Thursday, December 2, 2010

Selamat Hari Lahir Mak

Buat insan tersayang....mak.....Hidup ini terlengkap dengan hadirmu. Terima kasih Allah yang mendatangkan mak
Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku
Kadangkala berjejesan air mata membaca bicaramu
Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu

Hari ini 2 Disember 2010 hari lahirmu yang ke 59 tahun
Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus
Buatmu mak yang berhati mulus

Selamat hari lahir
Semoga Allah mencintaimu
Melebihi luas cintaku kepadamu wahai mak
Aku berjanji selagi dayaku
Harapanmu pasti hidup
Impianmu pasti mekar suatu hari nanti 
Kaulah satunya makku 
 Walau tercampak ke mana jua
Takkan susut harganya
Takkan hilang serinya
Takkanku biarkan kau diluka

Oh tuhan  
Makku banyak berjasa padaku
Kau lindungilah dia dari petaka dunia dan akhirat sana
Tak sanggup kulihat makku derita
Pindahkanlah segala duka itu padaku
 Tak mampu aku menahan sebak andai makku kau uji
Sekali-kali air mataku mengalir

Tuhan andai makku ada silapnya padamu
Ampunilah dia, terimalah doaku buatnya
 Dia aku harapkan padamu
Agar bersama mereka yang kau payungi dengan rahmatmu yang maha luas

24 comments:

  1. happy birthday auntyyy...!~ God bless~

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya dalam hidup... Banggakan ibumu~

    ReplyDelete
  3. nora, tlg sampaikan salam nina kat mak nora ye n ckp, nina cute wish hepy bestday. =D

    ReplyDelete
  4. ok...nt nora ckapkan nina comot kem salam.

    ReplyDelete
  5. Salam ,selamat hari lahir kpd mak nora ye

    ReplyDelete
  6. slmat ulang tahun buat Mak-
    semoga sehat selalu...dan berbahagia
    amin

    ReplyDelete
  7. Moga panjang umur murah rezeki. :)

    ReplyDelete
  8. hepy beday utk ibu kamu ~~moga hidup diberkati n murah rezeki..k..amin~~ :)

    ReplyDelete
  9. selamat ulang tahun to you mum ok,,,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki :)

    SUKA PELIK

    ReplyDelete
  10. selamat hari lahir buat ibu nora :)

    ReplyDelete
  11. selamat hari jadi mak awak..^^..

    ReplyDelete
  12. slmt hari lahir to ur mom~! smoga dipanjangkan umur dalam keberkatan. ^^

    ReplyDelete
  13. hepi belated bday utk mak ye.kitorang tarikh samalah...kite pun 2 Disember tau.

    ReplyDelete
  14. wahh..hepy belated bufday gak..insyallah klo sy ingat thun dpn sy wish kamu..

    ReplyDelete

Harum sungguh bunga kemboja,
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.