Kian lama menyepi..rindu pada blogku ini. Juga rindu pada insan- insan yang pernah hadir dalam hidupku dulu. Hidup terlalu pantas berlalu...kini aku bertemu dengan insan- insan baru..kini aku bergelar seorang guru. Masa dan hidupku dihabiskan untuk kerjaya baruku ini. Aku tidak tahu samada aku betul- betul gembira ataupun aku hanya berlagak gembira. Hidup kian menjadi rumit dan mencabar.
Teringin rasanya berjumpa dengan teman- temanku dulu. Walaupun sememangnya aku tidak mempunyai ramai kawan tetapi aku tahu aku mempunyai kawan- kawan yang baik. Mendengar cerita seorang kawan mengenai kehidupan barunya, aku terkedu. Berat kurasa bebanannya kini, tetapi aku tahu berat lagi dia yang merasa. Aku harap dia akan terus kuat. Itu sahajalah yang mampu kukatakan padanya.
Aku sentiasa yakin, kejayaan akan jadi lebih manis apabila kita menempuh pelbagai halangan untuk mencapainya. Langit tidak sentiasa cerah...hidup juga begitu.
Dalam hidup, kita akan berjumpa ramai orang. Ada yang baik dan ada yang kurang baik. Ada yang sesuai dijadikan kawan dan ada yang tidak. Bukan senang membina hubungan dengan orang lain. Aku sendiri pernah gaduh besar dengan kakakku sendiri sehingga aku dihalau keluar dari rumahnya. Best tak? Lupakan. Kini kami dah berbaik semula. Thanks Allah. Aku yakin Kau sentiasa ada bersama hamba- hambaMu.
Moga kawanku tadi berjumpa jalan penyelesaian bagi masalahnya dan mendapat kawan- kawan baru yang baik. Amin.....
4 comments:
semoga kawan tuh kuat orangnya dan dapat kawan yang baik.
semoga kawan kamu tu bertemu dengan jalan penyelesaian yang dia perlukan sekarang ni..
dan semoga dia tabah hadapi semua dugaan yang Allah berikan...\^^/
aminnn...
semoga kwan kamu menjadi lebih baik...sama- sama doakan...promosi acai berry
http://duniaveto.blogspot.com/2012/07/potongan-15-produk-abc-acai-berry.html
Post a Comment