Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bersempena Ramadhan yang mulia ini (berusaha menulis seskema mungkin) ku ingin kongsikan suatu hadis yag kukira amat berguna.
Daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Ketika aku tidur, dua orang lelaki datang kepadaku, mengangkat kedua- dua belah tanganku dan membawa aku ke sebuah gunung berbatu. Mereka berkata: Dakilah. Aku berkata: 'Aku tidak boleh melakukannya'. Mereka bekata: 'Kami akan memudahkan untuk kamu mendakinya.'
Maka, aku mendaki sehingga ke atas puncak gunung. Kemudian, aku terdengar suatu suara yang sangat kuat. Aku bertanya: 'Suara apakah itu?' Mereka menjawab: 'Mereka ialah orang yang berbuka puasa sebelum masa yang sepatutnya.'" (Riwayat al-Baihaqi).
Jika orang yang berbuka lebih awal menerima hukuman yang keras sedemikian rupa, bagaimana pula jika seseorang itu tidak berpuasa? Anak kecil yang belum mencapai usia baligh masih boleh dimaafkan, tetapi ketegasan perlu ditunjukkan buat mereka yang dewasa berstatus mukallaf. Mungkin masih ramai anak muda memandang enteng kewajipan berpuasa ini tetapi yang wajib tetap wajib!!(sekadar peringatan buat aku).
p/s: menaip sambil menonton tv....kandungan siaran tv berubah menjadi lebih islamik, dihiasi bacaan al-Quran dan pengisian agama...kita pula??? moga hati kita ikhlas.