Tuesday, February 22, 2011

Diam itu baik atau masalah?

Luahan rasa..aku x tahu sebenarnya kenapa sejak dua tiga menjak ni aku dah jadi seperti tunggul kayu, batu nisan, atau batu bersurat. Kadang- kadang ada banyak sebenarnya benda yang aku nak cakap tapi aku malas nak buka mulut. Bolehkah?? Kenapakah? Ahh aku tertanya sendiri...kenapa aku jadi begini?? Seingatku ketika zaman sekolahku dulu..aku bukan aku hari ini. Runsing sendiri.

Ada orang kata lebih baik diam kalau kita x mampu memberikan kata- kata yang baik. Tetapi dalam suasana yang baik tetapi kita x mampu berkata-kata...adakah itu sesuatu yang baik?? Terlalu diam adalah masalah. Masalah pada diri kita dan juga pada orang lain.
susah nak diam...zip je mulut tu...tapi bila dah zip dan zip pula kebetulan berkarat, susah pula nak buka balik....sama ada perlu letak minyak pelincir atau biarkan saja dan terus berkarat??  (anyway thanks to google for the picture)
Apa-apa pun kutitipkan beberapa hadis Rasullulah saw mengenai kelebihan diam:
  1. "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"(Riwayat Abu Naim)
  2. "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam"(Riwayat Bukhari & Muslim)
  3. "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya"( Riwayat At Tarmizi)
Allah swt berfirman : “Apapun kata yang terucapkan pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid”. (QS.Qaaf : 18)

Pernah ku dengar madah-madah ini...
  • Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan adalah buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap. Betulkah???? Tapi kalau terlalu senyap sampai kita kat depan pun orang boleh langgar...wajarkah untuk senyap? 
  • Menasihati orang yang bersalah, tidak salah..yang salah memikirkan kesalahan orang. lain...tetapi kalau terlalu senyap macam mana nak nasihatkan orang???
  • Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. Tapi kalau dah tahap nak kena lempang takkan nak buat x tahu sahaja?? Tepuk dada tanya hati...tanya iman.
p/s: Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia itu sendiri. wallahualam...

jaaa!!

26 comments:

  1. bagi aku,kadang2 berdiam diri itu lebih baik.
    tu lah pasal,aku suka diam2..coz lama ok :D

    ReplyDelete
  2. karang bercakap boleh kurangkan kita daripada berbuat dosa..

    ReplyDelete
  3. hai awak :) saya da join awak :)
    http://tayarpancit.blogspot.com/2011/02/dari-manchester-ucapan-terima-kasih.html

    ReplyDelete
  4. banyak cakap banyak dosa, banyak dosa masuk neraka..weee=)

    ReplyDelete
  5. puteri balqis: moga kita semua dijauhkan dari api neraka..

    ReplyDelete
  6. Entri yg sgt baik. Apa yg digariskan dalam hadits itulah contoh ikutan yang baik. Rasulullah s.a.w. sndiri tidak bercakap kecuali suatu yg brmanfaat.

    Hadits Nabi: "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya." Trima ksh kongsi2 info :)

    ReplyDelete
  7. ehem..ehem..angah singgah sini ngan balas kunjungan & 4llow

    ReplyDelete
  8. thanks folo blogku yg x sberapa ini...

    ReplyDelete
  9. Ketika diam itu lebih baik,maka lahirlah blog pribadiku yg sederhana itu untuk "menumpahkanya".Salam erat persabatan,terima kasih tlah berkunjung!Sukses selalu untukmu sahabatku!

    ReplyDelete
  10. entri yg bagus..
    Apa pun rasanya diam lebih baik kot bg saya.. wuuu.. suka diam je dlm banyak hal

    ReplyDelete
  11. setuju gak, terlalu diam pun tak baik jugak~

    ReplyDelete
  12. ye,,,,tula yg mnjd kerunsinganku skrg..

    ReplyDelete
  13. coclusionnya tepuk dada tanya slerra.. hehehe.. kalo rasa kita kena bersuara walaupun berat atau sukar just do it... if benda tu tak penting.. just leave it... choice is always kat tangan kita right..

    ReplyDelete
  14. hmm..kalau me, tengok situation jugakla..ada masa baik berdiam..ada masa better cakap..

    Jom skodeng :Jom join Heartbeat.my!

    ReplyDelete
  15. lidah tu senjata paling bahaya..so, kena hati2 jaga.n kadang2 diam itu lebih baik..ikut situasi la..xkan org buli sampai nak tercabut nyawa pun nak diam gak..tu mcm da bodo jek..
    huuuu

    ReplyDelete
  16. cikpuanhady: ye btul...

    kinoskoko: tercabut nyawa?? hehe...

    ReplyDelete
  17. diam itu emas, tapi kalau diam 3 hari..itu namanya ngambek hehe;) Nice share!

    ReplyDelete

Harum sungguh bunga kemboja,
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.