Rindunya aku...Nak kata berbulan2, x juga. Entahlah..aku rindu wajahnya, suaranya, everything. Even bebelannya pun aku sangat2 mahu dengar. Siapakah 'nya'??? Jawapannya: makku. 'Anak manja', 'Anak Mak' ini mesti berada dalam fikiran anda bukan..ahh aku peduli apa. I just say what i feel...
Orang kata, seorang ibu boleh jaga sepuluh orang anak...tapi mampukah sepuluh orang anak itu menjaga ibunya?? InsyaAllah..Bercakap soal ibu, mengingatkan waktu zaman2 sekolah dulu...selalu ustazah bercerita tentang kisah2 pengajaran antaranya kisah Alqamah...kisah yang dah berulang2 kali kudengar. So, sedikit mengenai kisahnya..mungkin semua tahu..tapi manusia itu bersifat pelupa..just remind.
Suatu hari isteri Alqamah datang menemui Rasulullah saw dalam keadaan tergesa2 untuk mengkhabarkan perihal suaminya yang sakit tenat. Lalu baginda mengutuskan Ammar, Bilal dan Shuhaib meninjau keadaan Alqamah yang jatuh sakit itu. Setelah sampai di rumah Alqamah, Bilal mendekati Alqamah dan mengajarkan menyebut kalimah tauhid. Berkali2 Bilal mengajarkannya, namun lidah Alqamah seperti terkunci. Bilal hairan melihat kejadian itu, lalu pulang menceritakan hal tersebut pada Rasulullah saw. Baginda segera datang menemui Alqamah. Baginda bertanya kepada isteri Alqamah: "Masih ada lagikah ibubapanya?". Jawab isteri Alqamah: "Ya, tapi hanya tinggal ibunya yang sangat tua". Rasulullah saw bertanya lagi: "Di mana dia sekarang?". "Dia berada di rumahnya, jauh dari sini", jawab isteri Alqamah.
Rasulullah saw pun pergi menemui ibu Alqamah. Setelah berbincang agak lama, barulah baginda tahu bahawa Alqamah mempunyai kesalahan terhadap ibunya. Baginda meminta ibu itu memaafkan anaknya. Ibu Alqamah menjawab:"Ya Rasulullah, bagaimanakah aku mahu memaafkan anakku jika ia terlalu menyakitkan hatiku kerana cinta kepada isterinya?".Rasulullah berkata: "Jika demikian, maka Alqamah akan kami bakar agar cepat mati". "Hai bilal, kumpulkanlah kayu api!" tambah Rasulullah lagi.
Ibu Alqamah terperanjat mendengar perintah tersebut, lalu dia segera menghadap Rasulullah dan berkata:"Ya Rasulullah, janganlah engkau bakar buah hatiku itu kerana aku maafkan segala kesalahan anakku". Mendengar jawapan itu, baginda kembali menemui Alqamah dan mengajarkannya membaca kalimah tauhid. Keadaan Alqamah telah berubah dan dia dapat mengucap kalimah tersebut dengan lancar dan jelas. Wallahualam.
So, moral of the story, ibubapa wajib dihormati dan dimuliakan. Janganlah kerana sesuatu hal, maka seseorang itu harus melupakan ibubapanya apatah lagi sehingga menderhaka.
Firman Allah:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." (Riwayat al-Hakim)
p/s: Esok aku mahu ke Melaka. Bukan kerana urusan penting tetapi hanya untuk bersuka ria. Can i really enjoy myself?? I hope so...