Berkulat sudah blogku...buat pembaca setia (ada ke???) maaflah ya...banyak sebenarnya perkara yang ingin kukongsikan tetapi masih belum berkesempatan.
- 4 Jun yang lalu, genap sebulan aku bekerja. Terus terang aku kata aku gembira dan selesa bekerja di sini. Walaupun penatnya teramat, kaki nak tercabut...banyak perkara baru aku belajar. Kadang2 ada juga perkara yang aku tak puas hati tapi itulah lumrah. Bidang berbeza, pemikiran berbeza, usia berbeza, tentulah caranya juga berbeza. Tapi aku senang dengan pengurusan dan pentadbirannya...jaga kebajikan pekerja dan solat.
- Untuk pertama kalinya, aku menang tempat pertama untuk pertandingan foto "Hijaukan Bumi Kita Photo Contest 2011". Gembira sangat2. Nak tengok gambar tu...klik sini...apa2 pun terima kasih kepada penganjur "The Bladerz". Boleh jadi fotografer tak lepas ni...huahuahua berangan!
- Ini pula berita yang aku memang sangat2 tak suka. Berita aku gagal untuk menamatkan pengajian penggal ini. "Salam, Cik Nora ke ni? " Ya, jawabku ringkas. "Awak tahu tak awak tak boleh grad tahun ini"...perghhh tersentak aku. Dahlah time tu aku tengah sibuk teramat2...tiba2 dengar pula kata2 begitu dari hp ku...kot ye pun nak sampaikan berita tu...susunlah ayat tu elok2...nasib baik aku tak ada sakit jantung...mahu ke hospital gamatnya. Aku ke kl keesokan harinya dan ke fakulti sehari selepas tu...dan alhamdulillah syukur pertolongan Allah masih sentiasa bersamaku. Syukur Ya Allah. Aku akan grad tahun ini...yahoooo!!
- Aku mula mengajar tuisyen setiap ahad. Mengajar matematik kepada seorang yang seusia denganku untuk repeat spm. Wahh kagum aku dengan dia...gagah meneruskan perjuangan menuntut ilmu walaupun dah ada kerja tetap. Tapi malangnya hari ini aku memutuskan untuk tidak mengajarnya lagi..penat sangat. Kerja 7 hari seminggu...aku tak sekuat itu.
- Kejadian bunuh diri depan blok rumah aku. Gantung diri kat tangga. Seram aku. Kesian aku tengok anak2 dia. Seorang berusia 2 tahun dan seorang lagi 4 tahun. Siapalah nak jaga. Apa2 pun masalah yang kita hadapi, bunuh diri bukan penyelesaiannya. Fikirlah buruk dan baiknya...
- Perkahwinan classmateku ketika ketika SDPB. Majlis yang umpama reunion sahabat lama. Lima tahun tak berjumpa..oh mereka makin matang. Aku..tetap sama. Apa2 pun Selamat Pengantin Baru Halim dan Shafiza...moga berbahagia dan cepat2 dapat anak.