman- temanku dulu. Walaupun sememangnya aku tidak mempunyai ramai kawan tetapi aku tahu aku mempunyai kawan- kawan yang baik. Mendengar cerita seorang kawan mengenai kehidupan barunya, aku terkedu. Berat kurasa bebanannya kini, tetapi aku tahu berat lagi dia yang merasa. Aku harap dia akan terus kuat. Itu sahajalah yang mampu kukatakan padanya.

Aku sentiasa yakin, kejayaan akan jadi lebih manis apabila kita menempuh pelbagai halangan untuk mencapainya. Langit tidak sentiasa cerah...hidup juga begitu. 

Dalam hidup, kita akan berjumpa ramai orang. Ada yang baik dan ada yang kurang baik. Ada yang sesuai dijadikan kawan dan ada yang tidak. Bukan senang membina hubungan dengan orang lain. Aku sendiri pernah gaduh besar dengan kakakku sendiri sehingga aku dihalau keluar dari rumahnya. Best tak? Lupakan. Kini kami dah berbaik semula. Thanks Allah. Aku yakin Kau sentiasa ada bersama hamba- hambaMu.

Moga kawanku tadi berjumpa jalan penyelesaian bagi masalahnya dan mendapat kawan- kawan baru yang baik. Amin.....

Saturday, March 10, 2012

Baiknya Tangan Yang Di Atas

Orang bersedekah kita pun mahu bersedekah.. tetapi dalam masa yang sama ragu - ragu dengan pemberian itu. Ikhlaskah itu? Bersedekah menyempurnakan iman seseorang namun ia harus dilakukan dengan keikhlasan tanpa mengharapkan balasan. Hanya Allah sahaja yang berhak memberi ganjaran.
"Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah dan mulailah dengan mereka yang menjadi tanggunganmu. Sebaik- baik sedekah adalah ketika berada dalam keadaan mencukupi (segala keperluan). Barang siapa memohon dipelihara (untuk tidak meminta - minta), maka Allah akan memeliharanya. Dan barang siapa yang bermohon dicukupkan (segala keperluan), maka Allah akan mencukupkan kehidupannya" (Riwayat Imam al- Bukhari).