Wednesday, March 4, 2009

SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".


Senyuman merupakan senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh & mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan hormon.

Permulaan hari dengan senyuman mampu menceriakan hidup & seterusnya memberi manfaat kepada kesihatan kita. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman juga mampu memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Apabila ia sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'.

Hanya 17 otot muka yang kita gunakan untuk tersenyum berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Ini kerana apabila kita ketawa, tekanan darah & kadar dengupan jantung meningkat & kemudiannya turun pada paras yang lebih rendah daripada sebelumnya

Kanak-kanak lebih banyak ketawa berbanding orang dewasa. Kanak-kanak yang berusia antara 4-6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari dalam kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan & kemurungan.


Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California mendapati bahawa stress terdiri daripada stress yang baik & stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Dalam kajian ini, 2 kumpulan orang dewasa dijadikan bahan kajian. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Kumpulan pertama didapati berlaku peningkatan hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

Ramai yang tidak mengetahui bahawa apabila kita ketawa, sel pembunuh tumor & virus semulajadi dalam badan akan bertambah dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah & merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan & seterusnya merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman melibatkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki & otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen & menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak & meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot & tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan & penyerapan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya bahawa ketawa mamapu membakar kalori seperti bersenam beberapa minit.

Dalam Islam sendiri, senyum itu adalah satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.

-----Marilah kita hiasi kehidupan kita dengan senyuman. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Pastinya mampu menyerikan hari insan lain, menyejukkan hati yang sedang marah & memulakan sesebuah ikatan yang tulus-----

No comments: